My Followers

January 31, 2010

Mousse & Tiramisu



Weekend baru ni buat Tiramisu, Choclate Mousse & Blueberry Cheese Mousse sebanyak 30 cups. Terima kasih pada Atifah dan rakan2 sebab sudi beli dari ejay ya.. dan pada Atifah..sgt2 suka deal dgn tifa.. semoga kita dpt bekerjasama lagi ya..terima kasih byk2.. :D




January 30, 2010

Upin & Ipin



Ditempah oleh Atifah untuk birthday anaknya yang comel tu... walaupun last minit order..aku buat juga sebab atifah ni pelanggan tetapku dari dulu.. kek ni aku siapkan dlm masa sejam setengah dari proses membakar sampai ler proses letak aising.. mmg tak sempat nak fikir pjg2.. Aisya plak asek merengek ja..mungkin tak sedap badan sebab demam campak dia tak betul2 sembuh lagi.. Atifah tempah tart keju jugak tapi tak sempat nak amik gambar pun.. mmg kalut.. time hantar pun lebih kurang sejam lagi sebelum atifah balik kerja.. hmmm apa pun tima kasih daun keladi dear..



January 25, 2010

Baby Fruit Tartlets




Pertamanya nak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY  kepada abg aku.. Andy.. Moga panjang umur & murah rezeki la ye.. Birthday dia pada 23 Januari baru ni.. tapi aku tak buat kek kat dia pun..hehehe.. Perancangan awal tu mmg la nak buat tapi memandangkan Aisya tak sihat.. mmg tak sempat nak buat la.. hihihii.. sori arr bro... len kali je la k.. ngeh..ngeh..ngeh...


Aku tengah paip inti kastad masa aku terima satu sms ni.. Dah la suasana tgh sunyi sepi.. bunyi sms yang masuk buat aku rasa lagi sket nak lemah jantung.. heheheh.. Mmg tengah kusyuk buat tart ni..

Terima tempahan ni pada jam 2.20 pagi..haaaaaaaaa jgn terkezut ek.. aku pun tak sangka ada yang nak order tart ni time dinihari camni.. Sebenarnya tuan yang order ni nak cheese tart tapi aku cakap aku tgh buat baby fruit tart untuk customer lain.. Kalau nak cheese tart, kena tunggu ari khamis camtu.. Lagipun si kecil aku yang manja tu...Ai'sya... tak sihat.. kena demam campak... Pastu terus dia reply msj nak cuba fruit tart pulak..  Order 40 biji..  Mujur aku dah buat kulit tart ni byk2 utk stok.. kalau tak mmg tak dpt amik order gak la.. dah lewat..

Masa proses tart ni, Aisya pun tak brapa nak lena.. sat2 terjaga.. sat2 dok terbeliak tgk aku.. sat2 dok garu badan dia dgn daun mambu.. sian dia.. tapi seb baik dia tak menangis... tak buat perangai... dia dok jauh2 ja tgk aku siapkan tempahan org.. Hmmm..Apa pun alhamdulillah... semua dah selesai.. akhirnya aku dan Aisya tdoq pada jam 4 pagi..



January 20, 2010

Fudgy Choclate Brownies


Salam..Hai...
Arini rasa nak share resepi senang... aku buat brownies ni khas untuk chimie & kak ti yang tak berkira ganti tempat aku kat ofis ni.. toche-toche... :D  Tapi unfortunately mmg agak kekurangan masa buat brownies ni sebab byk hal lain kena setel.. jadi tak sempat nak buat topping coklat untuk dicurah atasnya..hmmm :(  Kekacang pun aku tak boh... mmg tak sempat nak p beli...ok..jom share resepi.. ada yg aku alter skit.. tapi original resepi seperti kat bawah ni k..

FUDGY CHOCLATE BROWNIES
( source : joyofbaking - thank u so much )

INGREDIENTS :
1 1/2 pounds (680 grams) semisweet or bittersweet chocolate, chopped
1 cup (226 grams) unsalted butter, cut into pieces
6 large eggs
2 cups (400 grams) granulated white sugar
1 tablespoon pure vanilla extract
1 1/2 cups (195 grams) all-purpose flour
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon salt



METHOD:
Chocolate Brownies: Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and place rack in center of oven. Butter (or spray with a nonstick cooking spray) a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Then line the pan with parchment paper.

Melt the chocolate and butter in a large heatproof bowl placed over a saucepan of simmering water. Remove from heat and set aside.
Meanwhile, in a large bowl whisk (can use a hand mixer) together the eggs and sugar. Fold in the melted chocolate mixture and vanilla extract.

Whisk together the flour, baking powder, and salt and then fold into the chocolate and sugar mixture until well combined.


Pour into the prepared pan and bake for about 40 - 50 minutes, or until a toothpick inserted in the center comes out with a few moist crumbs. Remove from oven and let cool on a wire rack. Serve at room temperature or chilled. Store leftovers in the refrigerator. These freeze very well.


Makes about 32 brownies.





January 19, 2010

Tart Keju Blueberry



Tart Keju Blueberry yang telah ditempah oleh Zuhairah ni bilangannya sebanyak 90 biji... tak la byk sgt kan..tapi lenguh juga la pinggang dok proses cengkerang tart ni.. tapi kalau namanya rezeki, kena la usaha walaupun lenguh2 ke.. sakit2 ke.. keja kena perabih... Lagipun hati customer tetap kena jaga.. kalau customer lari shhhuuushhhaahhhh wooooooooo... heheheh.. Apapun terima kasih pada Zuhairah kerana menempah tart ni dari RUC.. semoga akan datang sudi order lagi ya..  ;)




January 14, 2010

Taman Kebun Dapur

Taman Kebun Dapur?? Apa dia tu?? Ni salah satu hobi aku bila aku rehat kat umah.. Bukan besar pun taman kat dapur aku tu.. tapi sebab boring dok umah berdua ja dgn ecah.. aku buat la apa2 yg patut kan..

Ni petikan yg aku amik dari internet tentang edible garden tu.. Taman Kebun Dapur ni dikenali sebagai Edible Garden yang maksudnya taman boleh dimakan. Ini bermakna taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman dan buahan.  Bagaimanapun, kebiasaannya Edible Garden ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu tumbuhan yang hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan.
Namun, ada juga tumbuhan kekal yang boleh hidup lama yang sesuai ditanam di Edible Garden, seperti kayu manis, tanjung, serai dan pandan. Kebiasaannya, Edible Garden menampilkan ruang yang minimum, sempit dan digabungkan dengan tumbuhan landskap.


Aku mmg tak reti la nak buat landskap mcm org lain.. tapi aku susun pokok2 aku ikut kreativiti aku sendiri.. pastu aku tanam rumput karpet sikit kat laman kebun tu.. dan susun batu-batu sungai sikit sebagai laluan untuk aku siram pokok2 tu..


2-3 org kawan yang selalu datang umah penah la tgk kebun tak seberapa tu.. yang penah makan hasil tanaman aku pun penah.. Sekarang ni tgh cari hari yang betul2 free untuk semai benih2 sayur baru dan ubah sikit susun atur pokok2 sayur tu..

Pokok Cili Api.. aku tanam 2 pasu.. satu letak tepi rumah.. satu lagi kat belakang umah.. dah berbuah dan berbunga lebat.. Pedas dia bleh tahan jugak la..

Dlm pasu ni aku semai benih terung panjang dan pokok bunga matahari.. tungu besar sket nanti bleh la ubah..

Ni sawi batang putih.. dah 2 kali tanam pun sawi ni.. 

yang ni sederet pokok tomato yang en.hubby tanam.. Dah berbuah pun.. tapi gambar buah dia tak amik pun.. tak sempat nak amik..buah dia baru merah sikit, en.hubby dah petik mkn camtu ja...
Bunga2 tomato..

Ada pokok bendi dan kailan juga yang aku tanam tapi tak amik gambar sebab bateri kamera dah kong.. Tanaman ni semua kat tepi umah sebenarnya..

Yang kat belakang umah dlm kebun kecik tu aku tak amik gambar pun.. kat situ aku tanam pokok cili api yg mcm gambar kat atas tu sepokok, yg sepokok lagi buah cili dia warna hijau nak putih skit.. pastu pokok lain tu pokok2 biasa la.. ada daun bawang, serai biasa, ada serai wangi jugak.. Ada pokok pandan, kunyit, halia, limau kasturi, pokok kesum, dan pudina. Pokok ulam pulak aku tanam cekur & pegaga.. Member aku si CT kata pokok pudina aku naik elok..mungkin sbab dia tgk daun pudina tu gemuk2 mcm puan umah dia kot.. heheheh..

Pokok2 ni ada yang aku tanam dlm pasu2 panjang.. ada yang aku tanam dlm polybag ja.. Selain pokok sayur kat dlm gambar tu.. aku tanam pokok kangkung gak dlm pasu panjang.. tapi kangkung dah tinggai sejemput la sebab aku dah kerat bagi kat kawan aku si Nor masa dia mai umah aritu.. Pokok yang baru tumbuh 4-5cm plak pokok bayam dan saderi.

Tapi bukan semua pokok aku menjadi.. ada 3 batang pokok jagung manis.. yang aku tanam dlm poly bag dah mati dah pun.. sayang betoi.. padahal dah berbuah dah... tak sempat nak rasa... aku rasa pokok jagung aku tu mati sebab mula tu panas terik.. dia tak cukup air.. pastu musim ujan lak kat sini.. dah terlebih air plak.. pastu musim panas terik balik.. dah kering pokok tu.. mula2 jadi kuning ja daun dia.. pastu terus mampus... lagi pun mungkin waktu aku jarang balik umah tu kot.. pokok pun dah merajuk dgn aku.. tapi ada 7 batang pokok jagung yg aku tanam kat umah mak.. alhamdulillah semua elok ja jadinya.. cuma ada dua pokok  je buah dia tak sempat kami nak amik sebab org curi..takpa la.. takdak rezeki...huhuhuhuhuuu..

Kek Marble Istimewa Raqyn

Dah lama buat kek ni tapi asek tangguh ja nak update atas mcm2 faktor.. Buat kek ni khas untuk ibundaku yang tersayang sebab dia teringin sgt nak makan. Sebenarnya ibunda ku itu tak makan cheese tapi memandangkan ada krim keju yang berbaki dlm peti sejuk tu dan dah hampir tarikh luputnya.. aku masukkan sekali dalam adunan ni.. Lagipun mungkin mak tak perasan kalau aku tak bagitau.. ngehh..ngeh..ngeh... So kali ni buat kek mentega lain skit dari biasa... ada rasa keju sikit, ada rasa coklat, ada rasa blueberry.. sesapa nak try.. resepi kat bawah ye..


KEK MARBLE ISTIMEWA RAQYN

Bahan2 :
250 gram mentega
200 gram gula kaster
250 gram tepung naik sendiri - ayak
5 biji telur
150gm krim keju
1 sk serbuk koko
1 sk coklat emulco
120 ml susu full krim ( cari susu segar takda.. dah abih..)
20 gm mini choclate chips
2 sb filling blueberry

Cara2:
** Panaskan oven dulu ok... kemudian lengserkan loyang dgn grease proof paper.

1.   Putar mentega dengan gula kaster dengan hand mixer sehingga kembang & putih.
2.   Masukkan krim keju. Putar hingga agak kembang.
3.   Masukkan telur sebiji per sebiji. ( putar lebih kurang seminit utk setiap biji )
4.   Masukkan tepung dan diselang seli dengan susu. Putar sebati. ( Jgn lama sgt putar )
5.   Sendukkan 2 senduk adunan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk yang berasingan.
6.   Masukkan serbuk koko & choclate emulco. Gaul sebati.
7.   Masukkan separuh adunan kek (yg tak berwarna) ke dalam loyang.
8.   Taburkan sedikit mini choclate chips.
9.   Tuang pula adunan kek koko ke atasnya.
10. Tabur baki mini choclate chips tadi.
11. Tuang lagi baki adunan kek ke atas adunan kek koko tadi.
12. Lorekkan permukaan adunan kek tersebut dengan blueberry filling.
13. Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 selsius.
14. Sejukkan kek sebelum dipotong..

Myspace Text - http://www.sparklee.com

January 12, 2010

Blueberry Cheese Cake


Order dari Zuwaidah dari KL untuk kakak tersayang Kak Zaharah di Kulim Hi-Tech.  Mulanya aku nak minta sesapa tolong hantarkan sebab aku keja.. punch card kul 8.. tiba2 takdak sapa plak bleh tlg hantar.. last2 aku antar sendiri pagi2 buta kat tempat kerja kak zaharah ni.. Minta tlg cik abg guard tolong sampaikan kat kak zaharah bila dia masuk ofis nanti.. Tapi bila tgk gaya abg guard tu bawak kotak kek ni.. aku dah susah hati.. seriau ja... mana taknya.. dia punya hayun tangan yg pegang plastik kotak kek tu punya la laju.. Dah la kek tu aku boh fresh cream.. mesti lari dari board sebab kek tu licin.. silap2 bleh tungging terbalik kek tu nanti.. huhuhuhuuuu...

Kul 9 pg camtu aku call kak zaharah, dia bagitau dah dpt kek tu.. harap2 kek tu tak la teruk sgt keadaan dia masa kak zaharah amik... Apapun terima kasih byk2 pada zuwaidah sebab sudi order online dari aku.. :D

January 11, 2010

Menu Hujung Minggu

Dah lama tak letak gambar makanan2 lain dlm blog ni.. asek gambar kek ja kan.. jemu jugak dok tgk.. heheheh.. ok, ni menu2 yang aku sediakan untuk family hujung minggu lepas.. sila jamu mata je la ye..


CUCUR JAGUNG
( untuk 3 org )

Bahan2 :
Minyak untuk menggoreng
1 cawan tepung gandum
2 cubit soda bikabonat
1/2 tongkol isi jagung muda
1 sb ciliboh
1 genggam kecil udang kering - ditumbuk
1 labu bawang besar - dicincang
Garam - secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air atau secukupnya
Sos - untuk cicah...

Cara2 :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali air.
2. Masukkan air sedikit2 sambil mengacau adunan. Kalau tak cukup air, tambah lagi sikit2..
    Adunan tak cair dan tak pekat sgt..
3. Panaskan minyak.
4. Jemputkan adunan dan goreng hingga masak. (aku suka garing skit )
5. Cicah la dengan sos..


Untuk hidangan malam plak kami masak sama2.. aku dgn en.hubby masak lauk2 simple je.. janji kenyang.. hehehe...


Tofu ni untuk Ecah.. Baki jagung yang pagi tadi pun ada lagi.. aku boh ja semua dlm sup ni.. ecah suka ja...


Terubuk yang mak aku beli kat sarawak baru2 ni... ni pembuka selera kami..

 Tomato cinonet ni mak aku beli kat cameron highland new year baru ni.. Rajin tul mak aku tu p ronda2 .. So kami buat ulam ja tomato ni.. di-gu dgn sambai belacan...gambaq sambai aku tak amik pun..hehe..


Daging ni en.hubby masak ikut resepi yang aku habaq.. kira sedap jugak la air tangan dia...  Ok itu saja menu lauk pauk untuk kali ni.. hehehe... daaaaaaaaaaaaaaaaaa........

January 06, 2010

Fairy Garden Untuk Haifa

Dah lama Pn. Umi Hanim cakap nak tempah untuk puteri kesayangan dia.. Beberapa hari sebelum hari lahir si comel tu.. Pn. Umi call dan konfemkan tarikh untuk aku deliver kek ni..
Pn. Umi minta kek paling special untuk si comel yang berusia 1 tahun ni.. lepas bincang2 aku hias kek puteri beliau seperti ini.. Tema kek - Fairy Garden.. Kek yang aku buat kek choclate moist..  Jadi pada Sabtu lepas sampai jugak la kek ni ke tangan Pn. Umi dan suaminya.... Pn. Umi kata fairy mcm muka anak dia ja.. hehehe..  Feedback yang aku dpt, kek habih licin, yang tinggai rumah dgn fairy cinonet tu jer..


Terima kasih yang tak terhingga pada Pn. Umi & Suami kerana sudi menempah kek dari Raqyn Utara Cakes.. :)


Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here