My Followers

Showing posts with label EJay's Story. Show all posts
Showing posts with label EJay's Story. Show all posts

July 26, 2013

Our Heart-Throb

Terasa seperti masa berlalu begitu cepat.. buah hati kami sudah 7 bulan usianya.. Pulang dari pejabat, tengok wajah si kecil bermata hitam bulat berkaca2 ni terasa hilang semua penat.. tambah2 dah pandai mengekek bila diagah..

Saya dengan rendah dirinya memohon maaf kepada para pelanggan yang dihormati, kerana buat masa sekarang saya jarang mengambil tempahan, sekiranya tempahan anda ditolak maka maafkan la saya.. saya cuma ingin habiskan masa dengan si kecil saya ni dengan lebih berkualiti.. mengajarnya perkara-perkara baru... bermain bersamanya..  membelai serta memberikan sepenuhnya sentuhan kasih sayang sementara masih punya waktu yang diizinkan Allah.... Melihat dia membesar hari demi hari di depan mata adalah anugerah terindah buat saya dan keluarga.. dan tugas itu bertambah bila anak sulung saya mula berminat untuk menghadiri kelas-kelas ilmuan yg lain dari diajar di sekolah.. maka terkejar-kejarlah saya di jalanan untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari pelbagai kelas yang dihadirinya, mendidiknya serta menemaninya untuk mengulangkaji pelajaran bagi memastikan dia mendapat ilmu, tahu menggunakan atau menyalurkan ilmunya itu ke jalan yang sepatutnya serta menjadi anak yang boleh saya harapkan dan banggakan seterusnya menjadi anak yang berjaya di dunia juga di akhirat dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.....

Insya Allah sekiranya berlapangan, saya bersedia menerima tempahan dari para pelanggan yang disayangi.. Apapun anda boleh mengemelkan tempahan tersebut ke emel saya.. insya'allah kalau tak sibuk akan saya tunaikan...  ^_^




March 07, 2013

Buah Hati Baru

Salam kepada semua pengunjung blog ni..

Untuk makluman anda, lately ni sy agak kurang update tentang kek2 atau produk2 lain di laman sesawang ni.. boleh dikatakan sy sebenarnya amik cuti utk seketika.. Sebab utamanya adalah sy baru mendapat cahaya mata kedua.. Alhamdulillah kami dah beransur sihat.. (mcm semakin sihat pulak rasanya..hehehe..)

Kepada mereka yang menghantar emel untuk menempah kek, sy ucapkan terima kasih dan byk2 maaf kerana tak dpt memenuhi permintaan anda dulu.. Sy cuma buat kek2 yg dah sy amik bayaran awal  sebab mereka dah order dari tahun lepas...

TAPI... Sekarang sy buka semula order, jadi kepada sesiapa yang ingin menempah kek untuk pelbagai majlis, boleh la hantar emel kepada sy di :

utaracakes@gmail.com

thanks..


Jantung hati saya ^_^

January 03, 2011

Chocolate Peachy Cheese Cake

 Cheese cake ni istimewa untuk anak menakan aku.. Putra... sempena besday yg lepas..

















 

January 14, 2010

Taman Kebun Dapur

Taman Kebun Dapur?? Apa dia tu?? Ni salah satu hobi aku bila aku rehat kat umah.. Bukan besar pun taman kat dapur aku tu.. tapi sebab boring dok umah berdua ja dgn ecah.. aku buat la apa2 yg patut kan..

Ni petikan yg aku amik dari internet tentang edible garden tu.. Taman Kebun Dapur ni dikenali sebagai Edible Garden yang maksudnya taman boleh dimakan. Ini bermakna taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman dan buahan.  Bagaimanapun, kebiasaannya Edible Garden ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu tumbuhan yang hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan.
Namun, ada juga tumbuhan kekal yang boleh hidup lama yang sesuai ditanam di Edible Garden, seperti kayu manis, tanjung, serai dan pandan. Kebiasaannya, Edible Garden menampilkan ruang yang minimum, sempit dan digabungkan dengan tumbuhan landskap.


Aku mmg tak reti la nak buat landskap mcm org lain.. tapi aku susun pokok2 aku ikut kreativiti aku sendiri.. pastu aku tanam rumput karpet sikit kat laman kebun tu.. dan susun batu-batu sungai sikit sebagai laluan untuk aku siram pokok2 tu..


2-3 org kawan yang selalu datang umah penah la tgk kebun tak seberapa tu.. yang penah makan hasil tanaman aku pun penah.. Sekarang ni tgh cari hari yang betul2 free untuk semai benih2 sayur baru dan ubah sikit susun atur pokok2 sayur tu..

Pokok Cili Api.. aku tanam 2 pasu.. satu letak tepi rumah.. satu lagi kat belakang umah.. dah berbuah dan berbunga lebat.. Pedas dia bleh tahan jugak la..

Dlm pasu ni aku semai benih terung panjang dan pokok bunga matahari.. tungu besar sket nanti bleh la ubah..

Ni sawi batang putih.. dah 2 kali tanam pun sawi ni.. 

yang ni sederet pokok tomato yang en.hubby tanam.. Dah berbuah pun.. tapi gambar buah dia tak amik pun.. tak sempat nak amik..buah dia baru merah sikit, en.hubby dah petik mkn camtu ja...
Bunga2 tomato..

Ada pokok bendi dan kailan juga yang aku tanam tapi tak amik gambar sebab bateri kamera dah kong.. Tanaman ni semua kat tepi umah sebenarnya..

Yang kat belakang umah dlm kebun kecik tu aku tak amik gambar pun.. kat situ aku tanam pokok cili api yg mcm gambar kat atas tu sepokok, yg sepokok lagi buah cili dia warna hijau nak putih skit.. pastu pokok lain tu pokok2 biasa la.. ada daun bawang, serai biasa, ada serai wangi jugak.. Ada pokok pandan, kunyit, halia, limau kasturi, pokok kesum, dan pudina. Pokok ulam pulak aku tanam cekur & pegaga.. Member aku si CT kata pokok pudina aku naik elok..mungkin sbab dia tgk daun pudina tu gemuk2 mcm puan umah dia kot.. heheheh..

Pokok2 ni ada yang aku tanam dlm pasu2 panjang.. ada yang aku tanam dlm polybag ja.. Selain pokok sayur kat dlm gambar tu.. aku tanam pokok kangkung gak dlm pasu panjang.. tapi kangkung dah tinggai sejemput la sebab aku dah kerat bagi kat kawan aku si Nor masa dia mai umah aritu.. Pokok yang baru tumbuh 4-5cm plak pokok bayam dan saderi.

Tapi bukan semua pokok aku menjadi.. ada 3 batang pokok jagung manis.. yang aku tanam dlm poly bag dah mati dah pun.. sayang betoi.. padahal dah berbuah dah... tak sempat nak rasa... aku rasa pokok jagung aku tu mati sebab mula tu panas terik.. dia tak cukup air.. pastu musim ujan lak kat sini.. dah terlebih air plak.. pastu musim panas terik balik.. dah kering pokok tu.. mula2 jadi kuning ja daun dia.. pastu terus mampus... lagi pun mungkin waktu aku jarang balik umah tu kot.. pokok pun dah merajuk dgn aku.. tapi ada 7 batang pokok jagung yg aku tanam kat umah mak.. alhamdulillah semua elok ja jadinya.. cuma ada dua pokok  je buah dia tak sempat kami nak amik sebab org curi..takpa la.. takdak rezeki...huhuhuhuhuuu..

May 14, 2009

Sukaneka Qirati

alIni keja aku lunch time tadi.. sebab aku mengantok tahap impak maksima teruks punya tadi... Jadi saja edit gambar2 sukan yg aku amik aritu utk bagi otak aku cergas sket.. elok ke tak elok ke..cantik ke dak ke.. layan je la noooo... janji ilang ngantuksss.. heheh...










Lala


Comei dak? ni anak member abg aku.. sgt comel kan..putih gebu dan saaangat keletah.. Agak susah nak snap gambar dia sebab dia mcm malu2 meoowww dgn aku... tapi aku suka anak kecil yang bernama Lala ni..

February 16, 2009

Mini Photocamp 13/2/09 - Kelas Zamin Omar



Sesi mini photocamp telah pun tamat.. tapi sayangnya aku cuma dapat join sehari saja di hari sabtu sebab ahad tu keja.. mmg wajib p... Alhamdulillah..berkat tunjuk ajar pak guru iaitu Zamin Omar dan bantuan rakan2 aku makin reti guna kamera sendiri secara manual.. takyah guna button auto dah.. yippieeee..



Gambar atas ni try buat panning.. tapi tak brapa sharp lagi..

Awek atas ni model "taaaaadaaaaaaaaa" kami..



Gambar2 ni semua aku tak edit ok.. ori dari kamera terus update sini.. lepas ni nak try amik gambar yg cantik2 lagi.. kena praktis main2 dgn shutter, apperture n iso dan lain2 yg patut la..

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here