My Followers

March 31, 2009

Orange Moist Cake

Miss Moon order skali lagi..untuk kek ni dia minta kek oren moist.. dan aku beri efek marble sikit atas permukaan kek ni.. Kek ni aku deliver kul 11 mlm dan miss moon tunggu kat depan kelas aerobik dia la.. mmg agak lewat tapi dia nak jugak2 so lewat pun lewat la kan..
harap2 miss moon suka ye..


Thanks ek miss moon.. jgn lupa order lagi ya..

March 30, 2009

Miniature Cakes + Figurine.. I Luv this!!

Tangan aku mmg keras kong.. tapi bila buleh buat figurine camni rasa syok lak.. en.hubby lagi terkezut sebab dia tau wife dia ni mmg kasaq sket orgnya..

Skarang aku open tempahan untuk sapa2 yang nak order miniature cakes yang ada modelling camni leh contact aku ya.. kalau nak letak figurine camni atas cuppies ker, kek besday ke, kek kawen ker, kek party ker atau untuk ape2 aje.. call / sms aku nooo...




Aku suka pasangan patung ni..

Clown

Si Bear Kacukan
Mickey Mouse Kacukan apa ye??

Pengantin Perempuan yang choomeell..

Pengantin Lelaki yang terkezutt...

Tapi... ada tapinya.. aku tak terhadkan tempahan untuk figurine seperti di atas saja.. aku akan usaha untuk membuat model2 lain pulak.. Insya'allah akan diupdate kemudian.. Harga untuk figurine tertakluk kepada kerumitan untuk mengerjakannya ya...

March 26, 2009

CMC dengan Peach

Miss Moon order skali lagi untuk birthday maksu dia.. Pagi2 sebelum p keja aku deliver kek ni kat Tmn Tasik Kulim sebab miss moon ada senamrobik kat situ.. Pastu terus pecut p ofis..
Selepas beberapa hari miss moon komen thru ym : "kek ang best woooooooo...Yg bestnya....... suma org ingt kek ang cair, cz penoh kt tpi....tp rpa2nya... kek ang kya ngan coklat la......... papon "OK" sodappppp nti aku oder len k."

Pa pon tengkiu ek moon, nanti hang order lagi tau.. hang tau la aku dgn hang mana penah berkira.. selalu bagi lebih punya... hikhikhikk..

Karipap


Oleh sebab aku rasa aku ada byk masa terluang..(walaupun sebenarnya tak cukup masa..!!) tapi aku teringin sgt nak buat karipap ni untuk si dia yg tersyg.. Sapa lagi kalau bukan utk 'mera shah jahan hei' Muahahahaa... Karipap ni aku buat lepas buat donut pesona tu.. Kedua-duanya aku frozenkan untuk en.hubby. Kiranya kali ni en.hubby bawak balik byk makanan sebab dia kata 2 minggu akan dtg ni dia tak dpt balik.. Kena o.t. Hmmmm takpa la.. harap2 bekalan tu cukup la kan.. Smlm dia kol bagitau kat ai'sya, dia dah makan karipap tu..



KARIPAP

Bahan2 Doh :
500gm tepung gandum
4 sudu besar marjerin (cairkan atas api pelan)
1 1/2 sb shortening
1 sk garam
230ml air ais

Cara-cara:

1. Di dlm satu bekas campurkan tepung, shortening dan garam. Gaul dengan hujung jari sehingga campuran menjadi seperti serbuk roti.
2. Curahkan minyak panas ke dalam tepung. Gaul dgn hujung jari. ( Hati2 sebab panas )
3. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli adunan. Uli sehingga adunan agak2 tidak melekat di tangan.
4. Rehatkan doh selama 1 jam ( ni utk setkan doh.. aku ikut petua tok aku.. ..)
5. Ambil sedikit adunan, gelek nipis dan isikan inti.
6. Kelim kemas dan goreng.

Bahan2 Inti A :
200gm daging kisar
500gm ubi kentang
sedikit minyak minyak masak untuk menumis
Bahan2 Inti B : (Kisar halus)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan2 Inti C:
1 peket serbuk kari
1 sb serbuk cili / ciliboh
1 sk serbuk kulit kayu manis
1 sd besar serbuk jintan manis
1 sk serbuk lada hitam
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa
300 ml air

Cara2 Inti :
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan2 kisar dan kacau hingga wangi.
2. Bila agak garing masukkan serbuk kari dan serbuk cili/ciliboh. Kacau sesekali atas api perlahan hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging kisar dan kentang. Kacau seketika.
4. Masukkan semua bahan2 inti C.
5. Kacau hingga air/kuah tinggal sedikit. Masukkan bawang yg dipotong dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.


Pstt.. ecah cakap "ibuuuuuuuuu..abah kata sedap..nanti buat lagi..!" (pastu dia sembang balik dgn abah dia kat fon.. (:wink:)

March 25, 2009

Spring Onion Buns


Sejak2 berjauhan dgn en.hubby, aku seboleh-bolehnya nak jugak jaga makan-minum dia.. (tapi minum kena cari sendiri ler.. heheheh).. Bila dia balik tu aku akan bekalkan apa2 saja yg aku rasa dia leh makan waktu dia lapar.. sebab en.hubby ni pesennya mmg mkn sikit, tapiiiiiiiiiii kerap a.k.a byk kali.. bila jauh2 camni, biaq le dia rasa ada juga air tangan isteri dia kan.. hehehe.. Baru-baru ni ada buat bun untuk dia.. jom kita tgk.. utk sapa2 nak try resepi leh copy eh..


SPRING ONION BUNS
Bread dough A :
300gm hith protein flour
1/2 tsp salt
1 1/2 tbsp milk powder
1 tbs bread improver
50gm caster sugar

Bread dough B :
125ml water
1 1/2 tsp instant yeast (mauripan)
1 egg - grade B
Bread dough C :
40gm butter

For Topping
1/2 egg - grade B
30gm spring onion (finely diced)
30gm mayonnaise
some salt
* extra mayonnaise ( in piping beg)

For Glazing
1 egg (beaten)

Method :
Topping:
1. Mix all ingredients together and keep chilled till needed.

Bread Dough :
1. Combined ingredient A in a mixer. Blend well.
2. Add in ingredient B. Beat until a dough is formed.
3. Add in ingredient C and beat till dough is smooth and elastic to the touch.
4. Leave dough in a big bowl, covered with a damp cloth in a warm place for 40 minutes.
5. Once doubled in size, divide dough into 35g portions. Shape into small balls.
6. Flatten and roll out each ball of dough into a long strips.
7. Roll up the dough.
8. Lay them on a greased baking tray. Arrange a few pieces in a row.
9. Arrange the second spaced apart to allow spreading.
10. Cover and rest for another 40 minutes.
11. Glaze with beated egg. Spread some filling (topping) on top. Pipe some mayonnaise.
12. Bake in preheated oven at 180c for 10-15 minutes.
13. Cool well on wire rack.

Doraemon ku yg comot

Cikgu dekat rumah order.. ini kali ke 3 dia tempah kek dgn aku.. mungkin disebabkan mood yg kurang enak maka mood tu telah mempengaruhi kek ni.. aku try buat outline dgn color flow tapi nampaknya tak cantik langsung.. kena guna coklat jugak la baru cantik...

Malamnya cikgu tu sms bagitau "akum, kek tu dah selamat kami makan. W/pun doremon tu ej kata comot tapi ank2 akak suka. Kek tu sedap dan gebu. Len kali nak order kali. Tqvm"

Alhamdulilah.. walaupun aku tak puas hati tapi cikgu tu tak kesah pun.. cuma aku la yg kena puaskan hati sendiri utk dpt outcome yg lebih baguih dari yg ni!

March 24, 2009

Donut Pesona

Tergoda dgn donut pesona yg sis Rinnchan buat, maka aku pun tak tunggu lama2.. cuti Sabtu aritu aku terus uli donat ni.. mmg donut ni lembut pastu aku lak guna acuan yg mmg kecil aje.. so dpt byk jugak.. lebih kurang 150 biji untuk 2 adunan tepung.. Ok la kan.. neighbour belakang dpt rasa sket, pastu bagi kat umah mak skit, bagi kat kakak en.hubby sket.. Dan selebihnya aku frozenkan utk en.hubby bawak pulang ke Perlis..


DONUT PESONA
Sumber : Donut@myresipi.com
( Aku buat 2 adunan )

Bahan-bahan:
3 cwn tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cwn susu cair

1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... tak bubuh
1 titik esen ros (opt.)... tak bubuh
1 1/4 tsp pelembut BIOSTAN ( aku pun gantikan dengan bread improver)


Cara-cara :
1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian.

4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap.

10. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

March 19, 2009

Kek Coklat Berinti

Baru-baru ni ada buat kek coklat ni.. memandangkan ada stok inti krim cheese yang yang berbaki masa buat cheese tart dulu.. Pastu colek sket, rasa mcm elok lagi.. mungkin sebab lepas guna dulu terus simpan dlm peti sejuk so cream cheese tak rosak lagi. Apa lagi terus paipkan ke dalam kek ni.. nak kata kek ni mcm choc marble cheese cake tu rasanya tak brapa sama. Sebab kat dasar kek tu aku letak blueberry filling sket.. Pastu isi adunan kek coklat hampir penuh kat acuan kertas tu, baru paipkan cheese cream tu dari atas.. Resepinya i'll will share it later sebab tertinggal kat umah la plak...


Rasa2 leh bayang dak rasa kek ni camne? rasa coklat, rasa masam2 blueberry dan rasa lemak2 cheese cream... Promise will share this recipe ok..
KEK COKLAT BERINTI
Bahan2 :
250 unsalted butter - dilembutkan
220 gm gula castor
3 biji telur
330 tepung naik sendiri - diayak
1 st soda bicarbonat - diayak
secubit garam-diayak
20gm serbuk koko - diayak
150 ml susu segar
20gm choclate emulco
Bahan2 Filling:
Blueberry filling
Cheese filling ( dimasukkan ke dalam piping beg ) ( Lebihan dari cheese tart )
Cara2:
1. Putar unsalted butter dengan gula kastor hingga lembut kembang dan gebu.
2. Masukkan telur sebiji2 sambil terus memutar hingga telur sebati dan kembang.
3. Masukkan susu segar selang seli dgn bahan2 yang diayak. Putar sebentar.
4. Masukkan choclate emulco. Putar maksimum sekejap saja.
5. Masukkan 1 @ 2 sudu besar adunan ke dalam acuan.
6. Masukkan 1 sudu kecil blueberry filling ( lebih pun takpa..suka ati je)
7. Masukkan adunan kek yg selebihnya hingga 3/4 penuh
8. Paipkan cheese filling ke dalam adunan kek tadi.
9. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 20 - 30 minit.

March 18, 2009

Mixed Salad


MIXED SALAD
1 box Salad Campuran yg dibeli di Giant berharga RM4.90
Baby Tomato - dibelah 2
Brokoli - direbus sebentar
1 sb Tuna dlm tin
Beberapa keping hirisan Daging rebus
Sekeping hirisan lemon
Mayonis

Cara2:
1. Cuci bersih daun2 salad. Masukkan dlm mangkuk
2. Masukkan baby tomato, brokoli, hirisan daging rebus dan tuna ke dlm mangkuk tadi
3. Perahkan jus lemon ke atas salad tadi.
4. Paipkan mayonis ke atasnya.



March 17, 2009

CMC utk Seorang Abah

Aku takdak idea nak letak bunga apa utk majlis hari lahir seorang bapa.. Aku rasa mcm bunga ros tak sesuai plak.. Pk punya pk aku try la buat bunga ni.. sungguh aku takdak idea.. takdan nak refer pun sebab kek ni aku buat express jugak.. ini aje idea yg keluar.. harap2 si abah suka..


Kek ni bukannya utk abah aku sebab abah aku dah meninggal pun.. ni utk abah org lain yg customernya aku sendiri tak tau nama.. ceh apa punya penjual la aku ni.. nama customer pun tak tau.. tapi nak buat camna..mmg aku tak tau sampai sudah pun sebab kek ni diorder melalui miss moon. Kek ni pun diserahkan pada Miss Moon jugak.. Apapun tima kasih pada customer ni sebab order. Utk miss moon pun aku ucapkan toche-toche sebab rekemen aku pada kawan2 dia.

March 16, 2009

Sponge Bob

Kak Hajar merupakan seorang guru di sekolah yg berdekatan dgn umah mak. Dia tempah kek ni untuk majlis hari jadi di tadika anaknya. Sebenarnya aku mmg tak kenal dan tak penah jumpa dia tapi dia order melalui Kak Engku yang tolong promote-kan kek2 buatan aku ni... Tapi apa pun aku sgt berterima kasih pada Kak Engku yang sudi mempromosikan kek aku di sekolah. Aku harap kak Hajar suka kek ni..Terima kasih kerana sudi menempah kek ni.. Untuk adik Cheeah, selamat hari lahir yang ke 6 sayang ya..

March 12, 2009

Choclate Butter Cake


Kawan lama dari Uitm iaitu Shiela order untuk besday bos dia.. depa nak celebrate kat ofis.. Kawan aku ni minta buat kek butter yg beratnya 1.5kg tapi aku buat 2.2 kg.. Saja la buat lebih utk kawan lama. Toppingnya plak aku syorkan ganache dan dideko dgn buttercream dan bunga yg sweet tu .. So dah selamat la kek ni sampai ke USM Penang. Hopefully Shiela, bos and officemate dia suka dgn kek ni.. :D
Thanks Shiela. Kalau nak order lagi dialu-alukan..

March 10, 2009

Puyuh Goreng Berempah

Hampir 2 minggu internet buat perangai... nak update blog pun susah.. nak check emel pun payah... tapi syukur Alhamdulillah.. minggu ni nampaknya dah kembali pulih.. Aku akan slowly2 update gambar2 terbaru kat blog ni..

Menu bawah ni aku buat utk makan kat member... buat port luck.. bawak sorang sket.. aku masak kari ikan masin dan puyuh goreng berempah ni.. Puyuh ni mak yg beli utk aku sebab dia tau aku suka makan puyuh.. hmmmm sedap..

Puyuh Goreng Berempah

Perap:
4 ekor burung puyuh
sos tiram
kicap
bawang besar + bawang putih + halia + halba = blend
Garam
Madu
1 sudu besar rempah kari
Tepung gandum

Bahan2 hiasan sampingan
2 biji kentang - didadu
2 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sb halba
10 tangkai cili padi - di belah 2

Cara2:
1. Panaskan minyak.
2. Buang air perap tadi dan gaul puyuh dgn tepung hingga agak melekat tepung dgn puyuh.
3. Goreng dlm minyak panas hingga masak ( api sederhana perlahan )
4. Toskan dan masuk ke dalam pinggan.
5. Goreng bahan2 hiasan hingga empuk dan masak, tuang/tabur ke atas burung puyuh tadi. Siap.

Mcm2 Inti Bun

Yg ni ada kawan baru order untuk makan dgn anak2 dia.. dan dia request minta buatkan bun yg besar2 bentuknya dan nak mcm2 inti kalau bolehla katanya.. aku tak kesah pun.. lagipun mmg ada stok inti kat umah.. pastu dia kata kalau boleh buat plain je atas bun tu supaya anak2 dia tak pilih2 masa nak makan..cuma utk tuna dia minta letak daun bawang sket sebab yg tu untuk dia dan cik abe dia saja.. anak2 tak makan yg tuna tu.. paling byk inti kacang merah dgn sekaya.. lain2 tu dia kata buat sikit2 dah la.. so ok lah.. lepas sembang2 dan diskas sket2... aku dgn terujanya buat bun ni utk depa anak beranak.. sebenarnya aku tak penah tgk anak2 dia.. cuma aku tau anak dia ada 5 org. Kami selalu jumpa di padang permainan bila ujung minggu sebab dia selalu jogging kat situ.. aku lak bawak ecah main buai.. so bila dah selalu nampak.. mesti la ada salam suaikenai kan.. bila dia order bun ni aku mcm terpisat2 jap sebab tak penah buat jual utk org.. kalau utk makan sendiri tu mmg biasa la.. ok, aku sahut cabaran... ni dia bun2 yg aku buat utk dia...

yg ni kulit atas dia tak brapa 'garang' sgt warnanya.. mungkinkah sebab aku letak dia di tray yg bawah masa dlm oven tu? so terlindung sket la kan...





Aku proses bun ni dari pagi.. Semua skali dpt ler 40 biji. Petang tu jugak aku antar.. Bila sampai kat umah dia, baru aku tau kenapa dia suruh aku buat bun ni besar2... tapi anak2 dia mmg friendly... bukan setakat duit bun saja.. siap jamu air dan mkn petang lagi.. dan aku sronok tgk depa makan bun buatan aku ni... hmmm hari yg ceria utk aku.. Tima kasih Ti.. lain kali order la lagi noo..

March 09, 2009

Tart Keju Blueberry

Tart keju ni diorder oleh customer baru walaupun dah lama kenal.. first time buat tart utk customer.. sebelum ni buat utk makan sendiri saja.. Apapun terima kasih ya... sudi2 kan la mengorder lagi.. hihihiii

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here