February 26, 2009
Cucoq Badak
CUCUR BADAK
Bahan2:
500 gm keledek
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
minyak secukupnya
Bahan2 inti:
RM1 kelapa parut
RM1 udang kering
10 ulas bawang merah
3 batang serai
8 biji cili kering - rebus sebentar
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
gula
garam
1 cawan air
minyak masak
Cara2 utk kulit:
1. Cuci bersih dan kupas kulit keledek ( kupas lepas rebus pon boleh jer)..
2. Rebus keledek hingga empuk. Angkat, tos dan lecek hingga lumat.
3. Masukkan air, tepung dan uli hingga sebati.
4. Ambil sejemput adunan dan leperkan.
5. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi.
Buat sehingga selesai.
Cara2 utk Inti :
1. Tumbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, udang kering dan cili kering hingga lumat. (kalau nak senang guna blender je)
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tersebut dan serbuk kunyit hingga kekuningan.
3. Masukkan air, kacau sebentar..
4. Kemudian masukkan kelapa parut dan gula & garam secukup rasa.
5. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga masak
7. Angkat dan hidangkan.
Jus Kedondong a.k.a Amra
Kuih Lapis Comel
KUIH LAPIS COMEL
Bahan2:
250gm tepung gandum
90gm gula (manis ni adjust sndiri ya)
Santan (dari setengah biji kelapa)
Secubit (yg paling skit) garam
Pewarna ( pink & hijau)
Cara-cara ( Panaskan periuk kukusan)
1. Masukkan tepung dan gula ke dlm mangkuk.
2. Tuangkan santan sedikit demi sedikit (sambil mengacau). Bancuhan jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair. (takpa kalau santan tu tak habih digunakan.. sebab ada kelapa yg saiz dia besar dan ada yg saiz dia kecik sket kan...)
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna hijau pada satu bahagian, pewarna pink satu bahagian dan satu lagi biarkan warna asal.
4. Isi sedikit adunan yg berwarna pink ke dalam acuan lompang. Kukus sebentar.
5. Masukkan lagi adunan yg berwarna asal, kukus lagi hingga adunan sedikit keras, masukkan pula adunan yang berwarna hijau. Kukus lagi hingga masak.
6. Bila dah sejuk, keluarkan dari acuan. Siap untuk dihidangkan.
February 25, 2009
Petua Mencuci Hati
Untuk dikongsi bersama:
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.
Makaroni Sup
MAKARONI SUP (simple aje)
Bahan2 :
1/2 cawan makaroni + air secukupnya
1 butir telur - dipukul kembang
Sedikit Minyak
Cara2 :
1. Rebus makaroni hingga empuk, toskan airnya dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Tuang telur yg telah dipukul kembang. Gaul rata.
3. Panaskan minyak, tuang makaroni + telur tadi, biar sekejap kemudian balik-balikkan hingga telur masak.
Untuk Sup:
2 cawan air
Daging cincang
3 ekor udang
2 st rempah sup
Garam secukup rasa
Cara2:
1. Rebus semua bahan2 untuk sup hingga masak. ( tak la lama sgt..)
2. Hidangkan dengan makaroni tadi.
February 24, 2009
Spagetti Goreng
Spagetti Goreng
Spagetti - direbus hingga lembut, toskan
2 sudu minyak masak + 3 sudu butter
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
2 biji kentang - sederhana besar
10 ekor udang basah - sederhana besar
2 butir telur
Keju parmesan
Garam - secukup rasa
Secubit kiub ayam knorr
Hiasan yg boleh dimakan
Daun bawang yg dipetik di tepi umah
Cili burung kaler merah & purple yg dipetik di depan umah
Cara2:
1. Panaskan minyak+butter
2. goreng kentang hingga agak empuk
3. masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis hingga layu.
4. Masukkan udang. Goreng seketika.
5. Masukkan kiub ayam. Kacau.
6. Masukkan telur dan spagetti. Biar seketika kemudian kacau spagetti dan hancur-hancurkan telur.
7. Masukkan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.
8. Tutup api dan angkat.
9. Hias dgn bahan2 hiasan dan hidangkan.
February 23, 2009
Kapis Ijau Kunin
February 22, 2009
Triple Taste Cheesecake
Cheesecake ni ada rasa cheese ( of course la kan..), yang triple tu sebab ada rasa blueberry, choclate ganache & oreo.. sebelah petang customer ni sms bagitau husband dia kata sedap. hihihiii..meh nak pecah rahsia, sebenarnya aku sendiri tak penah rasa, sebab masa buat ciskek ni aku pakai agak2 apa yg aku rasa sedap, aku taruk ja..pastu tawakal.. hehehe apa pun tima kasih ye fara, kalau sudi order la lagi..
February 21, 2009
Bun Kacang Merah
BUN KACANG MERAH
Bahan A :
240 ml air
500 gm tepung high protein
60 gm telur
20 g susu tepung
80 g mentega
80g gula kastor
1 camca teh garam
2 camca teh instant yeast
1 camca teh improver
Bahan B:
Inti kacang merah secukupnya
Bahan Sapu :
2 biji telur + Sedikit pewarna kuning = kacau kembang dan warna sebati Sedikit bijan - goreng tanpa minyak
Sedikit mentega utk disapu
Cara2:
Masukkan kesemua bahan A ke dalam mixer. Putar selama 25 minit. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Rehatkan 10 minit dengan ditutupi dgn kain lembap.
Bahagikan doh dan uli menjadi bebola kecil. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda lagi. Sapu dgn telur dan taburkan bijan. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.
February 16, 2009
Mini Photocamp 13/2/09 - Kelas Zamin Omar
February 15, 2009
Nasi Goreng Ayam Golek
Aku suka ayam golek ni.. sedap.. beli kat Kelang Lama baru2 ni.. harga cuma RM14 utk seekor.. tak tau nak kata mahal ke murah tapi aku rasa worth it sebab sedap.. pastu balik umah buat nasi goreng untuk ecah plak.. Nasi goreng, aku mmg suka yg putih2 je.. mcm nasi goreng cina tu.. aku tak suka masak nasik goreng yg taruk kicap tu.. tapi kalau order kat restoran aku bedai ja.. kalau en.hubby ada aku pecah2 cabai melaka then goreng skali.. hehehe.. tapi untuk ecah tak buat pedaih la satgi dia tak mau makan.. ecah pun laju makan nasi goreng dgn ayam golek ni.. dia pun suka.. aku cuma ratah ayam saja.. tapi bukan aku makan sekoq arr.. aku makan 2 ketoi ja.. yang tak abih tu taruk dlm peti sejuk.. nak goreng mee ke bihun ke, aku amik isi ayam ni goreng je skali.. jimat kan.. hehehe..
Simple CMC
Kek Hati di 14 Februari...
February 11, 2009
Gambar Pengantin
Mini Cuppies
Aku lupa yg kotak kek dah kehabisan stok, tgk jam dah lewat..terpaksa guna bekas plastik ni.. Sib baik tifa ni memahami.. Thanks ek tifa, lain kali bleh order lagi.. :D
February 09, 2009
Happy Birthday Bro! Kek Chiffon Pandan
Tu dia... tak payah kotak2 kek segala... suam2 dari loyang terus angkat kluar.. hehehe..
alkisahnya gini.. petang tu masa p sopping brg2 kek utk customer lain tetiba terprasan kalendar kat kedai menunjukkan angka 23 di dalam bulan Januari. Pastu baru teringat, arini besday abg nd la.. camna leh lupa ni.. sowi...sowiii... balik tu dan2 kalut bersilat kat dapur.. nak buat kek aising mmg ler tak sempat sebab dah lewat pastu dok ingat, abg2 aku ni bukannya suka makan kek aising.. lebih baik buat kek lain.. tapi tekak ni tingin nak makan kek chiffon, terus godek2 bahan2 tgk semua complete.. terus adun aje.. harap2 menjadi ler... sebab kadang2 buat kek chiffon ni bila salah gaul terus hancuss... tu yg tensen tu.. maklum ler.. bukannya pandai sgt kan..
Bila dah siap tu, panas2 terus bawak p umah abg nd.. hmmmm rupanya menjadik dgn selamatnya kek aku ni dan terus selamat masuk perut time tu jugak.. heheheh..
Wanna slice? heheh..
My Buddies
-
Tokwan15 years ago
-
I'm backkkk..7 years ago
-
-
-
-