My Followers

February 26, 2009

Cucoq Badak



CUCUR BADAK

Bahan2:
500 gm keledek
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
minyak secukupnya

Bahan2 inti:
RM1 kelapa parut
RM1 udang kering
10 ulas bawang merah
3 batang serai
8 biji cili kering - rebus sebentar
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
gula
garam
1 cawan air
minyak masak

Cara2 utk kulit:
1. Cuci bersih dan kupas kulit keledek ( kupas lepas rebus pon boleh jer)..
2. Rebus keledek hingga empuk. Angkat, tos dan lecek hingga lumat.
3. Masukkan air, tepung dan uli hingga sebati.
4. Ambil sejemput adunan dan leperkan.
5. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi.
Buat sehingga selesai.

Cara2 utk Inti :
1. Tumbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, udang kering dan cili kering hingga lumat. (kalau nak senang guna blender je)
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tersebut dan serbuk kunyit hingga kekuningan.
3. Masukkan air, kacau sebentar..
4. Kemudian masukkan kelapa parut dan gula & garam secukup rasa.
5. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga masak
7. Angkat dan hidangkan.

Jus Kedondong a.k.a Amra


JUS AMRA
(untuk satu jag)
Bahan2: 10 biji buah amra/kedondong
Air gula
Air putih
Ais Batu
Cara2:
1. Potong buah amra, buang biji
2. Masukkan buah amra dlm juicer extractor/Blender. (kalau guna blender kena tapis lah)
3. Masukkan air putih dan air gula dlm jag.
Masukkan pati buah amra tadi.
4. Masukkan ais batu. Hidangkan.

Kuih Lapis Comel



KUIH LAPIS COMEL

Bahan2:
250gm tepung gandum
90gm gula (manis ni adjust sndiri ya)
Santan (dari setengah biji kelapa)
Secubit (yg paling skit) garam
Pewarna ( pink & hijau)

Cara-cara ( Panaskan periuk kukusan)
1. Masukkan tepung dan gula ke dlm mangkuk.

2. Tuangkan santan sedikit demi sedikit (sambil mengacau). Bancuhan jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair. (takpa kalau santan tu tak habih digunakan.. sebab ada kelapa yg saiz dia besar dan ada yg saiz dia kecik sket kan...)

3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna hijau pada satu bahagian, pewarna pink satu bahagian dan satu lagi biarkan warna asal.

4. Isi sedikit adunan yg berwarna pink ke dalam acuan lompang. Kukus sebentar.

5. Masukkan lagi adunan yg berwarna asal, kukus lagi hingga adunan sedikit keras, masukkan pula adunan yang berwarna hijau. Kukus lagi hingga masak.

6. Bila dah sejuk, keluarkan dari acuan. Siap untuk dihidangkan.

February 25, 2009

Petua Mencuci Hati

Paste dari blog Haniss. Thanks dear.

Untuk dikongsi bersama:

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

Makaroni Sup

Aisya nye feveret... nak boh sayur2 dia tak suka.. tapi kalau masak kat dia kena boh udang. Baru laju dia makan tapi aku kontrol gak.. tak bagi dia mkn byk2..kolestrol tinggi tu....

MAKARONI SUP (simple aje)

Bahan2 :
1/2 cawan makaroni + air secukupnya
1 butir telur - dipukul kembang
Sedikit Minyak

Cara2 :
1. Rebus makaroni hingga empuk, toskan airnya dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Tuang telur yg telah dipukul kembang. Gaul rata.
3. Panaskan minyak, tuang makaroni + telur tadi, biar sekejap kemudian balik-balikkan hingga telur masak.

Untuk Sup:
2 cawan air
Daging cincang
3 ekor udang
2 st rempah sup
Garam secukup rasa

Cara2:
1. Rebus semua bahan2 untuk sup hingga masak. ( tak la lama sgt..)
2. Hidangkan dengan makaroni tadi.

February 24, 2009

Spagetti Goreng

Ini dinner kami.. jemput tgk ok... kalau rajin boleh try..

Spagetti Goreng

Spagetti - direbus hingga lembut, toskan
2 sudu minyak masak + 3 sudu butter
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
2 biji kentang - sederhana besar
10 ekor udang basah - sederhana besar
2 butir telur
Keju parmesan
Garam - secukup rasa
Secubit kiub ayam knorr

Hiasan yg boleh dimakan
Daun bawang yg dipetik di tepi umah
Cili burung kaler merah & purple yg dipetik di depan umah

Cara2:
1. Panaskan minyak+butter
2. goreng kentang hingga agak empuk
3. masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis hingga layu.
4. Masukkan udang. Goreng seketika.
5. Masukkan kiub ayam. Kacau.
6. Masukkan telur dan spagetti. Biar seketika kemudian kacau spagetti dan hancur-hancurkan telur.
7. Masukkan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.
8. Tutup api dan angkat.
9. Hias dgn bahan2 hiasan dan hidangkan.

February 23, 2009

Kapis Ijau Kunin

Tempahan diterima dari kak su.. customer tetap yg tak byk songeh... kalau jumpa dia mesti meleret menyembang lama2.. yg tukang ajak sembang tu aku lah.. teruk kan.. tapi aku suka sembang dgn dia.. ramah.. hehehe.. kak su order nak kek mcm yg dulu juga cuma tukaq kaler.. dulu order kuning dgn oren..kali ni nak hijau dgn kuning.. nak rumput dan swirl.. dan aku murah hati tepek bunga2 gumpaste tu.. esoknya kak su sms, deko rumput tu mcm cendoiii... hahahha... minta maaf la kak su.. dah order deko camtu..chek buat camtu la.. hahaha betoi bendoi la katakan... apa pun toche-toche kak su.. next time order lagi ek...

Pizza Sosej

Dah lama tak makan pizza... hmmmm sedap woo.. want a bite? hehehe..

February 22, 2009

Triple Taste Cheesecake

Tempahan dari customer baru di KL untuk sang suami di Sg. Petani.
Cheesecake ni ada rasa cheese ( of course la kan..), yang triple tu sebab ada rasa blueberry, choclate ganache & oreo.. sebelah petang customer ni sms bagitau husband dia kata sedap. hihihiii..meh nak pecah rahsia, sebenarnya aku sendiri tak penah rasa, sebab masa buat ciskek ni aku pakai agak2 apa yg aku rasa sedap, aku taruk ja..pastu tawakal.. hehehe apa pun tima kasih ye fara, kalau sudi order la lagi..

February 21, 2009

Bun Kacang Merah

Jom buat bun kacang merah... mesti ramai yg suka..

BUN KACANG MERAH

Bahan A :
240 ml air
500 gm tepung high protein
60 gm telur
20 g susu tepung
80 g mentega
80g gula kastor
1 camca teh garam
2 camca teh instant yeast
1 camca teh improver

Bahan B:
Inti kacang merah secukupnya

Bahan Sapu :
2 biji telur + Sedikit pewarna kuning = kacau kembang dan warna sebati Sedikit bijan - goreng tanpa minyak
Sedikit mentega utk disapu

Cara2:
Masukkan kesemua bahan A ke dalam mixer. Putar selama 25 minit. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Rehatkan 10 minit dengan ditutupi dgn kain lembap.
Bahagikan doh dan uli menjadi bebola kecil. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda lagi. Sapu dgn telur dan taburkan bijan. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

February 16, 2009

Mini Photocamp 13/2/09 - Kelas Zamin Omar



Sesi mini photocamp telah pun tamat.. tapi sayangnya aku cuma dapat join sehari saja di hari sabtu sebab ahad tu keja.. mmg wajib p... Alhamdulillah..berkat tunjuk ajar pak guru iaitu Zamin Omar dan bantuan rakan2 aku makin reti guna kamera sendiri secara manual.. takyah guna button auto dah.. yippieeee..



Gambar atas ni try buat panning.. tapi tak brapa sharp lagi..

Awek atas ni model "taaaaadaaaaaaaaa" kami..



Gambar2 ni semua aku tak edit ok.. ori dari kamera terus update sini.. lepas ni nak try amik gambar yg cantik2 lagi.. kena praktis main2 dgn shutter, apperture n iso dan lain2 yg patut la..

February 15, 2009

Nasi Goreng Ayam Golek


Aku suka ayam golek ni.. sedap.. beli kat Kelang Lama baru2 ni.. harga cuma RM14 utk seekor.. tak tau nak kata mahal ke murah tapi aku rasa worth it sebab sedap.. pastu balik umah buat nasi goreng untuk ecah plak.. Nasi goreng, aku mmg suka yg putih2 je.. mcm nasi goreng cina tu.. aku tak suka masak nasik goreng yg taruk kicap tu.. tapi kalau order kat restoran aku bedai ja.. kalau en.hubby ada aku pecah2 cabai melaka then goreng skali.. hehehe.. tapi untuk ecah tak buat pedaih la satgi dia tak mau makan.. ecah pun laju makan nasi goreng dgn ayam golek ni.. dia pun suka.. aku cuma ratah ayam saja.. tapi bukan aku makan sekoq arr.. aku makan 2 ketoi ja.. yang tak abih tu taruk dlm peti sejuk.. nak goreng mee ke bihun ke, aku amik isi ayam ni goreng je skali.. jimat kan.. hehehe..

Simple CMC


Neighbour belakang umah yg order utk besday anak dia.. nak choc moist cake yg dekonya simple2 aje.. Thanks ya... lain kali order la lagi... :)

Kek Hati di 14 Februari...


Tempahan dari org jauh kepada seseorang yg mungkin istimewa baginya di utara ni .. tapi customer ni minta identitinya dirahsiakan..mcm secret admire gitu... hmmm camna pun takpa, janji customer & penerima kek ni suka.. dan penerima ni sms kata kek ni sedap cuma nak tau sgt sapa yg tempah kek ni.. Maaf la sebab takleh bagitau, ni amanah org kan.. sekali org dah tak pecaya, manyakkk sushhaahhh woooo...hehehehe..


Comment aku utk kek aku sendiri...
- aising agak lembik dan susah nak bentukkan kelopak bunga ros..
(tu la... padan muko den, sapa suruh try resepi baru!!!)
- board bentuk love takdak plak..merata kedai cari, susah tul nak dpt stok papan bentuk love kat sini.. terpaksa ganti bentuk bulat..
- antara kek yang paling cepat aku siapkan..

sekian, toche-toche..

February 11, 2009

Gambar Pengantin

Akhirnya selesai jugak aku settle semua gambar2 pengantin ni.. dah siap cuci dan dah siap susun dlm album.. fuhhh lega... lepas ni kalau ada org nak hire aku untuk ambil gambar, buleh la contact aku ok.. tapi aku masih baru dlm bidang ni.. byk lagi yg perlu aku belajar..hihihiii..






Mini Cuppies

Mini cuppies yg diorder oleh my loyal customer, Tifa untuk anakanda tercinta... Maaf la tifa, lambat update gambar ni.. bz la katakan..hehehehe... sori naa...
Aku lupa yg kotak kek dah kehabisan stok, tgk jam dah lewat..terpaksa guna bekas plastik ni.. Sib baik tifa ni memahami.. Thanks ek tifa, lain kali bleh order lagi.. :D



February 09, 2009

Happy Birthday Bro! Kek Chiffon Pandan

Sori2 pada kengkawan atau sesapa saja yg berkunjung ke blog ni yg tak berupdate ni.. tak sempat nak update sebab dok bz dgn keja2 ofis pastu bz mengedit gambar2 pengantin.. member nak cepat tu yg kena restkan blog ni sat.. Ni baru nak update gambar2 yang disnap pada musim2 yang lepas... dah jadi belated birthday lak gambar ni..hehehe..


Tu dia... tak payah kotak2 kek segala... suam2 dari loyang terus angkat kluar.. hehehe..
alkisahnya gini.. petang tu masa p sopping brg2 kek utk customer lain tetiba terprasan kalendar kat kedai menunjukkan angka 23 di dalam bulan Januari. Pastu baru teringat, arini besday abg nd la.. camna leh lupa ni.. sowi...sowiii... balik tu dan2 kalut bersilat kat dapur.. nak buat kek aising mmg ler tak sempat sebab dah lewat pastu dok ingat, abg2 aku ni bukannya suka makan kek aising.. lebih baik buat kek lain.. tapi tekak ni tingin nak makan kek chiffon, terus godek2 bahan2 tgk semua complete.. terus adun aje.. harap2 menjadi ler... sebab kadang2 buat kek chiffon ni bila salah gaul terus hancuss... tu yg tensen tu.. maklum ler.. bukannya pandai sgt kan..

Bila dah siap tu, panas2 terus bawak p umah abg nd.. hmmmm rupanya menjadik dgn selamatnya kek aku ni dan terus selamat masuk perut time tu jugak.. heheheh..





Wanna slice? heheh..
KEK CHIFFON PANDAN (copy paste dari fp Kak Rinnchan)
Sumber : Irene Chia
Adunan ni aku darab 3..baru dpt byk sket..maklum ler ramai nak makan.. hehe)
Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder
Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus
Bahan C
85ml corn oil
115ml jus pandan,
Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar
1. Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.
2. Dapatkan 115ml jus pandan. Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
3. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B).
4. Masukkan canola oil dan teruskan memukul. 5
. Putar sehingga kembang.
6. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar.
7. Teruskan memutar hingga rata.
8. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
10. Bakar dlm oven 170c - 1 jam.

Ainnur Jeeha - anak abg n.dwife dia...
Happy eating..yum..yummm..

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here