My Followers

December 31, 2008

Tips Warna-warni untuk Buttercream

Terima kasih untuk kak zati d hati untuk info berguna ini. Saja aku tempekkan di blog ni utk rujukan aku suatu masa nanti dan jugak untuk pengunjung2 blog ni yang tgh mencari-cari padanan warna yang sesuai untuk menghasilkan warna2 yg lebih cantik dan menarik.

HITAM:
Kombinasi royal blue + merah + oren + kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Pewarna hitam sendiri tidak dapat menghasilkan warna hitam sebenar. Tip diberi dalam zatidhati fotopages adalah dengan mencampurkan warna cokelat ataupun cokelat emulco dengan warna hitam.


GOLD:
10 bahagian lemon yellow + 3 bahagian oren +
1 bahagian merah


COKLAT:
Merah + hijau dapat menghasilkan warna cokelat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid dalam ising (jus lemon & cream of tar tar sebagai contoh), jadi elakkan penggunaan asid. Campurkan 1/4 sudu teh air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam buttercream untuk menghapuskan ton hijau. Nak senang, gantikan aje penggunaannya dengan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko.


MERAH:
Campurkan pewarna merah dalam buttercrean dan disimpan 24 jam sebelum digunakan. Disarankan semakin lama disimpan semakin terang warnanya.


UNGU:
Pastikan susu dicampurkan dalam pewarna untuk mengelakkan buttercream menjadi warna biru pudar.


PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih +
1 bahagian mana-mana warna pilihan


APRIKOT:
2 bahagian oren campur + 1 bahagian golden yellow


AQUA:
5 bahagian sky blue + 1 bahagian hijau daun/leaf green


AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow + 1 bahagian leaf green +
sedikit warna hitam


BURGUNDY:
5 bahagian rose pink + 1 bahagian violet


CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow + 1 bahagian hijau daun


RUST:
8 bahagian oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian brown


COPPER:
1 bahagian golden yellow + 1 bahagian brown +
1 bahagian christmas red


CORAL:
3 bahagian rose pink + 2 bahagian lemon yellow


LAVENDER:
5 pink + 1 bahagian violet


SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam + 1 bahagian biru


TURQOISE:
6 bahagian biru + 1 bahagian lemon yellow


TEAL:
9 bahagian sky blue + 1 bahagian lemon yellow


MAUVE:
5 bahagian rose pink + 2 bahagian oren + 2 bahagian merah +
1 bahagian hitam


PLUM:
1 bahagian violet + sentuhan christmas red

MAROON:
4 bahagian merah + 1 bahagian burgundy


MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow + 2 bahagian violet


NAVY BLUE:
1 bahagian sky blue + 1 bahagian violet

GRAPE:
1 bahagian sky blur + 6 bahagian rose

December 30, 2008

Carbonara

CARBONARA
(sesudah dialter dan lebih kemelayuan.. hehehe)

Bahan A:
Spagetti - direbus lembut..tos & ketepikan

Bahan B
2 setengah s/b butter
3 batang sosej - dihiris serong
Sedikit lada hitam - ditumbuk S
edikit mixed herbs
2 helai Bay leaf

Bahan C - Sos:-
1 kotak kecik whipping cream
1/2 kiub ayam knorr Garam secukup rasa
3 s/b air

Cara:
1. Panaskan butter, masukkan Bahan A hingga garing sedikit.
2. Masukkan bahan C.
3.Kacau sebati dan biar hingga ia mendidih. Tutup api.
4. Curahkan ke atas spagetti tadi.

Tattura Mousse














Dah 2 kali buat mousse ni sebelum p course last year.. Mmg sedap.. mcm aiskrim pun ada. Memang tak sempat nak masukkan dalam fp sebab konon2nya lepas balik dari course tu baru la nak letak dlm fp.. tapi malang nasibku bila 3 folder gambar di pc bilik pejabat aku tu dah didelete!!! Tak sengaja atau disengajakan??
Sapa la yg baik tu kan...huhhh!! sabar la wahai hati sebab sabar itu separuh dari iman!! walaupun aku mmg nak meletup gilos bila all pic folders dah clear dari desktop. Banyak gambar yg tak upload lagi. Tapi what to do... (hmmm.. kalau aku cekik2 manusia tu pon best jugak nooo.. grrrrrr...!!!!!!!!!)
Ok..calm down beb.. Back to this mousse, sib baik bila aku check thumb drive, masih ada 3 keping gambar ni.. jadi la kan..dari takdak langsung.. Topping dia leh letak jem strawberry, blueberry filling, choclate cream, rasberry filling atau apa saja yg berkenan di tekak masing2. Langkah penyediaannya agak panjang tapi tak la serumit mana pun.. tapi ada step2 yang aku tinggalkan sebab nak jimat masa. Kalau dalam buku, depa boh jem rasberry.. sure sedap meh!!
Cream cheese tu kalau guna mascarpone mmg la malatop!!! tapi mahai sehhhh... dekat RM30 seketoi.. jenis phila lak abih stok, aku tgk ada brand tattura je... takyah pk 3-4 kali lah..sambaq seketoi!! So let's share this recipe! talak menyesai punye....
TATTURA MOUSSE
(resepi asal : Mascarpone Mousse )
Sumber : The Art of Cookies & Cakes

Bahan2:
60gm gula
1 cawan air
10gm agar-agar
2 biji kuning telur
250gm krim keju tattura
150ml krim uht
1st kulit lemon diparut

Cara2:
1. Rendam agar2 dalam air selama 1 jam supaya lembut.
2. Masak gula, air dan agar2 hingga larut.
3. Tuang ke dalam mangkuk berisi kuning telur dan pukul hingga berkrim.
4. Apabila suam, campurkan dengan keju tattura, sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
5. Putar krim uht pada kelajuan tinggi hingga kembang.
6. Isi campuran keju dan kulit lemon dan kacau sekata.
7. Isi tattura mousse dalam piping beg. Paipkan ke dalam acuan pilihan masing2 hingga hampir penuh.
8. Simpan dalam tempat ais sehingga keras.
9. Terbalikkan acuan atas pinggan, keluarkan mousse dengan perlahan.
10. Paipkan/picit blueberry filling/ strawberry jem atau choclate cream di atasnya.
11. Hias sesuka hati.

December 29, 2008

Doll Cake (Previous)


Doll cake ni aku wat lama dah.. aku dah tempek dlm blog lama aku iaitu ejuita.blogspot. Tapi saja nak tempek semula kat sini..heheheh.. lepas siapkan kek ni, abg aku cakap dia nak try tulis atas papan kek tu..hmm walaupun percubaan pertama, tapi tulisan dia lagi cantik dari aku ..hohohooo.. :D


glitter-graphics.com

Doll Cake Aisya

Doll cake ni aisya yg punya..sempena birthday dia... :D


glitter-graphics.com

December 28, 2008

Swirl Cuppies with Theme













Order dari puan lawyer saye.. iaitu kak su. Katanya untuk birthday sedara ke anak menakan? sowii terkurang ingat lak.. hehehehehe... Kak su sms nak tema white & orange & swirl & huruf F. Tapi biasa la aku kan suka derhaka.. Buat swirl tu tinggi sket mcm aiskrim mc'd..tentu kanak2 suka dan teruja nak makan.. hehehe.. pastu tambah kuning sket.. dan kuning tu buat mcm rumput musim nak luruh ja.. hehehehe..harap2 kak su suka la naa.. thanks kak su.



December 23, 2008

Kek Coklat Mocha Kukus














Dah lama tak share resepi kan.. Ni angin rajin dah mai. Malam semalam buat kek ni untuk makan ramai2 dgn budak2 di rumah mak. Budak2 kata sedap. Aku lak rasa?? hmm...sedap la kot!! hehehe...

KEK COKLAT MOCHA KUKUS

Bahan2:

125gm butter
100gm gula
2 biji telur gred B
140gm tepung naik sendiri - ayak 3x
1/2 sk baking soda - ayak skali dgn tepung

Bahan utk Jadikan Pes (kacau hingga serbuk koko sebati)
130ml air suam
30gm serbuk koko
1sb mocha paste
1sk esen vanilla

Cara2:
*** Glis loyang mcm biasa..letak grease proof paper kat dasar loyang..panaskan periuk kukusan.**

1. Putar butter dengan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan putar satu per satu hingga sebati.
3. Dgn menggunakan senduk kayu, masukkan sedikit Pes Coklat berselang seli dgn tepung.
4. Tuangkan adunan dalam loyang 8 inci.
5. Tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus dengan api perlahan selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Sejukkan kek. disapu dgn ganache.
7. Curah ganache ke atas kek dan biar ia meleleh sendiri. (ini cara org malas ok! :p )

GANACHE
70ml whipping cream
50gm cooking choclate - dipotong kecil2

1. Panaskan (api perlahan) whipping cream dlm bekas tahan panas hingga kelihatan bubble2 kecil sekelilingnya..
2. Masukkan cooking choclate kacau sampai semua coklat cair dah cair semua..tutup api
3. Biarkan coklat semlm pada suhu bilik.

Kek ni mmg kecik jer.. buat separuh adunan saja. kalau nak buat satu adunan darab dua la noo..

December 22, 2008

Cuppies Lingkaran Chentaa..& Roti Jala






































Order dari Sarah, my regular customer di KL untuk buah hati tercinta di utara..
Aku buat choc moist untuk dia.. Sarah ni very understanding dan baik. Senang nak deal dgn dia. Selalunya deko/warna diserahkan pada aku saja untuk tentukan...dan dia order roti jala + kari ayam jugak.. roti jala ni lebih kurang dekat 70pcs ya sarah.. pastu kari ayam lak penuh bekas mcm bekas roti jala tu jugak. Jgn tak tau, fizual terkezut ada roti jala ni.. dia ingatkan kek saja..
Selalunya bila Sarah order untuk boyfriend dia, mesti dia kena outstation..

Skarang ni Sarah kata dia kat Jakarta.. Apa pun harap Sarah & Fizual suka la yer..








December 21, 2008

Choc Moist Cake





















En. Saiful a.k.a Mr. Bolt order untuk anak menakan aweks dia.. pehhhh baguih hang ni nooo, takpa2, aku suka!! Lain kali hang order lagi tau kat aku.. hehehehe... Bolt ni kawan baik satu geng dengan aku la time2 skolah dulu.. Lani buat bisnes cacing.. sapa nak baja cacing baiiiikkkkk punyer bleh order dgn dia.. dia jual murah2 ajer.. untuk pokok bunga, pokok cabai, pokok serai mcm2 pokok la lagi semuanya leh jadi subur gilos.. order2 jgn tak order!

December 20, 2008

Cuppies Anggur & Bunga Kecik2


















Ni order dari special customer, minta buatkan cuppies yg simple2 saja, pastu dia kata dlm fp ada nampak kek yg ada grape kecik2 tu, so dia nak aku buat lebih kurang camtu arr..
Since she is my special customer, terpaksa la penuhi permintaan dia untuk buat cuppies ni cuma 12 biji dan box yang berasingan.. sebab dia nak buat cuppies ni as buah tangan. Customer lain kena order 1 box = 25pcs juga la... only in special case i can make for 12 pcs ok.


December 12, 2008

Tartlet Size & Price

Rainbow Cheese Tart - S size only -
1 pack = 6 pcs 

Filling : Strawberry, Blueberry & Chocolate
RM7.00 per pack. Minimum order 7 packs.



Cheese Tart - S size only -
1 pack = 6 pcs
1 filling per pack ( Bluebery,Strawberry, Kiwi, Chocolate )
RM6.50 per pack. Minimum order 7 packs


Fruit Tart - S size only - 
1 pack = 6 pcs
2 choices only : either Kiwi @ Strawberry @ Grape
RM7.00 per pack. Minimum order 7 pack













Nutty Choco Tart - L size only -
RM2.60 each. Minimum order 10 pcs.



  













Strawberry Custard Tart - S size only -
1 pack = 6 pcs
RM7 per pack. Minimum order 7 packs





 

December 11, 2008

Kek Cawan @ Cupcakes

Hiasan kek cawan ini adalah hasil karya seni kami. Kebanyakan butiran @ tema adalah mengikut kehendak para pelanggan yang dihormati. Walau bagaimanapun, rekaan akhir pada setiap kek cawan ini bergantung kepada apa yang pihak kami rasa terbaik untuk para pelanggan RUC. Kami juga akan berbincang semula dengan pelanggan2 kami jika terdapat perubahan besar pada dekorasi kek cawan tersebut.


Kek cawan kami terdiri daripada kek2 berat @ butter cake dan bukannya kek span. Kami menyediakan isi kek yang agak tebal & aising yang nipis supaya para pelanggan kami dapat menikmati keenakkan kek kami sepenuhnya. Mulai 2011, semua jenis kek cawan hanya di jual di dlm solo cup seperti gambar di bawah sahaja. Buatlah pilihan anda sekarang!





Perisa Kegemaran Ramai  :
1) Butter Vanilla
2) Butter Chocolate
3) Butter Orange




KEK CAWAN DENGAN HIASAN BUTTERCREAM




Red Velvet + Cream Cheese Frosting ( aising keju sederhana tebal )



Carrot Walnut + Creamcheese Frosting





Marble Choco Cheese + Ganache





Moist Black Forest (Buttercream, Cherry, Blueberry & Grated Choc)




 Triplet Cupcakes + Ganache + Buttercream



Berries Cupcakes + Buttercream ( kek strawberry + filling blueberry )


*For Fondant Cupcakes price, kindly email me. TQ

as at 1.12.2011

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here