My Followers

January 29, 2009

Selamat Pengantin Baru

Aku telah diberi mandat oleh pengantin perempuan untuk membuat kek sempena acara potong-memotong kek. Memula mmg nak buat kek buttercream tapi bila memikirkan tak ramai yg suka makan aising dan pengantin perempuan ni suka makan coklat jadi aku buatkan kek choc moist dan disaluti dgn ganache yg tebai... aku pecaya, bukan pengantin ja suka, mesti para tetamu pun teruja nak telan sama.. hehehe..

Untuk kek hantaran fondant ni pulak ditempah oleh pengantin lelaki sehari sebelum majlis depa... katanya tak cukup satu hantaran.. sib baik kek kawen depa dah siap awal2 pagi lagi.. jadi masih ada masa untuk buat kek fondant ni..
25.1.2009 / Baling, Kedah.
Mandat yang kedua plak aku diminta oleh pengantin perempuan untuk 'menembak' gambar pasangan pengantin ni pada hari berbahagia depa.. memandangkan aku pun mmg cuti pada hari tersebut jadi aku setuju aje..

Selamat Pengantin Baru.. Semoga bahagia dan selalu diberkati Allah...

January 22, 2009

Cucur Udang Geragau Campur

Gambar cucur udang geragau pun nak letak ker? takpa la kan.. untuk kenangan di hari tua dan untuk sebenarnya nak perangat en.hubby yang nun jauh di sana.. hahahha... en. hubby aku itu suka makan cucur.. jadi tgk saja la abg nooo... :D

Ni aku buat masa lepak umah mentua tgk final juara lagu.. baru arini nak boh sini sebab ada bz sket arr lately ni...


CUCUR UDANG GERAGAU CAMPUR

Bahan2 yang perlu ada :

Minyak masak

Tepung gandum - tak sukat pun byk mana

Udang geragau - segenggam lebih

Udang basah - 6 ekor - cincang kasar

Air suam yang suam sket2 saja

Cili padi 5 biji - hiris nipis

Bawang besar - sebiji & didadu

Telur - sbijik aje

Garam - agak2 jer cukup rasa

Serbuk kunyit - sikit je

Cara2:

Panaskan minyak (skit je), tumis bawang besar & cili padi hingga layu dan garing sket. Sementara tu masuk tepung dlm bekas, boh air, garam, serbuk kunyit, telur, udang geragau & udang basah. Gaul sampai agak2 sebati adunan dia... pastu bila bawang dgn cili padi dah garing sket terus curah bawang+cili padi+ minyak tumis tadi ke dalam bekas bancuhan tepung. Gaul ler dgn sudu ke senduk ke (kalau gaul dgn tangan jenuh melecoq la wehh..minyak tu panaih.. hahahaa...) Gaul hingga adunan betoi2 sebati dan tak cair sgt dan tak pekat sgt.. pastu goreng ler dlm minyak panas dgn api pelan2 sampai la masak.. (aku suka dia garing2 hitam sket) buleh la toskan dan hidangkan dgn sos pun buleh tak mau pun takpa.. cucoq ni pedaih sket sebab ada cabai.. hihihihiii..sekian, toche-toche...

** apa macam bang? kalau lapaq start keta mai balik kulim naa... hehehehe..

January 19, 2009

Brownies

First time terima tempahan untuk brownies.. sebelum ni penah buat brownies untuk mkn je.. bila dpt order excited pulak nak buat.. sebab tau dah brownies ni senang nak buat.. cuma loyang dia saja yg tak dak.. p cari loyang yg ada cutter siap2 tu lagi senang.. dulu penah beli tapi buat biskut shortbread tapi bila dah pindah randah ntah ke mana loyang tu menghilangkan diri.. hehehe.. memula ingat nak sprinkle atas choc tu dgn croquent jer biar nampak mcm keemasan sket tapi memandang croquent masih dlm peti sejuk kat umah mak terus letak choc chip ni lagi senang... hehehe.. guna ja apa yg ada kan..

Yang ni regular customer yg order untuk jamu kengkawan ofis sempena birthday dia.. Terima kasih daun keladi, lain kali buleh la order lagi ye dak... hehehehe..

Happy Birthday Atifah.. semoga panjang umur, murah rezeki dan selalu diberkati Allah naa..

January 15, 2009

Kek B'day

Beberapa hari lalu ada officemate order kek ni utk anak dia... mula2 nak cam lain tapi lepas tgk kek princes dia minta boh bunga camtu untuk anak dia.. letak keliling tapi bunga biar ada lebih dari satu warna.. pastu minta buat love di tengah2 antara nama puteri2nya..



hmmmm tulisan hancorrrr!!! itu la dulu byk sgt praktis trengkas.. tu pasai tulisan pun cam cacing jer... (alasan konon!!! wakaakkaaakakaa )

January 14, 2009

Power Rangers!!!


Dapat order last minute untuk kek ni.. sebenarnya mmg takdak order masuk pun dan mmg berkira-kira nak tidoq awai sebab badan rasa letih semacam pulak tapi bila customer yg merupakan one of my officer kat ofis ni yg minta tlg buatkan utk anak dia.. mmg tak sampai hati nak tolak.. bila dia kata nak power rangers mula aku rasa dup dap dup dap tapi teringin jugak nak buat.. selepas kata putus dipersetujui bersama, aku start search gambar power rangers ni.. mcm susah ja semua... fuh!! jgn pening pala lagi... search lagi.. akhirnya jumpa gambar ni..yg ku kira mcm senang.. hmm senang jugak la...

Balik dari kerja, relax jap, buat apa yg patut dulu then baru godek2 kat my lil kitchen lah... entah kenapa aku tercuai pulak kali ni.. selalunya proses buat kek ni aku buat hati2 terutama bab telur.. Aku biasanya pecahkan telur sebiji demi sebiji dalam mangkuk yg berasingan dulu sebab takut ada telur busuk.. sebab dah penah terkena.. tiba2 kali ni sejarah berulang pulak.. Dah la aku letak tepung sponge tu 2 peket...(utk 2 biji kek)... dah letak ovallete dan air.. masuk telur yg ke 4 tiba2 kena telur busuk!! aduhhhhhhh naya betoi... terpaksa aku buang semua sekali.. tensen jugak lah tapi salah diri sendiri jugak... Bancuh la skali lagi...huhuhuhuuu...
Akhirnya dpt jugak siapkan kek ni... dan aku mcm selalu tetap tak dpt tdo awai.. ni pun kul 2.30 pagi baru p tdoq sebelah ecah... hmmmm...Zzzzz....
Sekian, untuk today... toche-toche... :)

January 12, 2009

Sambal Kering Sotong Keta

Ni untuk dinner kami sekeluarga semlm. En. Hubby telah ditugaskan untuk perabih semua makanan ni sebab aku makan ciput jer.. hehehehe.. lagi pun sebab ada sotong tu yg buat aku kureng sket nak makan... Utk sambal sotong ni aku buat mcm sambal tumis biasa tapi keringkan kuah sampai tinggal sikit..dan melekat2 kat sotong kurita tu... aku tak leh makan sotong. Allergic!





January 11, 2009

Princess ku Bermata Springg!! Toing..Toingg!!

Kek yang diorder oleh Zue untuk birthday anak menakan dia. Ini repeat order.. Dulu dia penah order kek choc moist kalau tak silap.. aku pun dah tak ingat, first order last year... Last year?? lama dah tu... hihihihiii...


Sebagai pembuat kek yg rasanya belum sampai ke tahap amatur pun lagi.. apatah lagi professional.. aku rasa kek ni paling susah utk aku buat.. sebab aku mmg bertangan kayu!! Keras dan mmg payah skali untuk dilentur dan dilentik-lentikkan... Ini satu cabaran untuk aku.. hukhukhukkk...

Proses membuat kek ni paling lama skali sebab aku mmg tak pandai melukis.. jenuh padam pastu lukis semula.. salah lagi..padam lagi.. sampai satu peringkat aku rasa mcm nak surrender saja tapi memandangkan cik empunya kek ni tak byk kerenah dan senang dibawa berbincang akhirnya membuatkan aku teruskan jua menyiapkan kek ni sehingga habis.. dan aku tak reti betoi nak lukis mata puteri2 ni.. dah macam spring dah mata depa bertiga tu.. mak oiii susahnya.... Disebabkan mata depa tu dah 'chemei' sket dan lukisan pun tak brapa kemas, maka aku diskaunkan sedikit harga kek ni.. Tapi mengikut sms yang aku terima dari Zue, anak2 menakan dia suka dan happy sgt dpt kek ni.. dan katanya nak order lagi.. Insya'Allah aku berazam untuk buat yang lebih baik dari yang ni..

Dan wording yang paling byk untuk aku tulis atas kek ni. Ingatkan aku yang tersilap sebab ada perkataan digimon seperti yang Zue sms, bila aku tanya skali lagi maka betoi la anak menakan dia nak aku tulih Happy Birthday to Digimon, Princess Aurora, Ariel & Belle..
Apa pun aku berterima kasih sgt pada Zue yang memberi cabaran ini pada aku.. aku yakin satu hari nanti lukisan aku akan lebih perfect daripada yang ni.. :)

January 10, 2009

Cheesecake

Baked Blueberry Cheesecake
8 inch
1.5kg
Fresh Cream Frosting & Blueberry Pie Topping
RM75.00


Baked Oreo Cheesecake.
8 inch.
1.5kg.
RM70.00


 

January 09, 2009

Happy Birthday Aidil

Ini namanya kek choclate moist gunung berapi meletup!! Sebab apa dia nama camtu? sebab kek ni aku terlebih kacau sampai dia naik membumbung dan merekah2 di puncaknya.. hahahha.. pastu terpaksa la cover dgn buah strawberry. First time aku terjumpa buah strawberry ni kat pasar malam di celah2 timbunan limau madu yg mini2 tu.. Dan rasa dia mmg manis.. tak masam sgt mcm yg biasa aku beli di carrefour atau hypermarket lain.. Kalau tau manis camtu aku beli 2-3 pack lagi.. heheheh..



9 Januari - Aidil genap 9 tahun.. masa p umah mak, dia kalut mai kat keta..belum sempat nak turun keta dia dah mai sengeh2 bagitau "maksu, hari ni birthday abg!" Aku lak dgn muka blur buat2 tak tau pun dan aku kata aku tak ingat pun besday dia arini.. Padahal kek dia dah siap pun cuma tak bawak ja...nak buat surprise.. Ayaq muka dia tetiba berubah..nampak mcm sedih ja.. tapi aku buat dek ja.. tak wish apa pun.. buat besa ja.. dia terus kluar p padang permainan..
Pada sebelah malamnya pulak aku p umah mak skali.. kali ni mmg aku bawak kek ni.. Aidil mmg happy sgt, mungkin dia ingat aku dah lupa birthday dia agak sebelum ni.. don't worry la.. insya'Allah maksu tak lupa birthday anak menakan maksu yg macho ni.. hihihihiii..


Ai'sya yang sibuk nak berposing skali dgn birthday boy!! hahahhaa....


HAPPY BIRTHDAY AIDIL !!
Maksu doakan Aidil jadi anak yang soleh, berjaya dan berguna untuk mama & abah dan jugak untuk agama, bangsa dan negara!!

Irish Mix Fruits Tea Bread

IRISH MIXED FRUITS TEA BREAD
( sumber :- buku I Can Bake, Agnes Chang )

Ingredients:
A
400 gm mixed fruits
150 ml hot tea ( use 1 tea bag), mixed with 80 gm brown sugar

B
2 eggs - lightly beated
250 gm self-raising flour - sifted
120 gm butter/margarine - melted
60 gm almonds - toasted & coarsely chopped

Method
1. Mix A and leave to soak over-night.
2. Add B and mix till well combined.
3. Pour into 2 lined and grease loaf tins. (3" x 6" x 3")
4. Bake in pre-heated oven at 160c for about 1 hour till cooked and golden brown.
5. Remove and leave to cool before serving.

Roti Putih / White Bread


ROTI PUTIH
sumber : Alex Goh
Bahan A
480g tepung roti
120g tepung gandum
110g gula
10g garam
20g susu tepung
4 sudu yis segera


Bahan B
1 biji telur
300 ml air sejuk

Bahan C
60g mentega

Cara:-
1. Adun Bahan A hingga sebati.
2. Masukkan Bahan B dan uli sehingga menghasilkan doh
3. Campur Bahan C ke dalam doh dan terus menguli hingga elastik untuk menghasil doh yg lembut dan kenyal.
4. Tutup doh dgn cling film. Biarkan ia naik selama 50-60 minit atau berganda saiznya.
5. Tumbuk doh untuk membuang angin. Bentukkan doh.
6. Bakar 190c selama 30 minit atau hingga masak.

January 08, 2009

Mawarku Versi Malam


Ini bunga mawar di laman umah saya... Gambar ni snap waktu malam.. so nampak kaler dia semua lebih kurang sama ja.. Dah lebih 10 pasu saya tanam.. Saya guna baja yg paling selamat dan paling subur iaitu baja taik cacing.. hehehee.. Warna bunga ros ni semua lain2 sebenarnya kalau belek betoi2 pada waktu siang.. yg warna oren ada 3 jenis.. satu oren terang, oren lembut mcm nak peach pun ada.. dan oren nak pink sket.. merah pun ada mcm2 merah.. ada merah biasa, ada merah hati, ada merah cili.. kuning lak 2 jenis. Satu jenis bunga besar, satu lagi bunga jenis sedang mcm gambar kat atas skali ni.. Warna pink ada 2 jenis pink, pink terang dan satu lagi tu warna mcm yg kebanyakkan org tanam..satu lagi warna ros nak purple ke merah nak purple camtu lah... warna putih pun ada... tapi yg warna putih ni saya tinggal dulu di umah mak saya utk dia jaga bagi besar dan berbunga dgn lebat baru saya nak amik.. sebab mak saya kata dia nak jaga pokok tu.. :(

Hmmm... ada lagi 2 pokok yg belum berbunga.. yg sepokok tu dah nampak kudup2 bunga... yang lagi sepokok tu jgn kata bunga, kudup pun tak timboiii lagi.. takpa saya sabar menanti demi mawarku ituuu.... :p

Saya cuma suka bunga ni saja.. sebab tu dlm dekorasi kek saya pun selalunya saya deko bunga ros saja.. sebab saya mmg sukalah bunga nie.. hihihihiii... Saya tgh cari bunga ros yg warna dia lain daripada yg ni.. Ada kawan di Tapah kata, umah mak dia di Shah Alam, ada pokok bunga ros yang bunga dia warna hijau, tapi baunya bau daun kari..?? Katanya beli di Sg. Buloh.. Masa saya dok kl dulu rajin jugak p beli pokok kat sg.buloh tapi tapi paling rajin beli pokok cili yg pelbagai warna dan bentuk dia mcm2 pesen tu.. Ada sapa2 kat sg.buloh bleh p tlg tgk dak bunga ros hijau ni? nak kirim sepokok!! :D







* dlm byk2 mawar...hanya ada satu mawar saja di hati saya..hihihiii
Ayat mcm budak2 skolah jer!! wakakkakaaa...

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here