My Followers

June 24, 2009

Jangan Marah

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surat Al-A'raf, ayat 200:
Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Rasullah saw mewasiatkan kepada salah seorang sahabatnya dgn mengatakan:
Jangan marah, jangan marah, jangan marah.

Suatu hari terdapat seorang lelaki yang sedang marah di hadapan Rasulullah. Lalu Rasulullah menyuruhnya mengucapkan isti'azah.
Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku ( Al-Mu'minum :98 )

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan meraka ingat kepada (seksa) Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kebenaran lalu menghentikan kesalahan-kesalahannya).
( Al-A'raf : 201)

Sesungguhnya orang-orang yang keresahan , kesedihan, emosi dan amarah di dalam hati, baginya ada penawar yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad saw. Di antara penawar tersebut adalah:

1. Berusaha menghilangkan perasaan marah.
..... dan orang-orang yang menahan amarahnya... ( Ali 'Imran : 134)

..... dan apabila mereka marah mereka memberi ampun ( Asy-Syura :37 )

2. Berwudhu'. Marah adalah bara api dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Rasulullah bersabda :
Bersuci adalah sebahagian dari iman.
Juga bersabda :
Wudhu' itu adalah senjata org mukmin.

3. Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, dan jika dalam keadaan duduk, maka hendaklah berbaring.

4. Jika sedang marah, hendaklah dia diam dan jangan berbicara.

5. Sebolehnya mengingat akan ganjaran yang didapati bagi mereka yang mampu menahan amarahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

Judul Buku : Jangan Bersedih
Pengarang : Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Muka Surat : 285 -286

June 21, 2009

Elmo & Tweety

2 biji kek ni tempahan dari cikgu sekolah rendah dublin. Last minute order gak ni.. Memula ingat nak letak piping jelly je kat tweety ni.. tapi terlupa dah habih stok plak.. warna dengan buttercream ja lah.. Bila pandang betoi2 Tweety ni mcm kena curah dgn asid je kan? hehehe..


Elmo ni tgh diet sebab tu nmpak dia kurus sket skarang.. hehehehe.. Tima kasih ya cikgu.. lain kali order la lagi.. :D

June 19, 2009

Yang Lalu, Biarlah Berlalu

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidapan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya menrupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dgn membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Bagi org yg berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidaka akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dpt keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semua tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya mmg sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dlm mimpi-mimpi buruk di masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasa kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan h al tersebut merupakan keadaan yang sangan menyedihkan sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran hidup masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selalma ini sudah dilakukan. Allah swt telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat.

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kemabli ke masa lalu adalah tidak ubahnya seperti org yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergilng di dalamnya. Ada ungkapan nenek-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu. "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya".

Bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan dan setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

Judul Buku : Jangan Bersedih
Pengarah : DR. 'AYIDH BIN 'ABDULLAH AL-QARNI
Muka Surat : 6-7

June 17, 2009

Kek Keju Sentuhan Hati

Bila aku bagitau Ainil nama ciskek ni, dia kata aku jiwang sgt lah!! hahahhaah.. mmg jiwang la sebab aku buat kek ni dgn penuh rasa kasih sayang.. penuh rasa cinta.. penuh rasa yg istimewa dari hati aku... Ainil heran sebab tiba2 jadi romantik lak.. sebab aku ni agak brutal dulu.. tapi ye ke aku brutal? Setahu aku la...bukan brutal tapi agak kasar dan muka pun tak ayu mcm kawan2 yg lain.. tak lawa.... hahahhaha... tapi kek ni mmg agak romantis sket la sebab aku buat kek ni istimewa untuk en.hubby yg jauh di mata sempena hari lahir dia... Walaupun agak lewat kami meraikan hari istimewanya.. janji ada gak la something special utk dia.. apa yg special? haaaaa ciskek ni lah.. ciskek buatan air tangan seorang isteri untuk seorang lelaki bergelar suami.. ngeh..ngeh..ngeh...

Seminggu sebelum hari lahir en.hubby dah cakap, tingin nak makan ciskek.. tapi minta ciskek yg biasa2 ja.. dan aku tak plan pun nak buat ciskek pesen ni.. Pastu amoi nor inform nak balik kg, terus aku minta tlg beli buah strawberry ni.. dpt ler 2 kotak.. pastu pk lagi..nak buat ciskek apa? idea tak mariiii la plak... Nak belek buku resepi & resepi2 internet yg aku print, tak boleh plak.. sebab aku simpan semua dlm kotak dan letak dlm bilik belakang.. Kunci.. Kunci aku tinggal kat umah mak plak.. Haru tul!!

Hmm.. mcm biasa, bila takdak idea nak deko atau buat kek, aku akan capai pen & kertas utk draft.. ceh.. mentang2 la secretary, keja nak draft aje.. hehehe.. Memula nak buat snickers cheesecakes tapi takdak resepi lak... Terpaksa la aku hentam saja.. Akhirnya terhasil la ciskek seperti gambar2 di bawah ni.. tapi outcome dia sedap jugak..heheh

KEK KEJU SENTUHAN HATI

Bahan2 Kek Coklat:
1 cawan tepung superfine - ayak
1/2 cawan serbuk koko - ayak
1 sk baking powder -ayak
1 sk soda bicabornat -ayak
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 sk choclate emulco

Cara2nya :
( **panaskan oven pada suhu 180c. Lengser loyang dgn mentega & alas dgn kertas minyak. )
1. Masukkan gula + air panas ke dalam mangkuk. Kacau hingga gula hancur. ( guna pemukul telur je)
2. Masukkan telur. Pukul kembang.
3. Masukkan susu segar & choc emulco. Kacau rata.
4. Masukkan bahan2 yg diayak & minyak jagung. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan kek ke dalam loyang 8 inci
6. Bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

Bahan-bahan lain

Krim coklat secukupnya - boleh didapati di kedai menjual bahan2 kek
2 bar Kit Kat Chuncky ( kit kat & biskut oreo ni semua cilok skit yg ecah punya )
2 bar Kit Kat
20 gm kacang tanah - dipanggang & ditumbuk kasar
20 gm badam cincang - dipanggang sebentar
Beberapa keping biskut Oreo - dipatah 2
5 keping biskut oreo - dikisar/ditumbuk utk dijadikan serbuk kasar
Buah Strawberry
Sedikit buttercream @ fresh cream - jika ada

Bahan2 Kek Keju :
2 ketul cheese cream (philadelphia)
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur gred B
1 cawan whipping cream
1/2 cawan yogurt perisa asli ( nak prabih stok je ni )
3 sb tepung jagung
3 sb tepung superfine
1 sk lemon paste
Serbuk biskut oreo

Cara2:
( ** Lengser loyang 9 inci & alas dgn kertas minyak )
1. Putar krim keju + gula hingga kembang & gula hancur.
2. Masukkan telur, whipping cream, yogurt & lemon paste. Putar kira-kira 2 minit.
3. Masukkan tepung. Gaul sebati.
4. Letak kek coklat yg telah sejuk tadi di tengah2 loyang 9 inci. Tuang rata krim coklat.
5. Patahkan kepada beberapa bahagian kit kat chuncky & kit kat bar, letak atas kek coklat
6. Tuang sedikit adunan kek keju ke dalam loyang yg berisi kek coklat, tabur separuh serbuk oreo.
7. Tuang adunan kek keju tadi sehingga habis. Tabur baki serbuk oreo.
8. Bakar adunan ni secara steam bath pada suhu 160c selama 1 jam.
9. Biar kek ini di dalam oven selama 1 jam dengan pintu oven dibiarkan terbuka sedikit.
10. Sejukkan kek ini di dalam peti sejuk semalaman.
11. Pindahkan kek ini ke atas papan kek. Tabur kacang tanah & badam cincang di atasnya.
12. Hiaskan kek ini dengan buttercream, buah strawberry & biskut oreo.


SELAMAT HARI LAHIR EN.HUBBY. MOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, DIPERMUDAHKAN DLM SEGALA URUSAN, SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI & DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.

June 16, 2009

Doa

Dapat kiriman emel ni daripada en.hubby. Tak salah kan aku letak kat sini sebagai tanda saling ingat-mengingati.. semoga kita diberi keampunan/manfaat/ganjaran oleh-Nya. Gambar ni saiz kecil.. jadi save la kat pc masing2 dan boleh besarkan gambar untuk nampak lebih jelas.

SELAWAT MUNJIYAH
SAIYYIDUL ISTIGHFAR

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR
PENAWAR SUPAYA DAPAT MENJAUHI MAKSIAT DOA MOHON DITETAPKAN PENDIRIAN
DOA KETIKA DI DALAM KESUSAHAN
DOA APABILA MENGHADAPI STRESS


DOA SUPAYA DIKASIHI

DOA SUPAYA DIPERMUDAHKAN MEMBAYAR HUTANG

Spiral Goreng Bolognese

Sajian paling simple untuk orang2 malas mcm saya.. hehehe..


SPIRAL GORENG BOLOGNESE

Bahan2 :
1/2 peket spiral - rebus hingga lembut & tos- masukkan dlm bekas
2 biji telur
3 sb minyak masak
1 labu bawang besar - didadu
2 sb butter
1/2 peket daging kisar - bilas bersih
2 sb ciliboh
5 sb rencah bolognese segera
150ml air
2 sb sos tomato
1 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara2:
1. Panaskan minyak & butter. Tumis bawang hingga layu.
2. Masukkan daging kisar. Kacau hingga daging hampir masak.
3. Masukkan ciliboh & sos tomato.
4. Masukkan air, perencah bolognese, lada, hitam dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih dan kuah makin pekat.
5. Pecahkan telur ke dlm spiral tadi. Gaul rata. Tuang ke dalam kuah tadi.
6. Masukkan kacang manis dan gaul hingga kuah hampir kering. Angkat & hidangkan.

June 15, 2009

Bun Pandan Berkaya

Beberapa hari lepas, aku rasa mcm tak brapa sihat..tekak sakit plak.. rasa mcm nak demam.. lepas buat kek org, rasa2 mcm nak makan roti.. nak p beli malas.. pastu selak2 kitab, jumpa resepi bun ni.. baru ingat, aku amik resepi ni dari blog en. mat gebu yg pakar masak memasak tu... hihihiii.. ok lah, time to try...... meh tgk hasil dia..


BUN PANDAN BERKAYA ( tepek dari blog en. mat je.. tima kaseh ye )

BAHAN-BAHANNYA
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil
30 g mentega
1 camca teh pandan paste
(yg aku tambah sendiri...cis suka ati je kan.. heheh)
1/2 sb bread softener
1 sb serbuk kentang

BAHAN HIAS :-)

Kelapa kering secukupnya - tak bubuh pun... takdak stok..hehe
Seri kaya secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-

Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.
KAEDAH LAIN :-
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas.


Amacam..nampak gebu tak? Bun ni mmg gebu dan lembut tul.. tak sia2 aku cuba buat bun ni.. hehehee..

June 14, 2009

Kasih bersatu..Janji diikat...

First time dgr suara pemanggil ni.. alahaiiii lemah lembutnya suara.. nama pemanggil ni Shima. Dia nak order Cheese Tart dgn fresh strawberry sebagai hantaran di hari pertunangannya. Ok, bisa diatur dongg... Aku tak ambil masa yg terlalu lama untuk siapkan tart ni mungkin sebab mood aku baik kot.. semuanya berjalan dgn smooth je.... Hari Jumaat petang baru ni p hantar tart ni kat umah dia di Sg.Karangan. Hmmm comei je budaknye.. dan aku rasa si comel ni tgh berdebar-debar menunggu saat ditunangkan. hehehehe...

Mlm semlm Shima sms aku.. "salam k.ej. Tima kaseh ye tart smlm. Cantik. Pihak lelaki pun ckp sedap :) " Alhamdulillah semuanya dah selamat... Semoga Shima dpt melalui alam pertunangan dengan sabar sebab time ni byk tul dugaan.. hehheeh... Mkn nasi minyak nanti jgn lupa jemput akak ye.. hehehe..

Thanks Shima.

June 11, 2009

Cuppies Strawberry Balasan


Ingat lagi tak pada En. Am? kat previous entry en. am hantar cuppies strawberry xs size kat buah hati dia.. Kali ni buah hati dia Cik Damia pulak yg order cuppies ni minta surprise kan en. am di ofis dia.. wahhhh wahhhhhh.. main balas2 ek.. takpa2.. aku suke dik.. hihihiii..
Cik Damia yg kiut-miut dan bersuara sangat la manja.... order cuppies yg ada buttercream & minta layer dengan filling strawberry & blueberry. After having a short discussion, we had agreed to design a very simple cupcakes but attract eye look.

Thanks Damia.. I like to see both of you. Corresponding and mutually love. Get marry soon ya dik..

June 10, 2009

Wedding

Last weekend, diberi peluang utk tag dgn abg mi, federe & adi untuk ambil gambar kahwin anak2 Dato' Arzmi & Datin Zainiyah (Khairil + pasangan dan Anis + pasangan.) Satu pengalaman yang agak memenatkan. Sekitar jam 8.00 malam baru la selesai semuanya...









Ni lah hasil gambar2 dari kamera aku.. kalau nak tgk gambar2 lain, click kat flickr ok..( http://www.flickr.com/photos/raqynrafiqin/ )

June 08, 2009

Cuppies Buah Tangan

Sebenarnya kalau diikutkan hati.. 2-3 minggu lately ni terasa malas benar nak baking.. mmg takda hati tul.. ni semua sebab buah hati kesayangan aku.. Ai'sya...
Hmmm... Anakku Ai'sya demam lagi...lama betul kali ni dia demam.. aku mmg susah hati bila dia sakit.. Badan dia pun semakin kurus.. perut dia pun makin kempis hinggakan pakai sluar jeans pun melorot jer. Siapa la yang tak susah hati bila anak kesayangan sakit kan.. cepat2 la sihat ya sayang..


Tutup crita Ai'sya.. ni crita pasai kek pulak. Rezeki jgn ditolak dan mesti buat seikhlas hati.. Betul tak..?? hmmmmmm...
Kali ni order dari Puan Zunaina, salah seorang customer lama yg paling best aku kenai.. aku panggil kak naina aje.. kami berdua mmg selalu keep in touch. Dia jarang order dgn aku.. sebab dia pun pandai buat kek gak.. Kali ni dia order 4 set cuppies sebagai buah tgn masa p tgk anak buah dia di sp.. ( 2 design yg sama darab 2 ). Saja nak bagi budak2 sronok bila nampak kek kecik2 ni katanya.. Puan Zalela nak cuppies yang simple dan sweet. Memandangkan aku p K4, jadi aku beli skali stoberi ni.. taruk ja skali..


Thanks ya kak naina...

June 07, 2009

Simple Sponge & Choc

Isinya kek span vanilla yg halus teksturnya.. dipadankan dengan topping coklat @ ganache dan di sekelilingnya ditaburi dengan choclate rice. Itulah permintan kawan mak aku.. hehehee.. dia kata tak puas makan kek aku masa besday anak abg nd bulan lepas.. jadi kali ni dia order lagi utk dimakan bersama anak2 & cucu2nya yang pulang dari perantauan sempena cuti sekolah.

Terima kasih Makcik Che su.. :D

June 04, 2009

Kapis Hantaran & Makan2

Awal2 lagi Kak Yati dari KL call untuk order cuppies fondant utk hantaran adik dia kalau tak silap.. Seingat aku first call tu kak yati minta aku hantar cuppies ni hari Khamis petang.. Kalau petang kena antar lepas ofis hour la.. kak yati kata ok ja.. sebab nak antar cuppies ni kat umah org tua dia di Junjung... Majlis adik dia hari Sabtu rasanya.. ok la, aku take note sikit la kan dlm diari aku.. pastu kak yati order 2 set cuppies untuk makan2.. 1 set 16 pcs & 1 lagi 25 pcs.. Cuppies makan ni satu utk sebelah family dia dan 1 lagi untuk family mertua dia.. Kak yati nak design campur2 dan ikut suka aku ja..

Lagi seminggu sebelum delivery date, aku sms kat kak yati sebab lepas dia transfer duit dia kata nak cuppies ni hari selasa.. aku pun pening sat.. sebab yg aku catat dlm diary hari jumaat.. jeng jeng jengg.... hmmm kena konfem balik la nampaknya kan... so tanya dgn kak yati, dia nak aku antar ari Rabu pulak.. sebenarnya takdak masalah apa pun sebab customer kan selalu di pihak yang benar, dan aku tak la kesah sgt pasai tarikh atau hari penghantaran sebab melalui cakap2 kami di laluan udara, kak yati mmg tak cerewet langsung dan sgt memahami cuma aku rasa dia pun confuse sebab dia kat kl, yg nak hantar kek ni ke Sg. Petani tu org tua dia.. mungkin ada miscomunication kot.. aku sms plak tanya kalau2 aku leh hantar cuppies ni ari rabu petang ke.. malam ke... sebab aku keja dari 8.00-5.00.

Suddently kak yati call terus minta aku antar kapis ni rabu pagi dlm kul 8.. Errrkkkkkk??? Alamak!!! Adeh..deh..deh... hilang akal fikiran jap..tapi bukan giler la... cuma terpinga2.. terbengong-bengong.. tersentak-sentak... tercangak-cangak..terkebil-kebil... dan pelbagai ter dan ter lah...sebab masa kak yati call tu ialah hari selasa dan waktu tu aku masih di ofis.. huhuhuu... Pada waktu yg sama gak, aku kena buat plain butter cake 2 biji utk kawan mak aku.. aisehhh.. dlm hati tertanya-tanya... adakah sempat? balik keja aku pederaih la motor kapcai aku nak ligan masa punya pasai..seb baik aku selamat sampai ke destinasi.. hehehe.. Bersilat la kat dapur sorang2.. tak amik ecah pun sebab ecah tgh demam..

Akhirnya kesemua kek2 kenit kak yati dan kek butter kawan mak aku siap. Baru leh tarik nafas lega... heheheh..


Bunga Half Carnation...( ye ke? aku nampak cam kekwa ja.. )

Cuppies 25 pcs

Ni set makan2.. 16 cuppies tapi aku letak 18 biji sebab set hantaran tu tak leh nak masuk lagi sebiji.. (dah call bagitau kak yati pasai ni.. ) pastu ada extra lagi sebiji.. aku pun dah tak larat nak telan kek byk2.. aku boh skali ja dlm ni..

Siapkan skali kotak hantaran dia

Intai2 skit dari dlm kotak...


Sebenarnya masa aku snap gambar ni aku mmg dah terlalu mengantuk + letih... Jam kat hp menunjukkan waktu dah makin dinihari.. lepas semua dah siap..kemas2 skit umah, pastu letak cuppies ni di tempat yg selamat supaya semut tak hurung.. (tak muat dlm fridge)..

Aku betul-betulkan pinggang yg dah sakit ni.. capai baju sejuk, kunci motor dan helmet.. kunci pintu umah, pintu pagar dan segala pintu yg ada.. terus start motor balik umah mak di Lunas..
Kul 3.20 pagi aku sampai kat umah mak...belek2 ecah yg tgh tdo dan masih demam.. Kalau ikutkan tak balik pun takpa.. terus tdo jer kat umah aku tu tapi memandangkan sehari tak tgk muka anak..huhuhuu tak leh jadi la.. wajib balik jugak tgk dia.. dpt kiss dia dan bau bucuk dia tu pun jadi la..hehehe..

Tdo sat untuk beberapa jam, kul 7.10 ajak mak pegi antar cuppies ni.. Parents kak yati dah tunggu kat luar banglo depa.. parents kak yati nampak awek muda dan baik orgnya.. Terima kasih daun keladi ya kak yati.. kalau sudi order la lagi.. hehehe..

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here