My Followers

June 17, 2009

Kek Keju Sentuhan Hati

Bila aku bagitau Ainil nama ciskek ni, dia kata aku jiwang sgt lah!! hahahhaah.. mmg jiwang la sebab aku buat kek ni dgn penuh rasa kasih sayang.. penuh rasa cinta.. penuh rasa yg istimewa dari hati aku... Ainil heran sebab tiba2 jadi romantik lak.. sebab aku ni agak brutal dulu.. tapi ye ke aku brutal? Setahu aku la...bukan brutal tapi agak kasar dan muka pun tak ayu mcm kawan2 yg lain.. tak lawa.... hahahhaha... tapi kek ni mmg agak romantis sket la sebab aku buat kek ni istimewa untuk en.hubby yg jauh di mata sempena hari lahir dia... Walaupun agak lewat kami meraikan hari istimewanya.. janji ada gak la something special utk dia.. apa yg special? haaaaa ciskek ni lah.. ciskek buatan air tangan seorang isteri untuk seorang lelaki bergelar suami.. ngeh..ngeh..ngeh...

Seminggu sebelum hari lahir en.hubby dah cakap, tingin nak makan ciskek.. tapi minta ciskek yg biasa2 ja.. dan aku tak plan pun nak buat ciskek pesen ni.. Pastu amoi nor inform nak balik kg, terus aku minta tlg beli buah strawberry ni.. dpt ler 2 kotak.. pastu pk lagi..nak buat ciskek apa? idea tak mariiii la plak... Nak belek buku resepi & resepi2 internet yg aku print, tak boleh plak.. sebab aku simpan semua dlm kotak dan letak dlm bilik belakang.. Kunci.. Kunci aku tinggal kat umah mak plak.. Haru tul!!

Hmm.. mcm biasa, bila takdak idea nak deko atau buat kek, aku akan capai pen & kertas utk draft.. ceh.. mentang2 la secretary, keja nak draft aje.. hehehe.. Memula nak buat snickers cheesecakes tapi takdak resepi lak... Terpaksa la aku hentam saja.. Akhirnya terhasil la ciskek seperti gambar2 di bawah ni.. tapi outcome dia sedap jugak..heheh

KEK KEJU SENTUHAN HATI

Bahan2 Kek Coklat:
1 cawan tepung superfine - ayak
1/2 cawan serbuk koko - ayak
1 sk baking powder -ayak
1 sk soda bicabornat -ayak
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 sk choclate emulco

Cara2nya :
( **panaskan oven pada suhu 180c. Lengser loyang dgn mentega & alas dgn kertas minyak. )
1. Masukkan gula + air panas ke dalam mangkuk. Kacau hingga gula hancur. ( guna pemukul telur je)
2. Masukkan telur. Pukul kembang.
3. Masukkan susu segar & choc emulco. Kacau rata.
4. Masukkan bahan2 yg diayak & minyak jagung. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan kek ke dalam loyang 8 inci
6. Bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

Bahan-bahan lain

Krim coklat secukupnya - boleh didapati di kedai menjual bahan2 kek
2 bar Kit Kat Chuncky ( kit kat & biskut oreo ni semua cilok skit yg ecah punya )
2 bar Kit Kat
20 gm kacang tanah - dipanggang & ditumbuk kasar
20 gm badam cincang - dipanggang sebentar
Beberapa keping biskut Oreo - dipatah 2
5 keping biskut oreo - dikisar/ditumbuk utk dijadikan serbuk kasar
Buah Strawberry
Sedikit buttercream @ fresh cream - jika ada

Bahan2 Kek Keju :
2 ketul cheese cream (philadelphia)
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur gred B
1 cawan whipping cream
1/2 cawan yogurt perisa asli ( nak prabih stok je ni )
3 sb tepung jagung
3 sb tepung superfine
1 sk lemon paste
Serbuk biskut oreo

Cara2:
( ** Lengser loyang 9 inci & alas dgn kertas minyak )
1. Putar krim keju + gula hingga kembang & gula hancur.
2. Masukkan telur, whipping cream, yogurt & lemon paste. Putar kira-kira 2 minit.
3. Masukkan tepung. Gaul sebati.
4. Letak kek coklat yg telah sejuk tadi di tengah2 loyang 9 inci. Tuang rata krim coklat.
5. Patahkan kepada beberapa bahagian kit kat chuncky & kit kat bar, letak atas kek coklat
6. Tuang sedikit adunan kek keju ke dalam loyang yg berisi kek coklat, tabur separuh serbuk oreo.
7. Tuang adunan kek keju tadi sehingga habis. Tabur baki serbuk oreo.
8. Bakar adunan ni secara steam bath pada suhu 160c selama 1 jam.
9. Biar kek ini di dalam oven selama 1 jam dengan pintu oven dibiarkan terbuka sedikit.
10. Sejukkan kek ini di dalam peti sejuk semalaman.
11. Pindahkan kek ini ke atas papan kek. Tabur kacang tanah & badam cincang di atasnya.
12. Hiaskan kek ini dengan buttercream, buah strawberry & biskut oreo.


SELAMAT HARI LAHIR EN.HUBBY. MOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, DIPERMUDAHKAN DLM SEGALA URUSAN, SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI & DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.

4 comments:

  1. Its look yummy...Happy belated birthday to Shah!!!

    ReplyDelete
  2. mesti en.shah kita ni seminggu dok terasa2 lagi ciskek ni...aku yg tgk pic je ni telan ayaq lioq jelah..semoga rumahtangga korang berdua bahagia selama2nyer..

    ReplyDelete
  3. bukan dok terasa2 ainil oii..siap tapau bawa balik perlis lagi...heheeh

    ReplyDelete
  4. saya berminat utk tempah..tapi dlm blog ni tak letak harga, kek ni pun saya berkenan.emel saya please

    ReplyDelete

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here