My Followers

June 30, 2010

Mango Peach Mousse


Tempahan dari Adilla yang inginkan 20 cups mango peach mousse sebagai salah satu dessert sempena farewell party di pejabat beliau.. Adilla minta aku hantar dessert ni ke Nibong Tebal.. honestly aku fail bab2 mencari jalan kalau takdak sapa2 jadi penunjuk arah...so minta tlg abang2 ku yang budiman la kan.. seb baik depa ada di saat aku memerlukan.. hehehe...

Terima kasih pada Adilla yang sudi order dari RUC.. dan dari sms yang Adilla kirim lepas selesai jamuan tu buat aku tdo lena.. adilla dan kawan2nya suka sgt dgn rasa mousse ni.. Semoga dapat bekerjasama lagi yer.. terima kasih byk2.. :D


June 29, 2010

CMC

Choc Moist cake yg ditempah oleh Eza.. kawan lama.. nak kecik dan simple2 ja katanya.. Thanks Eza..

June 22, 2010

Mix Salad Rufero

MIX SALAD RUFERO

BAHAN2:
1 keping fish chip - digoreng, tos dan potong dadu
1/2 biji buah epal merah -didadu
1/2 biji buah lai - didadu
1/2 biji carrot - dihiris 
sedikit kobis -dihiris 
sedikit lettuce -dihiris
1 keping keju cheddar - dihiris halus memanjang
1/2 cawan susu segar (optional)
Mayonis secukupnya
Sedikit serbuk paprika (dlm suku sudu kecik) - (optional)
1 sudu besar jus lemon/limau nipis - (optional)
Sos (utk dipaip ke atas salad)

CARA:
Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar dan taburkan keju cheddar dan paipkan sos ke atasnya. Siap.


June 21, 2010

Kerabu Mangga
















KERABU MANGGA

BAHAN2:
1 biji buah mangga muda - dicincang kasar
RM1 udang kering - ditumbuk lumat
1 genggam kelapa parut  - ditumbuk agak2 lumat je
1 biji bawang besar - dihiris nipis

Buat sambal belacan - tumbuk lumat
3 biji cili merah
Belacan secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

CARA:
1. Buah mangga yg dicincang kasar dimasukkan ke dlm satu mangkuk/bekas.
2. Masukkan bawang besar dan semua bahan2 yg ditumbuk ke dalam mangkuk berisi mangga tadi.
3. Gaul rata. Siap


June 20, 2010

Waffles


WAFFLES 
 
Bahan-bahan :
2 cawan tepung
2 sudu teh gula
1 cawan susu
2 biji telur ~ diasingkan kuning dan putih
4 sudu kecil serbuk penaik
50 g majerin ~ dicairkan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :

1. Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan majerin yang dicairkan. Perlahan-lahan tuangkan susu segar. Kacau hingga sebati.
3. Pukul putih telur hingga kental. Kaup balikkan ke dalam adunan.
4. Tuangkan sedikit adunan ke atas waffle maker dan biarkan hingga keperangan.
5. Boleh disajikan bersama aiskrim dan sirap.


June 19, 2010

Kek Chiffon Coklat


 

KEK CHIFFON COKLAT
( Saiz kek = 23 cm )

BAHAN A:-
100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh serbuk penaik
1 camca teh esen vanila
50 ml minyak jagung
4 kuning telur (Gred A)
60 g gula halus
1 camca besar coklat emulco*
30 g serbuk koko*
100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)

BAHAN B:-
4 putih telur (Gred A)
120 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara
1. Dalam satu bekas. Satukan ke semua bahan2 A hingga sebati. Ketepikan
2. Pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. Terus memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental
3. Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
4. Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dgn perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
5. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dgn kertas minyak dan disapu dgn mentega. Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaja.
6. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak.
7. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin. 


June 18, 2010

Ayam Kalasan


AYAM KALASAN
(Sumber : Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin)

Bahan-bahan
500 ml santan dari 1 biji kelapa
1 ekor ayam potong 8
1 sudu makan kicap manis ( i used kicap masin..+ madu sket )
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan (A) ditumbuk kasar
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

Cara Membuatnya :

Perap ayam bersama kicap, serbuk kunyit dan garam selama 1 jam.
Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup rasa.
Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan.
Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan di atas ayam tadi.


 

June 16, 2010

Fondant Cakes

Ditempah oleh Puan Shahida dari Tmn Kulim Perdana untuk majlis perkahwinan adiknya.. Beliau inginkan tema Pink dan Putih.


 Sebiji kek lagi dengan tema silver & putih..  Maaf la tak dpt memenuhi undangan kak shahida untuk hadir ke kenduri aritu.. Saya ke Penang.. Apa pun terima kasih byk2 ye kak  :)





June 15, 2010

2 in 1


Father's day cake & Birthday Cake untuk Mr. Shah. Blueberry Light Cheese Cake menjadi pilihan..






June 14, 2010

Cuppies & Tart

Tempahan oleh Pn. Siti Rohaya. Terima kasih byk2.. :)

 


June 10, 2010

Ben Saploh


Kek choc moist dgn gambar ben 10 ni tempahan dari Kak Ana.. Terima kasih..

June 08, 2010

Tema Purple lagi..





Kek 2 tingkat yang ditempah oleh En. Adnan sempena perkahwinan staff beliau iaitu Anis pada Sabtu lepas.. Cuppies tu pun untuk anis juga.. Ida amira (office mate ) aku pun tempah kek 2 tingkat juga.. Thanks.. ( maaf tak dpt citer pjg2.. tgh mode bz... )


Cuppies Butter Orange

Pn.Khairiah repeat order.. Kali ni untuk makan2 dan sebagai hantaran.. Terima kasih ye..

June 03, 2010

Cuppies untuk Ain


Skali lagi Pn.Zura menempah kek dari RUC.. kali ni cuppies pulak untuk sambutan hari lahir di tadika anaknya Ain.. aku buatkan kek butter vanilla seperti biasa saja dan dihias dgn foto edible imaje yang mempunyai pelbagai cartoon character zaman kini. Harap2 budak2 kat tadika tu suka la ye...Thank you so much ye Pn. Zura.. :D

June 02, 2010

Mulberry Fruit Tart

Hantaran tat buah mulberi ni ditempah oleh kawan pejabat iaitu ida amira untuk dijadikan sebagai hantaran. Maaf gambar tak brapa clear sebab aku amik gambar ni dlm keta ida.. kemre aku tertinggai kat umah mak..so pinjam kemre ida je la..heheh.. tima kacehhh ida nooo..



June 01, 2010

Musim Kenduri sudah tiba..

 
 Kek coklat moist + edible image ni ditempah oleh Dyana yg aku kenal melalui FB..  Selain dari kek ni, Dyana juga tempah cupcake + strawberry, plain cupcake & tat buah... Semua ni untuk hari pertunangan beliau dgn kekasih hati tercinta...
untuk plain cupcake yg sama hari dgn kenduri dyana ni aku dpt tempahan sebanyak 450 biji saja.. Tapi jenuh jugak la dok pulun.. sebab kena buat order org lain jugak.. yg di kedai pun byk yg dah abih..mmg agak penat la.. kebetulan, hari yg sama juga mak aku buat kenduri tahlil, manakala sepupu husband pun kenduri kahwin hari yg sama jugak.. mmg kalut sikit la.. Tapi apa pun semua dah selesai dan aku harap dyana pun suka dgn hasil kerja tgn aku ni.. Tima kasih ye dyana..


Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here