My Followers

July 13, 2009

Untuk Seseorang Yang Dekat Di Hatinya..

Aku terima panggilan dari 'pemanggil misteri' ni lewat petang. Dari nada suara yg diperlahankan seperti berbisik, aku agak kek ni untuk someone special. Seseorang yang begitu dekat dihatinya... seseorang yang mungkin ada ikatan di hatinya... segalanya mungkin kan..?


Memandangkan ada hal keluarga yang memerlukan kehadiran aku di siang hari, jadi aku terpaksa membuat kek ni agak lewat dari waktu yang aku rancang. Jam 12.15 mlm, aku start membancuh adunan dan habis deko sekitar jam 4 pagi. Walaupun agak simple decoration kek ni tapi aku rasa mengambil waktu yang sgt lama utk menyiapkannya.. dan hanya ini yang mampu aku fikir kerana waktu itu fikiran aku agak serabut dan sedang bersedih di atas kejadian yang menimpa keluarga besar ku.. Al-Fatihah...


Pemanggil ni minta aku hantarkan kek choc moist ni kepada penerima yg dikenali sbg En. Raif ni di Kulim saja sempena hari lahirnya pada 7 Julai yang lalu. Disebabkan tempat kerja aku agak jauh dari pekan Kulim jadi aku minta bantuan org lain untuk hantar kek ni. Tapi agak mengecewakan bila En.Raif ni tiada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat di luar kawasan. Bila aku sms customer ni dia kata takpa la..nama pun nak surprise kan... hmm, nasib baik customer ni faham. Aku pun tak sure sama ada En.Raif ni tau ke tak sapa yg hadiahkan dia kek ni sebab customer ni minta aku rahsiakan nama dia..

Untuk pemanggil misteri ni.. terima kasih byk2 sebab sudi order. :D

1 comment:

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here