My Followers

August 30, 2010

Kek Marble


Kek marble yang ditempah oleh Nana Caldina.. salah seorang customer yang penah order dari RUC sebelum ni.. thanks nana..

 

August 29, 2010

Cuppies


Salam.. semalam buatkan cupcake untuk anak2 di rumah.. buat yg simple2 jer.. Alhamdulillah habis budak2 tu makan..ilang penat den.. hehehe..



 

August 23, 2010

Cupcakes VS Muffin

Apakah perbezaan di antara cupcakes dan muffin? Aku percaya masih ada yang tidak dapat membezakan kedua-duanya.. Untuk entry kali ni aku copy 1 info yang berguna untuk para pengunjung untuk mengetahui sedikit sebanyak berkenaan cupcakes dan muffin. 

( sumber : buku muffin manja )
Perbezaan paling mudah ialah kek cawan mempunyai frosting atau ising di atasnya. Manakala mufin tidak dihiasi dengan frosting atau ising.Walau bagaimana pun, kebelakangan ini sudah ada mufin yang dihias dengan frosting mengikut kehendak pelanggan.

Selain itu, kandungan bahan membuat mufin dan kek cawan juga berbeza. Bahan asas  membuat mufin terdiri daripada 2 cawan tepung, 2-4 camca besar gula, 2 ½  camca teh serbuk penaik, ½ camca teh garam, 1 biji telur, ¼ cawan minyak, lelemak atau mentega, dan 1 cawan susu. Apabila nisbah lemak, gula dan telur dua kali ganda daripada bahan asas membuat mufin, maka yang terhasil ialah kek cawan.

Mufin ala Amerika berbeza dengan mufin ala Inggeris. Perbezaannya adalah dari segi bahan yang digunakan sewaktu menyediakan juadah itu. Mufin ala Amerika lebih banyak menggunakan soda penaik dan serbuk penaik. Manakala mufin ala Inggeris berbentuk doh yang dinaikkan menggunakan yis. 

Mufin ala Amerika boleh dikatakan kacukan antara roti dengan kek. Sementelah, mufin ala Amerika boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, mufin kek dan mufin roti. Setiap jenis mufin mempunyai teknik adunan yang berbeza. Bagi membuat mufin roti, kandungan gula dan mentega harus dikurangkan. Manakala mufin kek pula menggunakan kandungan gula dan mentega yang banyak. 

Adunan mufin  yang paling asas menggunakan bahan-bahan seperti tepung, gula, serbuk penaik atau sida penaik, telur, lelemak (cecair atau pepejal) dan susu (susu mentega, yogurt, krim masam). Boleh juga ditambah bahan-bahan lain seperti kepingan buah-buahan, kekacang, coklat, esen vanila, rempah, cornmeal, bran dan oat. Jika mahukan mufin yang lebih menyelerakan dan nampak menarik, serbuk rempah, tepung atau gula halus boleh ditabur di atas mufin. Krim juga boleh disapu ke atas mufin.
 
 
 ( sumber : cakespy )
According to our dictionary, a cupcake is defined as "a small cake, the size of an individual portion, baked in a cup-shaped mold," whereas the muffin is defined as "a small, cup-shaped quick bread, often sweetened." Strangely, the definitions don't touch on the subject of frosting, which to many seems to be a defining characteristic of a cupcake. However, they do touch on the subject of sweetness, citing that muffins are "often" sweetened, thus leaving it open to interpretation that they are often but not always sweet, and it does touch on their texture by defining them as a quick bread, which is often more dense than cake (think of the difference between say, a dense banana bread and the oft-lighter Hummingbird cake).
 
Now, we realize that there are all sorts of recipes out there, so we're not saying this is going to be true in every case, but with our two recipes, the major differences were as follows:
  • Oven temperature and baking time: the cupcakes were baked at 350 for 30 minutes, and the muffins were baked at 375 for 25 minutes.
  • Mixing: With the muffins, our recipe said to mix until the dry ingredients were mixed with the wet, but not until smooth; with the cupcakes, we creamed the butter and mixed longer, until there were no lumps.
  • Flour: There was significantly more flour in the muffin recipe.
  • Sugar: No difference! Both recipes called for the same exact amount of sugar for a batch of 20.
 

August 22, 2010

Untuk Kekasih Hatinya..

Salam... tempahan kali pula daripada Fiza. Beliau inginkan cuppies bertemakan warna hitam dan merah.. Kek coklat dengan topping coklat. Fiza emelkan design dan minta aku buat design yg sama.. kepada owner design tu.. ( sori tak tau sapa punya ) aku ucapkan terima kasih ya..

Cuppies ni aku hantar kepada kekasih hati Fiza di Tmn Sang Kancil di Lunas.. agak susah juga nak cari rumah boyfriend fiza ni walaupun taman tu kecil jer... tapi yang menyulitkan keadaan kebanyakkan rumah situ dah 'kehilangan' nombor2 rumahnya..kawasan taman tu plak agak gelap sebab aku deliver kek ni mlm... jenuh aku pusing2 dlm taman tu.. last2 baru jumpa.. tapi boyfriend fiza pulak takda.. so aku call fiza minta bf dia tunggu depan Alliance Bank je.. Finally dpt jugak bagi cuppies ni pada bf Fiza tu.. hmmm selamat.. hehehe.. Thanks fiza ye sebab pecayakan RUC untuk buat tempahan ni...  :D



 

August 18, 2010

Cuppies untuk Berbuka Puasa


Salam... maaf pada para pengunjung blog ni terutama pada Amira sebab lambat sikit upload gambar2 kat blog ni... Mesti amira tertunggu2 kan.. sori sgt2 yer.. kak cuti la dik..tak brapa sihat.. ok, untuk para pengunjung yang lain mesti tertanya2 sape amira ni kan.. ok, amira ni adalah customer yang sgt sweet, peramah dan happy sokmo jer suara dia.... dia lah yg order set cuppies ni istimewa untuk tunang terchenta iaitu Mohd.

Menurut kata amira, cuppies ni utk Mohd bawa pulang ke Penang, nak bagi pada umi dan keluarga buat buka puasa.. amboiiii untungnya dpt bakal menantu camni kan... rajin sungguh antar buah tangan untuk family bakal mentua.. mesti bakal mentua sayang habis kat mira kan...? hehehe.. dan menurut kata amira lagi, ada budak2 kecik dalam family tu so aku design set ni dgn tema kanak2 la.. Ptg Khamis lepas aku jumpa Mohd kat dpn Hospital Kulim untuk deliver cuppies ni..Mohd ni mmg jenis malu2 ker Amira? selalu senyum2 simpul jer cik abg mira ni tau.. mcm malu2 jer dengan akak ni..hehehe..

Sebelum set cuppies ni Amira ada order kuih raya dari aku.. Dia order tart nenas & almond london..tapi tunang tersayang dia la kena test dulu produk dari RUC ni.. so aku hantar kuih raya tu pada Mohd dulu untuk dicuba.. Mohd tunggu di depan Unikl.. Mohd ni study kat Unikl tu.. amik kos mekanikal.. sempat juga la berbual ringkas dengan dia.. lembut jer tutur kata dia.. hmmm amira pun aku dgr suara dia lemah lembut.. mmg cocok la budak berdua ni.. hehehe.... Keesokkan harinya Amira antar sms pada aku.. katanya Mohd cakap best gila2 tat nenas tu.. terus amira nak tambah order untuk kedua2 jenis kuih raya tu.. heheh.... syukur2..

Selang beberapa hari kemudian lak, amira minta aku poskan tat nenas tu kepada dia yang berada di Pahang... Amira sms aku, risau tat tu hancur nanti.. tapi aku ckp kat dia insya'allah tart tu tak hancur, kalau hancur pun mungkin sedikit jer kat bahagian bawah..nak jamin 100% tak hancur tu tak la.. sebab bukan hantar by hand kan.. aku hantar by pos.. tapi stakat 3 thn yang pihak RUC antar kuih merata2 tu mmg tak hancur la.. ada beberapa customer dari oversea yang terima kuih tu pun cakap tak hancur.. hmmm alhamdulillah la kan...  So lepas dah bincang2, pihak RUC pun pos tart tu kepada Amira.. Sehari lepas pos tu Amira sms lagi.. katanya dia dah dpt tart dan sample crystal ball tu..dan sedap sgt2, x hancur pun kuih tu.. dan dia nak tambah order lagi..hmmm syukran-syukran...

Apa pun terima kasih byk2 pada amira dan mohd yer sebab pecayakan RUC untuk buat cuppies dan kuih raya tu.. mira, walaupun kita tak penah jumpa akak doakan korang berdua bahagia selalu dan cepat2 naik pelamin yer.. :D



August 10, 2010

Kek Birthday

Sebelum entry kek ni diteruskan.. aku ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat.. kepada sesiapa yg kenai aku, aku mohon maaf kalau ada salah dan silap yang aku sengaja atau pun tak.. smoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa ni dengan penuh sabar dan mendapat keredhaan Allah swt..

ok, proceed to this cake entry plak yer.. Tempahan ni dari kawan office sempena hari lahir mereka pada hari ni.. hmm sehari sebelum puasa kan.. so dpt la kawan2 lain dapat merasa kek ni termasuk la si tukang buat kek tu.. sapa lagi..?? aku la tu.. ( buruk siku tul kan..) hehehe..  Hairul minta aku buatkan kek yg biasa2 ja dan aisingnya pun nak nipis2.. so inilah yg terhasil.. Hmm.. happy birthday hairul & pn.eo.. semoga panjang umur & murah rezeki la yer..


Kek yang ni pula tempahan dari timbalan pengarah di pejabat aku iaitu pn. norliza sempena hari lahir anaknya.. aku susun coklat m&m di keliling kek supaya nampak lebih ceria.. semoga anak pn.liza suka kek ni.. Terima kasih puan.. :)






August 08, 2010

Convo Cuppies


Repeat order dari nana.. seorang customer yang ceria.. sebab aku dgr suara nana ni mcm happy sokmo.. masa deliver cuppies ni pun aku tgk nana ceria manjang.. hmm awet muda tu kan kalau happy selalu.. :)
Hmm.. repeat order punya pasal cuppies yang sepatutnya bersaiz s ni aku tukarkan dengan senang hati kepada saiz m.. Nana minta buatkan cuppies ni untuk makan2 sempena beliau dah selamat convo baru2 ni di USM, Penang.. nana juga mintakan aku buatkan beberapa biji cuppies untuk lecturer yang mengajar beliau.. aku harap nana suka dgn cuppies2 ni.. terima kasih ye nana.. it's nice to know u dear...





August 07, 2010

Aleeya Sofea is 1

Tempahan dari housemate lama ( Farah ) semasa menuntut di Uitm Sri Manjung dulu.. Minta aku buatkan kek hari lahir baby beliau yang comel dan putih gebu tul.. iaitu Aleeya Sofea.. sedapkan nama baby ni... :)
aku buat kek chocolate moist seberat 1.7kg, dgn hiasan yg simple saja.. harap2 Farah dan family suka ye... 






August 06, 2010

Kek Hari Lahir

Tempahan dari cikgu tabika perpaduan baru2 ni.. Terima kasih cikgu.. :)




Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here