My Followers

February 20, 2011

Choc Moist Cake

 Kek ni sepatutnya untuk ibu mertua wati, tapi disebabkan ibu mertuanya balik kg, jd wati minta kek ni dihantar kepada adiknya di kota kenari kulim.. Kek ni beratnya 800gm..

Mulanya aku buat roses dengan susunan love dengan wording birthday di tengah2 roses tu, tapi oleh kerana wati minta aku tukar wording sampai 3 kali, aku terpaksa angkat roses2 tu, padam tulisan dan lepa topping coklat (ganache) dan betulkan sedikit wording tu sbyk 3 kali jugak.. huhuhuu..tapi aku tak marah pun, dah permintaan customer kan.. aku tak berkira sgt..  roses pun kena buat lain sebab yg mula tu dah tak leh pakai.. tapi kali ketiga tu aku tgk kek dah makin comot lak, icing pun dah tinggal skit sgt, nak bancuh lagi mmg tak sempat sebab aku ada hal nak kluar.. last2 aku terpandang hiasan bunga sakura di satu sudut dinding umah aku.. aku tak la ikut sebiji2 design bunga tu.. tapi lebih kurang la.. hehehe.. hopefully wati suka.. Thanks wati..

 

February 17, 2011

Mcm2 Tempahan

 Fast sale kastad krim puff untuk Syakila, Ariana, Hanim & widya
 Light orange butter cake 2 biji utk kak ida.
 Kek marble untuk kak zie
 Kek choc moist untuk Faizal, kwn2 ofis, ija, nana, kak liza & lain2.. maaf yer lupa, agak ramai yg beli aritu..
 door gift cupcake & birthday cake untuk nana.. terima kasih byk2 pada semua naa....

 

February 10, 2011

Merpati Cinta untuk Nazmi

 Siti Zulaikha Nadia repeat order dari RUC.. Kali ni chocolate moist cupcakes jadi pilihan dengan love theme sempena birthday kekasih hati tercinta.. Nazmi.. Kalau zaman dulu2 burung merpati selalu ditugaskan untuk hantar surat cinta kan.. kali ni dah zaman moden, aku tugaskan burung merpati ni tlg antarkan nota cuppies cinta lak.. hahahaha..

Masa deliver cuppies ni si Nazmi takda kat umah.. yang terima cuppies ni bakal bapa mertua Zulaikha lak..Peramah juga bakal bapa mertua dia.. Aku tak la cakap cuppies ni datangnya dari awek anak teruna dia tu, kot2 ler gepren anak dia malu lak nanti.. aku cakap dari kawan jer.. hehehe.. Hopefully Nazmi suka dgn kiriman besday tu ya... Thanks ika..  semoga cepat kawen ek.. :D

 

February 09, 2011

Untuk Fiza

 Ditempah oleh kawan lama iaitu Fiza dari Kajang semasa balik kampung di Penang sempena CNY baru2 ni.. Untuk kek keju ni aku letakkan topping coklat dan dihias dgn sedikit coklat parut , buah ceri dan strawberry segar. Sebiji lagi kek yang fiza tempah ialah chocolate sponge cake seberat 1.5kg.. Thanks fiza.. :D

 

February 08, 2011

Kek Hantaran Fondant

 Ditempah last minit oleh Aizan dari BM.. Semua kedai bahan kek dah tutup dan cuti panjang sempena gong xi fa cai.. tak dpt nak letak bunga2 yg diminta oleh aizan sebab aku mmg tak simpan stok bunga lebih2 kat umah.. Anyway, tima kasih aizan ye..dan maaf sebab kek ni terlalu simple..

 

February 07, 2011

Kek-Kek Hantaran

 Terima kasih pada kawan lama semasa di sekolah vokay dulu sebab sudi order dgn aku.. Tq naa zarirah.. :D




 Terima kasih kak ina.. atas 2 biji kek yg ditempah ni..

 

February 01, 2011

4 Tier Wedding Cake

 Kek perkahwinan 4 tingkat ni untuk Alvin dan pasangannya Belinder.. Aku menggunakan fresh roses & fresh strawberries untuk hiasannya..Aku menggunakan 50 kuntum bunga ros dan 1kg strawberry untuk kek ni.  Dlm byk2 ros ni, aku perasan terselit 2 kuntum bunga ros berwarna light purple.. hmm yg tu terus anak dara aku chup dulu.. letak dlm bilik tdo dia.. hehe.. Mmg agak penat buat kek ni, dan walaupun bagi aku kuntuman ros tu tak mencukupi untuk mengikut design yg telah aku lakar, tapi still not bad kan.. nampak cantik juga di pandangan mata aku.. hehe
1st tier : choc moist cake layer with butter cake
2nd tier : marble rainbow cake
3rd tier :  choc moist cake
4th tier : orange moist butter cake



 Alvinder & Belinder



 

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here