My Followers

September 29, 2010

MAKLUMAN




Salam..
 Dimaklumkan tempahan untuk tarikh 5 Oktober hingga 11 Oktober telah ditutup. Harap maklum.


  
 

September 28, 2010

Cuppies Raya

Cikgu Aiza dari Sekolah Sg. Kob, tempah cupcake untuk mkn2 dgn kawan2 di sekolah. Rupanya taman yang diduduki cikgu Aiza ni bersebelahan ja dengan taman perumahan family aku tu.. dan cikgu Aiza baru tau ada baker di kawasan situ.. 

sebenarnya bukan cikgu ja yg  tak tau.. ramai yg tak tau pun kehadiran RUC ni walaupun dah lebih kurang 5 tahun beroperasi.... biasalah..buat kecil-kecilan je.. Start bisnes online ni dari zaman fotopages.. sampai lani pun laman sesawang fotopages tu still aktif cuma aku je tak aktif dah.. pastu buat blog e-juita..tapi tak kena tang mana ntah.. ada kesilapan teknikal lak.. terus aku delete blog tu.. pastu buat blog ejuita.. yg ni pun tak tahan lama.. rasa cam tak best lak.. then aku buat blog RUC ni.. insya'allah yang ni mungkin bertahan lama.. hehehe.. apa pun nice to meet u cikgu aiza..cantik orgnya...hehehe.. terima kasih ya..


 



 

September 27, 2010

Dari Hati Azima untuk Hazem

Kek Chocolate Moist seberat 2kg ini ditempah oleh Azima istimewa untuk boyfriend tercinta yang sweet & handsome di Tmn Merpati, Kulim. Tema pilihan adalah Merah & Hitam. Nak cari rumah Hazem ni pun tak la susah sgt sebab taman tu kecik je.. skejap je dah jumpa rumah dia.. Masa tgk gamba ni baru prasan ada spelling error kat nama hazim tu.. Kalau mengikut attachment gamba yg dihantar oleh Azimah ni Hazim tu dieja dgn Hazem.. silap sikit kat situ.. sori ye Azimah.. kak tak prasan spelling.. it was my mistake.. sorry sgt2 ye..  Walau mcm mana pun RUC mengucapkan ribuan terima kasih di atas tempahan kek ni... 





 

September 25, 2010

Kek Hantaran Hana


Kek yang ditempah oleh Hana dari Sungai Petani untuk majlis pertunangannya pada 18 September yg lepas.. Kek ni kek chocolate moist. Tema kek hitam putih. Hana minta bunga kecik2 di warna hijau lembut.. Aku serikan kek ni dengan sepasang rama2.. Harap2 Hana suka dgn kek ni.. Aritu agak kalut sikit, jadi lupa nak snap gamba bahagian sisi kek ni.. Maaf ya Hana.. apapun RUC ucapkan terima kasih sebab sudi order kek ni.. 





September 23, 2010

Kek Hantaran Wawa


Ditempah oleh Wawa dari Bukit Mertajam sempena hari pertunangannya last week.. Harap2 wawa suka ya.. Terima kasih ya Wawa..




September 22, 2010

Kek Marble & Dadih


 Tempahan2 biasa ni daripada beberapa org regular customer dan ada juga customer baru.  Ni aku upload gamba kek marble bajet yg sempat aku snap di saat sedang sibuk siapkan kek2 lain pada hari raya baru ni...

kepada regular customer dan customer baru yg order marble kek utk raya aritu : Kak Fazilah, Zura, Nana, Kak Zai, Wida, Syakila, Mak Afid, Hanim, Kak Cah, Kak Lina, Kak Rozi dan Cikgu Hani.. terima kasih byk2 ye..


Dadih ni aku hantar ke Penang.. Awin yang order sebanyak 60 cup. Thanks awin ya..


 

September 14, 2010

Kek Hantaran Sakinah

 
Tempahan kali ni pula ditempah oleh Sakinah di Sungai Petani. Hantar kek ni pada hari raya kedua... Sakinah pun berminat dgn deko yg sama seperti kak ct tu.. tapi aku dah adjust bagi nampak lain sket la.. tak la nanti semua kek nampak sama 100%.. heheh.. selain kek ni, sakinah order set cupcake jugak.. sakinah nak tema putih & pink.. ok sila jamu mata ye.. terima kasih ye kinah.. apapun tahniah sebab dah jadi tunang org.. hehehe...mkn nasi minyak nanti jgn lupa jemput ye... :D


September 12, 2010

Kek Hantaran Asmidar


Nampaknya kek2 hantaran kali ni ramai customer yg berkenan dgn contoh gamba kek mcm kat sebelah tu..kek tu dulu ditempah oleh officemate aku iaitu kak ct untuk dijadikan kek hantaran.. Hmm kali ni pun ramai juga peminat kek tu..  apa taknya.. kali ni 3 org customer aku minta aku buatkan kek yg sama cam aku buatkan untuk kak ct dulu.. atas budi bicara aku dgn para pelanggan..aku ubah la sikit2 rupa kek tu untuk nampak lebih cantik lagi.. harap2 cantik di mata aku..cantik juga la di mata pelanggan aku ya.. hehehe...

Kek ni ditempah oleh Ku Asmidar.. beliau tempah kek chocolate moist dan set cupcake juga.. berat kek ni hampir 2kg.. sepatutnya kek ni diambil pada hari kamis mlm..tapi ada miscommunication sket sebab henfon aku hilang 3 hari sebelum raya... sedeh tau.... agaknya aku mmg tak ditakdirkan pakai fon elok2 kot.. asai pakai fon elok sket ja mesti ilang... terpaksa la pakai fon cap ayam ja.. huhuhuhuuu.. tapi takpa la..janji still ada henfon..heheh.. ok tutup cita henfon, continue cita asmidar ni balik.. seb baik aku p amik sim kad cepat2.. (eh..cita henfon lg..hehehe) so dpt la sms asmidar yg nak kek tu ari rabu...walaupun kelam kabut sket sebab aku dah susun jadual kek tu untuk buat kek2 lain dulu..terpaksa aku selitkan jugak kek asmidar  ni.. walau apa pun semuanya dah selamat..harap2 asmidar suka kek ni..


Lepas dah bincang2 sket.. asmidar minta buatkan cuppies camni.. Set cuppies ni asmidar tempah untuk dihantar pada pihak lelaki.. sebab tu ada bunga ros pink di tepi2 padang bola tu.. Memandangkan bakal tunangnya sukakan pasukan arsenal..jd aku letakkan sikit lambang arsenal dgn jersey tu kat cuppies ni.. harap2 tunang asmidar suka la ye..





Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here