Dah lama tak letak gambar makanan2 lain dlm blog ni.. asek gambar kek ja kan.. jemu jugak dok tgk.. heheheh.. ok, ni menu2 yang aku sediakan untuk family hujung minggu lepas.. sila jamu mata je la ye..
CUCUR JAGUNG
( untuk 3 org )
Bahan2 :
Minyak untuk menggoreng
1 cawan tepung gandum
2 cubit soda bikabonat
1/2 tongkol isi jagung muda
1 sb ciliboh
1 genggam kecil udang kering - ditumbuk
1 labu bawang besar - dicincang
Garam - secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air atau secukupnya
Sos - untuk cicah...
Cara2 :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali air.
2. Masukkan air sedikit2 sambil mengacau adunan. Kalau tak cukup air, tambah lagi sikit2..
Adunan tak cair dan tak pekat sgt..
3. Panaskan minyak.
4. Jemputkan adunan dan goreng hingga masak. (aku suka garing skit )
5. Cicah la dengan sos..
Untuk hidangan malam plak kami masak sama2.. aku dgn en.hubby masak lauk2 simple je.. janji kenyang.. hehehe...
Tofu ni untuk Ecah.. Baki jagung yang pagi tadi pun ada lagi.. aku boh ja semua dlm sup ni.. ecah suka ja...
Terubuk yang mak aku beli kat sarawak baru2 ni... ni pembuka selera kami..
Tomato cinonet ni mak aku beli kat cameron highland new year baru ni.. Rajin tul mak aku tu p ronda2 .. So kami buat ulam ja tomato ni.. di-gu dgn sambai belacan...gambaq sambai aku tak amik pun..hehe..
Daging ni en.hubby masak ikut resepi yang aku habaq.. kira sedap jugak la air tangan dia... Ok itu saja menu lauk pauk untuk kali ni.. hehehe... daaaaaaaaaaaaaaaaaa........
No comments:
Post a Comment