Terasa seperti masa berlalu begitu cepat.. buah hati kami sudah 7 bulan usianya.. Pulang dari pejabat, tengok wajah si kecil bermata hitam bulat berkaca2 ni terasa hilang semua penat.. tambah2 dah pandai mengekek bila diagah..
Saya dengan rendah dirinya memohon maaf kepada para pelanggan yang dihormati, kerana buat masa sekarang saya jarang mengambil tempahan, sekiranya tempahan anda ditolak maka maafkan la saya.. saya cuma ingin habiskan masa dengan si kecil saya ni dengan lebih berkualiti.. mengajarnya perkara-perkara baru... bermain bersamanya.. membelai serta memberikan sepenuhnya sentuhan kasih sayang sementara masih punya waktu yang diizinkan Allah.... Melihat dia membesar hari demi hari di depan mata adalah anugerah terindah buat saya dan keluarga.. dan tugas itu bertambah bila anak sulung saya mula berminat untuk menghadiri kelas-kelas ilmuan yg lain dari diajar di sekolah.. maka terkejar-kejarlah saya di jalanan untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari pelbagai kelas yang dihadirinya, mendidiknya serta menemaninya untuk mengulangkaji pelajaran bagi memastikan dia mendapat ilmu, tahu menggunakan atau menyalurkan ilmunya itu ke jalan yang sepatutnya serta menjadi anak yang boleh saya harapkan dan banggakan seterusnya menjadi anak yang berjaya di dunia juga di akhirat dan berguna untuk agama, bangsa dan negara.....
Insya Allah sekiranya berlapangan, saya bersedia menerima tempahan dari para pelanggan yang disayangi.. Apapun anda boleh mengemelkan tempahan tersebut ke emel saya.. insya'allah kalau tak sibuk akan saya tunaikan... ^_^
Tokwan
15 years ago