My Followers

October 29, 2009

Cuppies Hantaran II


Order dari kak gie juga.. Cuppies hantaran dari pihak perempuan plak.. thanks kak gie.. kalau sudi order la lagi.. hikhikhikk..


Cuppies Hantaran I



Cuppies hantaran yang kak gie order untuk anak sedara dia.. yang ni dari pihak lelaki..


Tart Buah



Tempahan oleh Kak Gie yang awet muda.... aku ingat lebih kurang umur cam aku jer.. sebab suara muda, rupa pun muda belia..hehehe.. Kak Gie ni Tokey Ayamas di Kulim.. nanti aku update lagi entry cupcakes hantaran yang kak gie ni order skali dgn tart ni... feedback : kak gie kata sedap dan sat ja dah clear tart ni..dan gerenti nak order lagi pasni.. :D Terima kasih daun keladi nooo kak gie...


October 26, 2009

Dari kekasih buat kekasih...


Kek cawan tempahan dari seorang gadis manis bernama Misal.. khas untuk buah hati tersayang yang sedang menuntut di USM, Penang.. Misal nak design cupcake ni lebih kurang camni dan ada beberapa penambahan yang aku buat untuk cupcakes ni.. Arini aku agak sibuk..jadi korang cuci mata je la ye.. hihihihihihiiiii,,,,,,,,,


October 14, 2009

Jamuan Ofis


Officer order untuk jamuan hari raya di pejabat aku.. kek ni berat 3kg je.. hmm..lagi? emm.. tak dak idea dah nak tulis pe.. tgk gambar dah la ye..hehehe..

Kek cawan untuk Jurukimpal


Order dari Ana, tinggal di Baling. Ana cakap member dia bagi no.hp aku..  rupanya member ana ni ialah Farah yang tinggal di Baling jugak.. Dulu Farah ni dpt hadiah cuppies dari kakak dia yang nama Farah jugak tapi keja di KL.. Jadi atas recommendation Farah, Ana ni berminat nak order dgn aku..

Memula ana order kapis ni dia cakap semua ikut suka aku nak buat camna pun.. Pastu bila aku terangkan pada dia contohnya nak warna apa, suka design apa atau nak tema apa2 ka.. baru dia tanya, boleh tempah ikut tema gak ka? alahai.. boleh la dik ooii... insya'allah aku usaha jugak utk buat seperti tema yg diminta..

Ana kata cuppies ni untuk suami tercinta.. Tiap2 thn dia buat surprise utk sang suami.. wahhhhhh.. untungnya suami ana ni.. dpt isteri camni.. Ana bagitau lagi, suami dia tukang besi..a.k.a jurukimpal.. boleh ke nak lukis besi? aku yg di corong telefon sebelah sini plak tiba2 blank!!! tapi idea merepek pun mai.. aku cakap buleh ja.. hammer pun besi, spannar, screwdriver pun besi.. Boleh lukis benda2 tu.. insya'allah tak susah..Pastu ana cakap lagi, hubby dia buat pagar besi jugak.. mcm nak suruh akak lukis pagar rumah, tapi boleh ka? tanya ana lagi.. aku konfiden jawap.. boleh..boleh... padahal aku pun tgh blank.. camna nak lukis pagar ni.. pagar umah aku tu takda design2 pun...adeh2..

Lepas dah deal semua, sehari sebelum penghantaran, mcm biasa aku bakar kek.. pastu dah siap nak kena tunggu sejuk plak..sementara nak tunggu kek sejuk, aku round jap kat kawasan umah aku tu.. cari2 idea nak lukis pagar umah org.. pastu bekenan dgn satu pagar tu.. dgn rock iron bunga2 semua siap.. mmg cun arr.. takpe2..aku save memory dlm pala ni.. balik umah, start melepa aising, tulis dan warnakan huruf2 tu dengan piping jelly dulu. Pastu bila start nak melukis tiba2 otak aku black-out plak.. aku dah bayangkan hammer, spannar dgn screwdriver. Pastu tiba2 otak aku ni terpk plak.. kalau  spannar, screwdriver tu bukan utk jurukimpal rasanya.. yg tu lebih sesuai dengan mechanic.. aiseh.. nak lukis apa ni... tolong..tolong.. terhilang ingatan plak..

Nak lukis pagar besi tu pun aku blank.. Last2 aku tgk ada fondant sket lagi.. terus aku uli.. cadangnya pagar tu nak buat biru, hitam dgn coklat, tiba2 pewarna hitam plak buat hal.. dia jadi cam biru plak...tensen2.. last2 tgk jam dah kul 11 lebih.. satu apa pun tak setel lagi.. Hmmm.. aku kena buat pagar dulu.. tapi memori yg aku save pakat2 ilang abih.. tensen2.. Buat gak la.. bila dah siap pagar.. aku still tak tau barang2 jurukimpal ni camna.. nak seacrh intenet mmg tak dpt.. line cam hampeh je.. takpa2..relax.. tinggal dulu kek ni dlm peti sejuk, apa2 pun aku kena balik umah mak dulu tgk ecah.. pastu atas motor teringat, abg aku pandai bab2 welding ni.. heheheh minta tlg dia la lagi senang.. nasib baik dia kata boleh tlg.... sampai umah, abg aku tu p main badminton lak.. sementara tunggu dia balik aku tdo jap ler..

Dlm sejam lebih pastu abg aku kejutkan, terus balik umah aku.. Tgk jam dah lebih dari 2 pagi dah.. Apa lagi,  abg aku draft la gambar2 yg berkaitan dgn welding.. tak byk pun.. 4 je yg dia lukis.. pastu aku kaler cepat2 sebab mata dah tak leh angkat.. siap semua kul 3 lebih. Terus patah balik umah mak aku.. tdo sana..

Pagi esok tu kul dlm kul 10.45 aku dah sampai ke tempat ana di Baling. Mmg la ana ni bagus.. ramah plak tu.. siap nak tambah duit minyak pulak.. sebab dia kata kesian aku datang dari jauh.. huhuhuhuu..aku plak tak sampai ati nak charge lebih2.. Ana tunggu tepi jalan.. dia tunjukkan direction utk ke rumah dia.. minta aku surprisekan husband dia.. Mmg husband dia terkejut bila tgk aku bawakan cuppies ni.. terkelu dia mungkin sebab tak sangka wife dia sanggup upah aku yg jauh2 ni utk buat kejutan pada dia..

Feedback yang aku dpt dari ana, husband dia suka.. kebetulan lepas tu family ana pulak p umah dia.. katanya semua suka.. Apapun untuk ana, terima kasih byk2 la sebab order dari akak ye.. harap2 boleh jumpa lagi lepas ni.. ;)



Sebelum aku lupa.. kalau sesapa yg rumahnya area Baling atau berdekatan atau jauh pun takpa nak cari tukang besi, tak kira la nak buat pagar rumah ka, awning ka, grill ka.. apa saja yg berkaitan dgn besi. Boleh contact ana ni.. harga berpatutan dan hasil kerja mmg memuaskan.. tapi kalau nak contact ana tu kena contact aku dulu la utk amik no hp ana ni.. sebab aku tak publish no.hp ana kat blog ni untuk mengelak apa2  risiko yg  kureng elok ok..

October 12, 2009

Cuppies Hantaran


Loyal Customer order on behalf adik ipar dia kalau tak salah... Tema putih pink ala2 kaler lovely lace camtu arr... Harap2 suka la ye.. terima kasih daun keladi... lain kali sudi2 la order lagi ya...

Cuppies Makan2..



Masriza order.. Cuppies Vanilla yang dilapisi fresh cream dan blueberry filling. Harap2 Mas suka.
Thanks mas...


Choc Moist


Kawan yang dah lama terpisah lepas kami darjah 6 order kek choc moist utk besday hubby dia.. Dah lama aku cari kawan aku ni.. Masriza namanya.. seb baik bertemu juga dlm facebook.. Masa raya aritu Mas call bagitau nak order kek ni. Selepas berbelas tahun tak jumpa, akhirnya kami bertemu juga... Mas kata aku dah 'belain sungguh'.. Mana tak 'belain'nya.. aku kan sudah membesar bagai johan...dulu tak berkaca mata, lani dah jadi mak budak kaca mata dah.. lain la Mas tu.. tetap kecil molek dan muka pun makin lawa je.. hehehehe.. Next entry aku upload gambar cuppies yang mas order dari aku gak..


Terima kasih byk ye Mas sebab order dengan aku.. umur panjang kita jumpa lagi..

Lupa nak upload gambar kukis ni.. ni la 16 jenis biskut raya yg aku dgn kak ipar buat utk raya aritu.. Biskut2 ni siap pada minggu pertama puasa. Biskut ni adalah suku dari tempahan yg kami terima dan siap untuk dipos kepada pelanggan2 di luar kawasan Kedah dan di luar Malaysia.. Yang dalam kotak malas la aku nak amik gambar.. satgi kak ipaq aku marah.. hehehehe... Kak ipaq cakap jgn masukkan dlm blog gambar2 kukis ni, kak ipar kata tak yah masukkan dalam blog utk thn ni sebab tak menang tgn dah nak buat.. Pertengahan Julai kami dah tutup order.. Pada kawan2 yang last minute order tu mmg pihak kami minta maaf tak dpt nak buat dah sebab tukang buat kukis ni pun tak ramai.. Jadi mmg kalut jugak sebab kuantiti yang ditempah pada tahun ni di luar jangkaan. Apapun kami syukur sgt2 sebab dah 4 thn berturut ada customers yang bukan Islam ( dari luar M'sia) juga order biskut2 ni. Maknanya mereka percaya dengan produk2 keluaran kami ni.. Alhamdulillah..

Untuk minggu kedua sampai la raya, mmg tak sempat dah nak amik gambar biskut2 atau kek2 yang customers order untuk hari raya sebab mmg aku bz sgt2.. nasib baiklah kebanyakkan kek yang customers order kali ni lebih kepada choc moist tanpa aising, kek buah dan kek2 kosong mcm kek span, kek butter dan kek chiffon saja.. Mlm raya tu aku deliver kek2 tu merata-rata jugak la.. Pehhh.. penat tak hengat..jadi tak la aku rasa menyesal tak amik gambar hasil2 kek dari tangan aku tu.. hehehe..

Lepas raya (skarang ni ) sambung buat kukis untuk tempahan sempena deepavali pulak.. So sementara line tenet tengah bagus ni, aku akan update beberapa entry skaligus yang tak dpt aku update sebab takdak tenet sebelum ni.. Stay with me yaaaaa...............

October 08, 2009

Anak2 di Aidilfitri

Kalau ikutkan nak letak byk lagi gambar suasana raya family aku di sini.. tapi tak brapa sesuai la plak.. lagi pun abg2 aku tak mau gambar depa terpampang di blog aku ni.. tapi takpa.. ada gambar ceria2 budak2 ni dgn mak aku pun jadi la kan.. heheh..


Nasi Daging Aidilfitri

Hidangan utama yang aku sediakan di pagi Syawal. Kali ni mak aku goyang kaki sebab aku bgtau lepas solat sunat aidilifitri, mai terus makan kat umah aku. Mmg tradisi keluarga aku, pagi raya mesti makan nasi. Walaupun aku sediakan lemang, serunding dan masak rendang tok (lupa amik gambar) tapi nasi jugak yang akan diserbu oleh depa semua. Tiap2 tahun mak aku yang masak. Kami anak2 tau makan saja. Bila tinggal di rumah sendiri, aku rasa biaq aku plak yang masak utk family besaq aku tu.. so lepas solat sunat tu, semua abg2 aku dengan family depa dan mak aku mai makan di rumah aku walaupun umah aku dgn umah mak dan umah abg aku tu tak la dekat sgt.. tapi kira seronok jugak depa semua meraikan hari raya kali ni di rumah aku.. Dalam kul 1 lebih semua pakat balik kampung mertua masing2. Seb baik mertua aku dekat.. hehehehe..


NASI DAGING AIDILFITRI

Bahan2 A:
1 kg daging batang pinang - dipotong sederhana besar (lepas dah rebus aku hiris kecil2, senang nak mkn)
Beberapa hirisan halia
Air

Cara:
Masukkan air, daging dan halia ke dalam periuk. Rebus hingga daging empuk.

Bahan B:
6 cawan beras basmati
7 cawan air stok daging
1 cawan susu cair
1 tin tomato sup

Bahan C - untuk dikisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
sedikit lengkuas

Bahan D - untuk menumis :
4 sb minyak sapi
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk ketumbar

Cara2:
1. Panaskan minyak sapi. Masukkan BAHAN2 D. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan BAHAN2 C. Kacau sesekali hingga naik minyak.
3. Masukkan tomato sup dan susu cair. Kacau sebati. Tutup api.
4. Di dalam periuk nasi, masukkan beras, daging, daun pandan dan bahan2 yang ditumis tadi.
5. Gaul sekejap agar bahan2 tumis rata di dalam periuk nasi.
6. Masaklah nasi seperti biasa. Bila air nasi kering, gembur perlahan-lahan.


AIR ASAM KERISEK

Bahan2:
7 biji cili merah
9 biji cili padi
Belacan
1 sb kerisek
5 biji tomato ( 2 dikisar, 3 dihiris bulat)
2 labu bawang besar -dihiris bulat
Air asam jawa
Garam & Gula secukup rasa

Cara:
1.  Masukkan cili merah, cili padi, belacan, 2 biji tomato dan air asam jawa ke dalam mesin pengisar.
2. Tuang bahan2 yang telah dikisar ke dalam mangkuk, masukkan kerisek, bawang, tomato. Gaul.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

*Petua:
Ikut kata org2 veteren, kalau nak sambal belacan atau air asam yg pedas, jumlah cili hendaklah ganjil bilangannya. Stakat yang aku cuba sebelum2 ni pun mmg ada kebenarannya. Tak tahu le sama ada mmg betul atau kebetulan.. tapi tak salah utk kita mencuba kan..


Ni resepi jelatah dari kak ipar aku yang anak aku dan budak2 lain panggil dia dgn gelaran mama cantik. Sgt simple dan cepat.

JELATAH MAMA CANTIK

Bahan2:
1 batang carrot - sagat halus
1 batang timun - dihiris
1 biji tomato - dihiris bulat
1 labu bawang besar - dihiris bulat
Sos cili secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara2:
Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk. Gaul rata. Hidangkan.

October 06, 2009

Menu Hari Raya

Salam.. akhirnya dapat gak aku update blog ni. Lama betul tak update sampai naik bersawang dah... seb baik aku  tak sesat.. Susah betul nak dapat line tenet skarang ni..tensen..tensen..


Ok,sementara syawal yang mulia ni belum berakhir, aku mengucapkan (walaupun terlambat) Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ni tak kira la kawan ke, lawan ke..(ada ke? :p), sesapa jua yg tak jemu menjengah blog yg bersawang ni. Aku mohon maaf atas semua salah dan silap sama ada sengaja atau pun tak ye..


Menu Nasi Beriani Ayam ni aku masak untuk keluarga mertua yang bertandang ke rumah aku pada raya ke 5. Sebenarnya selain dari nasi beriani ni aku buat juga nasi daging skali lagi sebab raya pertama aritu masa keluarga mentua termasuk ipar duai biras tak dpt nak rasa sebab sekejap sgt dah clear nasi tu.. jadi aku masak skali lagi utk depa semua. Untuk menu2 lauk, kuih2 dan kek2 mmg tak dpt nak snap sebab aku agak kalut pada setiap hari raya sebab aku sorang2 je yg uruskan semua benda. Baru padan muka aku!! heheh...







Ni resepi Nasi Beriani Ayam yang aku buat.. sebenarnya aku mmg tak penah buat nasi pesen2 camni.. tapi memandangkan dah raya kat umah sendiri, kena belajar buat jugak la..


NASI BERIANI AYAM


Bahan A:
1 kg beras basmati - dibersihkan & tos airnya
1 liter air dari stok ayam
1 tin susu cair
1 kotak kismis (RM1 je sekotak)
2 helai daun pandan - dicarik dan simpulkan


Bahan B
1 ekor ayam - dipotong 4 kalau nak puas makan.. tapi aku potong kecik2 sebab ramai budak2
Air - untuk buat stok ayam
 halia sebesar ibu jari 2 ketul - ketuk kasi pecah2 sket.
Garam - sedikit saja. (jgn secukup rasa sebab rencah utk nasi tu nanti letak garam jugak)


Cara :
Masukkan air + ayam + halia + sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga ayam lembut.


Bahan C - utk dikisar
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
sedikit lengkuas
2 biji buah pelaga


Bahan D - untuk menumis
4 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
1 peket rencah segera nasi beriani maggi
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
1 sk serbuk ketumbar
garam secukup rasa


Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis Bahan2 D yang lain.
2. Setelah berbau wangi, masukkan Bahan2 C. Kacau sesekali hingga naik minyak
3. Dalam periuk rice cooker, masukkan beras, ayam, daun pandan, kismis, susu cair dan air. Masukkan juga  rempah tumis tadi.Gaul jap agak2 ayam dgn kismis tu terbenam sket dlm nasi.
4. Tutup api. Tuang rempah ke dalam rice cooker, masak seperti nasi biasa.
5. Bila air dalam nasi dah kering, gemburkan perlahan2.

*aku tak masukkan daun pudina, gajus dan bawang goreng dlm nasi ni sebab tak sempat nak beli.

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here