My Followers

December 31, 2009

Cupcakes Hantaran

Pejam celik dah 31 Disember 2009. Bermakna ini hari terakhir untuk kita tunaikan hajat2 atau azam2 yang belum terlaksana yang nak kita buat utk 2009.. itupun kalau masih sempat la kan.. setakat ni 80% azam dan hajat aku dah terlaksana.. Hajat anda plak camna? Apapun, kita tinggalkan 2009 di dalam lipatan kenangan.. Baik buruk perkara-perkara yang kita lalui di tahun ni kita jadikan sebagai pengajaran, panduan dan pengalaman di masa akan datang.

Selamat datang 2010, semoga hari-hari mendatang kita lalui dengan penuh rasa syukur dan tenang.. Tiada apa yang lebih membahagiakan aku selain dari diberkati dan dilindungi oleh Allah swt.. Insya'allah.....


Hantaran Cupcakes yang ditempah oleh jiran depan untuk majlis pertunangan di Ipoh. Ingin tema putih & pink untuk hari bahagia mereka..

Selain cupcakes, kakak ni juga tempah 30 biji choc chip muffin bersaiz L... Terima kasih byk2 kerana sudi tempah dari Raqyn Utara Cakes..

December 23, 2009

Pengantin Lagi




Tarikh : 19 Dis 2009
Lokasi : Lunas, Kedah.

December 22, 2009

Pondan Kuning



Kek hantaran fondant kak su lawyer order untuk dibawa ke Banting, Selangor. Toche2 kak su..


December 21, 2009

Kek Hantaran Hijau



Kek hantaran untuk pengantin umah sebelah......


December 17, 2009

Selamat Pengantin Baru













Pengantin : Emi Faizal & Alyani

Lokasi : Harvard Sentosa Resort, Gurun, Kedah.

Kekasih Jauh Di Mata

Order dari Fara, Maybank Cameron Highlands untuk sang kekasih yang berada di Lunas, Kedah. Walaupun jauh di mata tapi dekat di hati... Fara yang putih melepak ni telah menempah sebiji kek choclate moist sebagai kejutan buat buah hati tercinta...depa ni sama2 putih melepak.. sama padan... dan sama segak tau...
Untuk Fara dan si dia.. semoga berbahagia selalu dan cepat2 naik pelamin ye..

Terima kasih daun keladi ye Fara..

December 11, 2009

Kek Hantaran



Kek Hantaran yang ditempah 2 minggu lepas.. nak tema putih & merah..


Si kecik aku ni pun nak gak menempek kat kek ni... Apa pun terima kasih pada pelanggan istimewa ni sebab dah 3 kali order kek dari aku.. Terima kasih daun keladi na...

December 10, 2009

Order Dari Kak G


Sambungan order dari kak g... selain dari tart buah, kak g order cupcakes untuk individual set, nutty choc tart, double cheese blueberry tart..


Selain dari tu, kak g bukan stakat order saja.. tapi siap tapaukan ayam ni kat aku.. pehhhhhh sedap weh.. sat ja licin kami makan dalam keta.. sebab mmg masing2 tengah lapaq tak hengat punya... hehehe.. apa pun terima kasih byk2 utk tempahan tu dan untuk ayamas ni jugak.. mmg sedap sgt2... anak pun suka.. jenuh berebut tau.. hehehhee..


December 01, 2009

Fruit Tartlet


Ingat lagi Kak G yang muda belia yang aku crita kat entry lepas tu? haaaaaaa kali ni Kak G order lagi tart buah ni untuk dijadikan hantaran pulak.. Selain dari tart buah ni Kak G order cheese tart, choc tart dgn cuppies juga..nanti aku update ok..

Semua order ni aku hantar hari raya korban yang kedua.. jenuh kak g tunggu aku, awal pagi tu aku berada di tempat korban sebab every year aku dan hubby mmg masuk korban 1 'panggu'.. Mula tu rasa mcm sempat nak jumpa kak g seperti waktu yang dijanjikan, tapi mcm2 hal pulak di jalan.. minta maaf sgt2 naaa kak g, ej terlewat 25 minit.. sian kak g kena tunggu.. :(

Apapun aku mmg cukup2 bersyukur sebab dapat customer yang tak cerewet dan baik mcm kak g ni.. dan ramai juga customer aku yg sebenarnya tak cerewet..mudah untuk berurusan dengan depa semua.. Terima kasih byk2 atas sokongan anda semua ye..


Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here