My Followers

August 23, 2009

Cuppies Buat Yg Teristimewa..

Cuppies yang ditempah oleh bakal cikgu ni untuk kawan katanya.. kawan tapi mesra agaknya ek? hehehe.. Erny mai amik sendiri cuppies ni di Lunas. Mmg peramah dan manis orgnya.. Senang berurusan dengan bakal cikgu ni sebab dia mmg tak cerewet. Oleh sebab penerimanya seseorang jejaka, aku rasa warna biru lebih sesuai.. Lagipun ada order cuppies untuk hari jumaat ( gambar di bawah ) pun nak warna biru juga.. Jadi utk jimat masa, aku warnakan cuppies2 ni dengan warna yang sama. Masa tgk cuppies ni Erny cakap dia suka.. harap2 penerima cuppies yang bernama Azren ni pun suka la ya.. Selamat Hari Lahir Azren & tima kasih Erny ya..

Saja aku letak home-made coklat supaya tak nampak kosong sgt cuppies2 ni..


Cuppies yang ni pulak tempahan dari Ija. Awai2 Ija dah bagitau, Adi suka biru & hijau, Ija pulak suka pink & merah. Jadi lepas bincang2 aku buat design camni..
Aku hantar cuppies ni ke Kepala Batas jumaat lepas. Cuppies sambut puasa katanya.. Kami janji bertemu di sebuah restoran di kepala batas tu.. Rupanya si jejaka bernama Adi seperti yang tertera di cuppies ni pun ada sama.. Hmmm..sama cantik sama padan si Ija & Adi ni.. (akak suka lesung pipit ija tu.. dalam tul!! heheheh )
Ija kata dia pun suka dgn kapis ni.. then mlm tu, Ija sms bagitau Adi kata sedap. Terima kasih ya Ija..

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here