My Followers

July 29, 2009

Nutty Choclate Tart

Buat tart ni 2 minggu lepas tapi lupa nak update..sebab utama : 1) sibuk 2) takdak masa 3) sedang berkursus. Yaaa.. aku tgh berkursus skarang.. selalunya balik umah mlm2 malas nak update.. sebab dah letih..tapi arini ni ter-rajin plakk.. kursus yg aku attend tu mmg lambat lagi nak habih.. so layan dulu la dgn gambar tart ni ok.. kalau nak order bleh call.. tart ni sedap ok.. kalau ada choclate mmg sedap punya.. hehehehe..

July 16, 2009

Cream Puff

Mr. Eric selalu tanya bila nak buat cream puff utk dia.. dah lama sgt dok tunggu tapi jawapan aku manjang "tak sempat" atau "nanti ye.." heheheh.. so semlm aku buatkan cream puff ni bukan utk dia aje.. tapi utk Pn. Ti, salah seorang customer tetap aku kat taman sebelah.. Sebab sebelum tu sembang dgn Pn. Ti, so bagitau nak buat cream puff ni utk Mr. Eric, so dia pun nak order skali.. Mlm semlm dlm kul 8.30 semua dah siap.. Aku terus antar kat Pn. Ti, bila anak lelaki dia cakap sedap, Pn. T cakap nak order lagi utk jamu kawan2 ofis pulak.. Lunch hour tadi pun Pn. Ti called bagitau anak2 cakap sedap dan tak puas makan..heheheh..boleh order lagi tul tak..

Pastu hantar cream puff ni kat Mr. Eric pulak.. Bila sampai aje cream puff ni depan mata, Mr. Eric terus ambil 1 dan ngap! Dia cakap 'the taste quite ok' tapi serius tul mukanya.. Dlm hati aku lak.. cuak gak arr.. ada yg tak kena ke.. atau tak sedap ke.. Lewat mlm semlm aku dpt feedback yang Mr. Eric ni makan paling byk.. ngeh..ngeh...ngeh...




Ok, kalau ada sesapa nak order cream puff ni boleh bagitau ye.. Minimum order 50 pcs. Harga pun murah jer.. Cream puff yang aku buat :

- Cream puff kastard

- Cream puff krim coklat

- Cream puff jagung

Mungkin nanti bleh buat perisa lain gak kot.. heheh.. Pilihan di tangan anda.. :D

July 13, 2009

Untuk Seseorang Yang Dekat Di Hatinya..

Aku terima panggilan dari 'pemanggil misteri' ni lewat petang. Dari nada suara yg diperlahankan seperti berbisik, aku agak kek ni untuk someone special. Seseorang yang begitu dekat dihatinya... seseorang yang mungkin ada ikatan di hatinya... segalanya mungkin kan..?


Memandangkan ada hal keluarga yang memerlukan kehadiran aku di siang hari, jadi aku terpaksa membuat kek ni agak lewat dari waktu yang aku rancang. Jam 12.15 mlm, aku start membancuh adunan dan habis deko sekitar jam 4 pagi. Walaupun agak simple decoration kek ni tapi aku rasa mengambil waktu yang sgt lama utk menyiapkannya.. dan hanya ini yang mampu aku fikir kerana waktu itu fikiran aku agak serabut dan sedang bersedih di atas kejadian yang menimpa keluarga besar ku.. Al-Fatihah...


Pemanggil ni minta aku hantarkan kek choc moist ni kepada penerima yg dikenali sbg En. Raif ni di Kulim saja sempena hari lahirnya pada 7 Julai yang lalu. Disebabkan tempat kerja aku agak jauh dari pekan Kulim jadi aku minta bantuan org lain untuk hantar kek ni. Tapi agak mengecewakan bila En.Raif ni tiada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat di luar kawasan. Bila aku sms customer ni dia kata takpa la..nama pun nak surprise kan... hmm, nasib baik customer ni faham. Aku pun tak sure sama ada En.Raif ni tau ke tak sapa yg hadiahkan dia kek ni sebab customer ni minta aku rahsiakan nama dia..

Untuk pemanggil misteri ni.. terima kasih byk2 sebab sudi order. :D

July 08, 2009

Kek Dari Seorang Nenda...

Kek ni simple saja.. Berat kek sekitar 1.5kg je.. Hadiah dari seorang nenda kepada cucundanya.. mulanya request dgn buah strawberry di sekeliling kek. Tapi memandangkan strawberry takda stok, aku mmg nak gantikan dgn peach, kiwi atau mungkin anggur tapi nenda ni kata takyah susah2.. kalau takda takyah letak.. cukup la sekadar parutan coklat di atas kek. Itu pun dah memadai..

Terima kasih ya nenda.. :)

July 06, 2009

Cupcakes 1 2 3 4

Cupcakes 1 2 3 4? mesti yg heran apasal la letak cupcakes 1 2 3 4.. sebenarnya 1 2 3 4 tu lagu aris ariwatan. Nak siasat jalan crita lagu ni bleh la kaji makna lirik kat bawah ni ya.. Semua kek ni ditempah oleh Cikgu Liza sebanyak 90 biji kek cawan sempena sambutan hari ibu bapa di tadika perpaduan minggu lepas. Kesemua kek cawan ni akan diberikan kepada setiap anak2 murid di tadika tu untuk diberikan kepada ibu bapa masing2 sebagai tanda kasih, sayang, penghargaan kepada insan2 yang telah melahirkan dan membesarkan mereka dengan susah payah.


1234 - Aris Ariwatan

Satu..kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua…sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu.
Tiga..lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat..mudah kau ke temu
berhati selalu
beza antarakasih dan kekasih

Ibu,Ku ingat dahulu
Menyisir rambutku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang,
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara…




Aku harap semua yg dpt kek ni suka la ya... :)

July 01, 2009

Fruit Tartlet

Lamanya rasa tak update blog ni. Tenet kat sini makin teruk lak lately ni.. terasa terputus hubungan sekejap dengan dunia luar terutama dgn kawan2 rapat aku yg selalu dok buzz-buzz di ruang ym tu...huhuhuu...

Kali ni update tentang tart buah plak. Mcm biasa, aku mmg selalu dpt order mengejut.. tapi nak tolak pun tak sampai hati sebab majoriti yg suka order mengejut ni adalah di kalangan regular customer yg dah jadi kawan-kawan baik aku.. bila aku mula tolak order dari depa, mesti akan ada proses pujuk memujuk.. memujuk rayu dan sebagainya... hmmmmmm sib baik la aku ni lembut hati.. Buat la jugak demi customer2 kesayangan ku ini... hehehe..

Sama gak dgn kes tart buah ni.. tart ni utk hari bapa yg lepas. Ada sorang customer aku yg cantik dan berkulit putih melepak dgn rambut yg lurus mengurai ke pinggang ni call aku. Masa tu dah nak maghrib. Dia kata terlupa nak order awai. Nak tart buah tu tak la susah sgt nak buat tapi mana sempat nak p cari buah sebab dia nak tart ni keesokkan harinya jam 9 pagi untuk surprise-kan hubby dia.. Lagipun mmg hari tu aku takdak transport.. lagi la susah.. Bila dah explain semua, dia kata tang buah tu dia leh p tolong beli. Hmmm..ni yang mudahnya bila customer dah jadi kawan baik. Ni kali ke 2 dia order. Sebelum ni dia kerap order marble butter cake. Sometimes penuh aising.. sometimes nak plain je..

Customer ni order 2 set tart buah dan 1 set plain tart shell. Cuma letak choclate cream je kat plain tart tu.. anak dia yg comel tu suka makan tart kosong aje.. hehehe...

Esok tu lepas dah dpt buah, aku cepat2 potong dan susun buah tu. Mmg express tul.. tak sempat nak pk dah nak susun buah tu camna.. sebab customer dah tunggu di depan.. aisehh.. tapi cepat2 pun sempat la gak snap gambar tart ni.. heheheh.. selesaiiii..

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here