My Followers

June 19, 2010

Kek Chiffon Coklat


 

KEK CHIFFON COKLAT
( Saiz kek = 23 cm )

BAHAN A:-
100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh serbuk penaik
1 camca teh esen vanila
50 ml minyak jagung
4 kuning telur (Gred A)
60 g gula halus
1 camca besar coklat emulco*
30 g serbuk koko*
100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)

BAHAN B:-
4 putih telur (Gred A)
120 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara
1. Dalam satu bekas. Satukan ke semua bahan2 A hingga sebati. Ketepikan
2. Pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. Terus memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental
3. Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
4. Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dgn perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
5. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dgn kertas minyak dan disapu dgn mentega. Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaja.
6. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak.
7. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin. 


No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here