Anak dara aku si Aisya merengek2, membodek dan buat muka kesian minta aku buatkan bun untuk dia..sebenarnya aku sgt2 penat dan baru lepas uli 4 kilo fondant.. tapi tak sampai hati nak tolak permintaan dia sebab aku tau dia jenis payah nak mkn..jadi bila dia minta tu maknanya dia betul2 nak makan.. Nasib baik 2 minggu lepas aku saja2 beli 'bun mix' sepeket.. aku ingatkan nak buat roti untuk hubby weekend ni tapi dah anak minta dulu..buat utk anak dulu la.. Bila aisya merengek lagi minta aku buatkan bun utk dia.. aku cakap "boleh...tapi ada syaratnya..." dia pun sengeh2.. tak sempat bagitau syarat dia dulu yg cakap.."ibu nak minta aisya tolong buat skali kan?" heheheh pandai2.. jadi minta dia p cari apa2 isi yg dia rasa nak boh dlm bun dia ni.. cepat ja dia p selongkar peti ais kat dapo tu... memandangkan benda2 lain tak sesuai utk dikombinasikan sekali dlm bun ni..aku cuma pilih 3 je.. iaitu biji bunga matahari @ kuaci, coklat button dan kismis je.. pastu tgk ada sket lagi ganache yg berbaki lepas buat kek aritu.. aku sapu skali atas doh bun ni... resepi nya seperti di bawah ya... byk yg aku tambah sendiri ja..
Bahan2 :
1 peket bun mix
1 peket yis mauripan
4 scoop susu tepung
175ml air
1 sb kopi emulco
1 biji telur gred B - dipukul sedikit
Inti :
Coklat button
Kismis hitam
Isi kuaci / biji bunga matahari
sedikit sapuan ganache
Cara2 :
1. Masukkan bahan2 cecair ke dalam bread maker
2. Masukkan susu tepung, tepung bun mix dan yis di atas sekali
3. Tekan menu 'doh' dan biar bread maker buat keja sendiri sampai adunan tadi kembang dan jadi doh..
4. Keluarkan doh dan tumbuk2 bagi mengeluarkan udara / angin di dalam doh tu. Uli sekejap
5. Tabur tepung atas meja / papan pencanai / loyang besar, canai memanjang
6. Sapukan ganache, taburkan isi kuaci , kismis dan choc button
7. Cantumkan @ tutup doh tadi dan cantumkan hujung kiri dan kanan dan buat bulatan.
8. Gunting sedikit atas doh tersebut dan biar selama 30 minit.
9. Percikkan air ke atas doh dan masukkan dlm oven selama 20 ~ 25 minit pada suhu 190c.
10. Dah masak, keluarkan bun & sapukan dengan marjerin sebelum dihidangkan..
Bila dah siap aromanya mmg best giler... ada bau coffee tapi bila mkn takda plak rasa kopi tu...yg ada cuma pada bau... pastu rasa coklat, kuaci, kismis semua bercantum jadi 1.. tapi mmg sedap la bun ni..nnti nak buat lagi.. :D