January 11, 2011
Kuih Bangkit & Bahulu
May 31, 2010
Apam Pisang
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya
1.Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2.Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
3.Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..

January 11, 2010
Menu Hujung Minggu
September 12, 2009
Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan:
3 biji telur
240gm gula
240ml santan
1 sudu besar esen pandan
Sedikit pewarna hijau (gunakan air daun pandan asli pun lg ok)
270gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallette
Kelapa parut muda, digaul dengan sedikit garam dan sedikit tepung jagung
Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang, gunakan mixer.
2. Masukkan santan, ovallete, esen pandan, pewarna hijau. Putar dengan kelajuan rendah.
3. Sementara itu panaskan kukusan.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada dalam acuan kuih.
5. Ambil kelapa parut muda yg telah digaul dgn sedikit garam & tepung jagung dan tekan padat ke dlm acuan.
6.Tuangkan adunan tepung ke dlm acuan dan kukus selama 15 min atau kurang. Jangan terlalu lama.
August 11, 2009
Lepat Liat
Resepi lepat ni aku tak refer mana2 ruangan search di internet sebab aku ada 'Tok" yang mmg handal buat kuih2 tradisional ni.. So kalau nak buat kuih2 org lama2 ni mmg aku refer kat tok aku ja... org dulu2 mana ada pakai timbang2 brapa gram ke kilogram ke.. depa sukat pakai cawan atau pakai campak2 pastu rasa adunan tu kat tgn sendiri.. kalau nak tau manis ke tawar ke.. kena pakai lidah ler.. hehehe.. kalau rasa ok, maka ok ler.. lepas tu depa dah boleh agak dah bila nak buat sesuatu resepi tu.. Hmmm kata tok aku la...
ok, jom cuba resepi ni..

March 26, 2009
Karipap


2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sk serbuk kulit kayu manis
1 sd besar serbuk jintan manis
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa
300 ml air
Cara2 Inti :
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan2 kisar dan kacau hingga wangi.
3. Masukkan daging kisar dan kentang. Kacau seketika.

Pstt.. ecah cakap "ibuuuuuuuuu..abah kata sedap..nanti buat lagi..!" (pastu dia sembang balik dgn abah dia kat fon.. (:wink:)
March 24, 2009
Donut Pesona

DONUT PESONA
Sumber : Donut@myresipi.com
( Aku buat 2 adunan )
Bahan-bahan:
3 cwn tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cwn susu cair
1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... tak bubuh
1 titik esen ros (opt.)... tak bubuh
1 1/4 tsp pelembut BIOSTAN ( aku pun gantikan dengan bread improver)
Cara-cara :
1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian.
4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap.
10. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.
February 26, 2009
Cucoq Badak

CUCUR BADAK
Bahan2:
500 gm keledek
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
minyak secukupnya
Bahan2 inti:
RM1 kelapa parut
RM1 udang kering
10 ulas bawang merah
3 batang serai
8 biji cili kering - rebus sebentar
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
gula
garam
1 cawan air
minyak masak
Cara2 utk kulit:
1. Cuci bersih dan kupas kulit keledek ( kupas lepas rebus pon boleh jer)..
2. Rebus keledek hingga empuk. Angkat, tos dan lecek hingga lumat.
3. Masukkan air, tepung dan uli hingga sebati.
4. Ambil sejemput adunan dan leperkan.
5. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi.
Buat sehingga selesai.
Cara2 utk Inti :
1. Tumbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, udang kering dan cili kering hingga lumat. (kalau nak senang guna blender je)
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tersebut dan serbuk kunyit hingga kekuningan.
3. Masukkan air, kacau sebentar..
4. Kemudian masukkan kelapa parut dan gula & garam secukup rasa.
5. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga masak
7. Angkat dan hidangkan.
Kuih Lapis Comel

KUIH LAPIS COMEL
Bahan2:
250gm tepung gandum
90gm gula (manis ni adjust sndiri ya)
Santan (dari setengah biji kelapa)
Secubit (yg paling skit) garam
Pewarna ( pink & hijau)
Cara-cara ( Panaskan periuk kukusan)
1. Masukkan tepung dan gula ke dlm mangkuk.
2. Tuangkan santan sedikit demi sedikit (sambil mengacau). Bancuhan jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair. (takpa kalau santan tu tak habih digunakan.. sebab ada kelapa yg saiz dia besar dan ada yg saiz dia kecik sket kan...)
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna hijau pada satu bahagian, pewarna pink satu bahagian dan satu lagi biarkan warna asal.
4. Isi sedikit adunan yg berwarna pink ke dalam acuan lompang. Kukus sebentar.
5. Masukkan lagi adunan yg berwarna asal, kukus lagi hingga adunan sedikit keras, masukkan pula adunan yang berwarna hijau. Kukus lagi hingga masak.
6. Bila dah sejuk, keluarkan dari acuan. Siap untuk dihidangkan.
January 22, 2009
Cucur Udang Geragau Campur
Gambar cucur udang geragau pun nak letak ker? takpa la kan.. untuk kenangan di hari tua dan untuk sebenarnya nak perangat en.hubby yang nun jauh di sana.. hahahha... en. hubby aku itu suka makan cucur.. jadi tgk saja la abg nooo... :D
CUCUR UDANG GERAGAU CAMPUR
Bahan2 yang perlu ada :
Minyak masak
Tepung gandum - tak sukat pun byk mana
Udang geragau - segenggam lebih
Udang basah - 6 ekor - cincang kasar
Air suam yang suam sket2 saja
Cili padi 5 biji - hiris nipis
Bawang besar - sebiji & didadu
Telur - sbijik aje
Garam - agak2 jer cukup rasa
Serbuk kunyit - sikit je
Cara2:
Panaskan minyak (skit je), tumis bawang besar & cili padi hingga layu dan garing sket. Sementara tu masuk tepung dlm bekas, boh air, garam, serbuk kunyit, telur, udang geragau & udang basah. Gaul sampai agak2 sebati adunan dia... pastu bila bawang dgn cili padi dah garing sket terus curah bawang+cili padi+ minyak tumis tadi ke dalam bekas bancuhan tepung. Gaul ler dgn sudu ke senduk ke (kalau gaul dgn tangan jenuh melecoq la wehh..minyak tu panaih.. hahahaa...) Gaul hingga adunan betoi2 sebati dan tak cair sgt dan tak pekat sgt.. pastu goreng ler dlm minyak panas dgn api pelan2 sampai la masak.. (aku suka dia garing2 hitam sket) buleh la toskan dan hidangkan dgn sos pun buleh tak mau pun takpa.. cucoq ni pedaih sket sebab ada cabai.. hihihihiii..sekian, toche-toche...
** apa macam bang? kalau lapaq start keta mai balik kulim naa... hehehehe..
My Buddies
-
HOLIDAY....17 years ago
-
-
-
TESTING7 years ago
-
-









