My Followers

March 24, 2009

Donut Pesona

Tergoda dgn donut pesona yg sis Rinnchan buat, maka aku pun tak tunggu lama2.. cuti Sabtu aritu aku terus uli donat ni.. mmg donut ni lembut pastu aku lak guna acuan yg mmg kecil aje.. so dpt byk jugak.. lebih kurang 150 biji untuk 2 adunan tepung.. Ok la kan.. neighbour belakang dpt rasa sket, pastu bagi kat umah mak skit, bagi kat kakak en.hubby sket.. Dan selebihnya aku frozenkan utk en.hubby bawak pulang ke Perlis..


DONUT PESONA
Sumber : Donut@myresipi.com
( Aku buat 2 adunan )

Bahan-bahan:
3 cwn tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cwn susu cair

1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... tak bubuh
1 titik esen ros (opt.)... tak bubuh
1 1/4 tsp pelembut BIOSTAN ( aku pun gantikan dengan bread improver)


Cara-cara :
1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian.

4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap.

10. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

1 comment:

  1. amboi ejay...baru je tgk kat fp kak rinn...rupanya ejay pun dah try... mmg rajin betl laaa...

    ReplyDelete

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here