Sebenarnya hajat hati nak buat bunga ros.. tapi bunga lain yg jadi.. nak kata carnation tak brapa nak sama. Sapa tau ni bunga apa? takpa.. nanti cuba lagi..hehehe
Aku kena p kursus seminggu.. letih lak rasa sebab baru habih sukan semlm.. Sukan tahunan ILJTM tapi seronok sebab group aku dpt tempat ketiga dlm bowling. Ingatkan dah kalah.. no 3 pun jadi la kan.. hihihii..
Balik dari sukan ILJTM, mmg rasa penat.. nak tdoq tapi tak mau lena.. camna nak buat tu? puas pejam2 mata.. arrrghhhhhhh bosan2.. ini penyakit lama sudah datang.. tak leh tdoq! Masuk bilik belakang, belek buku2 yang sekian lama menyorok.. belek2 isi kandungan.. rasa mcm best ja kalau try... so jom try buat roti ni.... Aku tertarik sebab ada choc chip ni saja.. dlm gambar dah tak nampak sebab time uli adunan ni semua choc chip jadi hancur lak.. muahahha..
PANE AL CIOCCOLATO
Sumber : The World Of Bread Book (Chef : Alex Goh)
Bahan2 A :
Miss Moon order skali lagi..untuk kek ni dia minta kek oren moist.. dan aku beri efek marble sikit atas permukaan kek ni.. Kek ni aku deliver kul 11 mlm dan miss moon tunggu kat depan kelas aerobik dia la.. mmg agak lewat tapi dia nak jugak2 so lewat pun lewat la kan.. 

Si Bear Kacukan
Miss Moon order skali lagi untuk birthday maksu dia.. Pagi2 sebelum p keja aku deliver kek ni kat Tmn Tasik Kulim sebab miss moon ada senamrobik kat situ.. Pastu terus pecut p ofis..
Pa pon tengkiu ek moon, nanti hang order lagi tau.. hang tau la aku dgn hang mana penah berkira.. selalu bagi lebih punya... hikhikhikk..





Cikgu dekat rumah order.. ini kali ke 3 dia tempah kek dgn aku.. mungkin disebabkan mood yg kurang enak maka mood tu telah mempengaruhi kek ni.. aku try buat outline dgn color flow tapi nampaknya tak cantik langsung.. kena guna coklat jugak la baru cantik...

Rasa2 leh bayang dak rasa kek ni camne? rasa coklat, rasa masam2 blueberry dan rasa lemak2 cheese cream... Promise will share this recipe ok..

Kak Hajar merupakan seorang guru di sekolah yg berdekatan dgn umah mak. Dia tempah kek ni untuk majlis hari jadi di tadika anaknya. Sebenarnya aku mmg tak kenal dan tak penah jumpa dia tapi dia order melalui Kak Engku yang tolong promote-kan kek2 buatan aku ni... Tapi apa pun aku sgt berterima kasih pada Kak Engku yang sudi mempromosikan kek aku di sekolah. Aku harap kak Hajar suka kek ni..Terima kasih kerana sudi menempah kek ni.. Untuk adik Cheeah, selamat hari lahir yang ke 6 sayang ya..

Thanks Shiela. Kalau nak order lagi dialu-alukan..
Puyuh Goreng Berempah
Yg ni ada kawan baru order untuk makan dgn anak2 dia.. dan dia request minta buatkan bun yg besar2 bentuknya dan nak mcm2 inti kalau bolehla katanya.. aku tak kesah pun.. lagipun mmg ada stok inti kat umah.. pastu dia kata kalau boleh buat plain je atas bun tu supaya anak2 dia tak pilih2 masa nak makan..cuma utk tuna dia minta letak daun bawang sket sebab yg tu untuk dia dan cik abe dia saja.. anak2 tak makan yg tuna tu.. paling byk inti kacang merah dgn sekaya.. lain2 tu dia kata buat sikit2 dah la.. so ok lah.. lepas sembang2 dan diskas sket2... aku dgn terujanya buat bun ni utk depa anak beranak.. sebenarnya aku tak penah tgk anak2 dia.. cuma aku tau anak dia ada 5 org. Kami selalu jumpa di padang permainan bila ujung minggu sebab dia selalu jogging kat situ.. aku lak bawak ecah main buai.. so bila dah selalu nampak.. mesti la ada salam suaikenai kan.. bila dia order bun ni aku mcm terpisat2 jap sebab tak penah buat jual utk org.. kalau utk makan sendiri tu mmg biasa la.. ok, aku sahut cabaran... ni dia bun2 yg aku buat utk dia...
yg ni kulit atas dia tak brapa 'garang' sgt warnanya.. mungkinkah sebab aku letak dia di tray yg bawah masa dlm oven tu? so terlindung sket la kan...



Aku proses bun ni dari pagi.. Semua skali dpt ler 40 biji. Petang tu jugak aku antar.. Bila sampai kat umah dia, baru aku tau kenapa dia suruh aku buat bun ni besar2... tapi anak2 dia mmg friendly... bukan setakat duit bun saja.. siap jamu air dan mkn petang lagi.. dan aku sronok tgk depa makan bun buatan aku ni... hmmm hari yg ceria utk aku.. Tima kasih Ti.. lain kali order la lagi noo..