My Followers

March 16, 2010

Makluman

Salam & Hai...
Tempahan terpaksa ditutup mulai 14 - 21 Mac 2010 kerana saya berkursus di luar kawasan..




March 15, 2010

Kek Fondant Hantaran


Tempahan oleh Kak Noor... minta aku buatkan kek fondant bertemakan merah @ maroon & putih.. kak noor ada tunjukkan sample kek aku yang lepas.. dia nak sebiji cam kek tu.. tapi aku rasa kalau ikut sebiji camtu mcm tak variasi lak kek aku.. so aku buat len sket yang aku rasa lagi cantik dan meriah dari sample kek yang dia tunjuk tu.. heheheh..derhaka tul aku ni... heheheh..jgn marah naaa kak noor...
Sebenarnya kak noor untung sebab kek yang kak noor nak tu kecik aje.. tapi aku tak jumpa loyang kecik tu.. last2 aku buat loyang yg besar skit.. harga sama jer.. takpa..tak kisah pun...janji customer suka... Selalunya kalau kek, aku suka tul letak rama2...kali ni aku letak sepasang burung lak.. nampak comel aje burung tu.. kak noor kata terpulang je kat aku yang mana ok.. aku rasa ok la kot camni..hehehe.. Aku deliver terus ke rumah pengantin sehari sebelum majlis.. Thanks kak noor atas tempahan ni... kalau sudi tempahla lagi..ngeh..ngeh..ngeh...




March 14, 2010

Fairly Odd Parent

Seriously aku tak pandai melukis... masa kak linda call minta aku buatkan kek butter 2kg dengan gambar cartoon ni.. aku blur.... aku bukan kaki tgk tv.... cartoon dulu2 aku tau la.. cartoon budak2 zaman lani mmg aku ketinggalan sungguh... so bila nakkan cartoon fairly odd parent ni aku termenung sat... "hat mana satu ni??" soal sendiri dlm hati... bila search internet...oooooo baru prasan, cartoon ni rupanya.... penah la tertgk sesekali budak2 kat umah mak dok tonton crita ni tapi aku tak penah amik tau pun.. hehehee... pastu kak linda cakap takpe.. nanti dia emelkan gambar cartoon ni utk aku.. seb baik dpt customer baguih camni.. aku dah cakap awal2 jgn ler cari susah2 sebab tak pandai sgt nak lukis.. kak linda kata, nampak muka lebih kurang pun takpa la... aku mmg tak nak tekap sebab bila aku tekap gambar cartoon atas kek selalu tak jadi.. so masa dpt gambar ni mmg aku terus lukis atas kertas sebelum lukis atas kek.. Jadi..inilah hasilnya..cartoon character yang aku lukis secara free hand di atas kek ni.. harap2 dpt diterima la kan.. heheheh
Terima kasih byk2 naaa kak linda... Lupa nak tanya, apa rahsia awet muda? anak dah besaq..
tapi mak dok slim & muda lagi... bestnya.... :-D
** masa kak buat panggilan hangit kat ej tu.. sebenarnya sampai ke sudah ej dok termengong2... hahahhaha...



March 13, 2010

Cuppies Set

Salam & haii... sedikit update sebelum kursus... 2 set cuppies yang ditempah oleh Ann baru2 ni.. 1 utk birthday boyfriend tercinta.. dan 1 lagi cuppies hantaran tunang untuk kawan baik dia... Thanks Ann.. seronok kak dpt jumpa Ann aritu... mcm dah kenal lama jer dok menyembang... nanti insyaallah kita jumpa lagi ya...





March 10, 2010

TIP & MASALAH KETIKA MEMBAKAR KEK



Tadi tgh godek2 tenet cari info tentang kek..tiba2 jumpa artikel ni.. aku rasa kalau aku copy paste balik dlm blog aku pun tak salah kan.. untuk panduan bersama.. Artikel ni aku dpt dari fotopages kawan lama..iaitu Rahaniss.. Rahaniss kata dpt artikel ni dari majalah saji.. hmmm apa pun terima kasih atas tip yg berguna ni ye..
Apa anda perlu lakukan jika kek tidak naik sekata:
1. Tepung yang dibancuh tidak sekata dengan bahan lain
2. Suhu dlm ketuhar juga tidak panas sekata memnjadikan kek tidak dibakar secara menyeluruh
3. Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
4. Bancuhan melebihi tahap yang seharusnya tidak boleh melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
5. Pastikan bekas loyang pembakar anda sesuai dengan isi bancuhan


Mengapa kek menjadi bantat dan tidak ringan:
6. Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
7. Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
8. Sewaktu memukul tepung, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
9. Mentega yang dicampurkan dalam adunan tidak boleh terlalu panas, kerana bebuih adunan akan rosak.
10. Suhu ketuhar pula tidak boleh terlalu rendah.

Mengapa permukaan atas kek tidak naik dan jatuh pada bahagian tengah:
11. Suhu ketuhar terlalu tinggi
12. kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
13. Penutup ketuhar yang selalu ditutup buka.

Jika bancuhan mentega tidak sebati dan bergentel:
14. Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
15. Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul betul gebu dipukul.
16. Mentega dan gula tidak betul betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.

Kenapa kek anda terlalu berat:
17. Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
18. Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
19. Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.

Kek anda merekah?:
20. Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
21. Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.

Bahan kek buah mendap:
22. Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
23. Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum mencampurkan ke dalam adunan.
24. Adunan kek dipukul terlalu kuat
25. Adunan terlalu basah dan cair.
26. Suhu ketuhar yang terlalu tinggi boleh menyebabkan adunan akan cepat mencair sebelum ia sempat mencengkam kededukan buah dalam adunan.
27. Sebaiknya buah buahan kering yang hendak dimasukkan dalam adunan hendaklah dikeringkan dalam ketuhar. Kemudian gaulkan dengan sedikit tepung, masukkan dalam tapisan dan tapis baki tepung yang tidak melekat pada buah tadi.

Tip tambahan:
28. Campurkan satu atau dua sudu besar Wilton Meringue Powder bagi mendapatkan kek yang gebu dan kembang.

29. Sapukan loyang pembakar dengan lemak sayuran (shortening) dan taburkan sedikit tepung sebelum menuangkan bancuhan untuk dibakar.
30. Bancuhan kek tidak boleh melepasi setengah daripada loyang pembakar.
31. Kek yang hendak disapu dengan aising hendaklah dimasukkan dalam peti sejuk semalaman. lebih baik jika dimasukkan dalam tupperware dan ditutup, kemudian barulah dimasukkan dalam peti sejuk.
32. Sebelum menyapukan aising, permukaan kek hendaklah dipotong dan dibersihkan.
33. Jangan biarkan pisau penyapu terkena permukaan kek. Oleh itu sebaiknya diletakkan aising yang banyak sebelum disapu rata.
34. Bagi mengelakkan kek anda berlubang, selepas bancuhan dipukul, kelar bancuhan dengan pisau untuk mengeluarkan angin yang terperangkap dalam bancuhan.
35. Bagi mengelakkan kek anda melekat pada pinggan hidang, sebaiknya taburkan gula ising sebelum menyusun kek diatasnya.
36. Kek sebaiknya disejukkan dulu sebelum dipotong. Hasilnya ia tidak akan menggerutu selepas dipotong.
37. Untuk mendapatkan rasa yang sedap untuk kek coklat anda, campurkan sedikit Nescafe bagi mendapatkan rasa mocha.
38. Basahkan pisau sebelum memotong kek.

39. Jika permukaan kek terlalu cepat hangus, ambilkan bekas dan tuangkan air suam. Letakkan pada rak bahagian atas dan biarkan loyang dibawah rak. Kepanasan dibahagian atas boleh diperangkap oleh air suam.

40. Bila kek yang sudah masak dibakar selalunya akan merekah. Oleh itu sewaktu membancuh, campurkan dengan sedikit gelatin (1 sudu kecil) sewaktu mencampurkan tepung. Gelatin tidak akan menukar rasa kek anda.
41. Dengan menabur sedikit tepung jagung diatas permukaan kek, ia membantu memudahkan proses menyapukan aising.
42. Selain mentega, telur dan susu juga hendaklah diletakkan pada suhu bilik sebelum ianya digunakan.
43. Loyang pembakar kek yang dikeluarkan dari ketuhar sebaiknya diletakkan diatas kain basah bagi mengelakkan kek melekat.
44.Bagi mengekalkan kek anda basah dan lembut, letakkan setengah potong epal dalam kotak kek

 

March 09, 2010

Cuppies & Tart lagi..


Arini mata dah letih giler.. padahal baru tghari.. agaknya mata aku tak cukup rehat kot.. hmmm.. nasib..nasib.. ni order dari regular customers.. tgk ja la nooo..nak tulis byk2 pun mata dah pedih2 ni... huhuhuhuu.. 
Terima kasih ye.... :D

March 07, 2010

Chicken Pie

 
Salam..hai... maafla..lani agak slow skit update blog... Sebenarnya 2-3 minggu lately ni dan ke depan2 nanti agak sibuk dengan tempahan cheesecake bajet & choclate moist kek bajet..hehehe.. alhamdulillah..sambutan yg rakan2 dan customers berikan sgt menggalakkan.. Tima kasih byk2 nooo....

Ok, tempahan seterusnya ni agak istimewa sebabnya..tempahan kali ni agak lain yang biasa aku buat...kali ini tempahan istimewa dari salah seorang blogger terkenal di arena masakan iaitu MamaFaMi.. Mama order chicken pie ni untuk besday kak ana di sg. dua... sebenarnya aku rasa dah 2 tahun tak buat ciken pai ni... resepi paff nya ada..tapi resepi intinya dah ilang.. . last2 aku hentam ja resepi inti ni... letak isi ayam cincang, bawang besar, cendawan butang serta sedikit bahan2 sampingan yang lain yang aku rasa sesuai untuk inti dia... Hmmm..harap2 kak ana tak sakit perut yer.. hehehehe.. alamak...belen pun ada 3 ketoi ja.. so nak bawak ke ofis mcm tak baloi jer..so tapau kasi mak, aisya dan anak menakan tu ja.. Depa kata sedap... ni pun tengah update gambar2 ni aisya tanya bila nak buat lagi.. dia tingin nak makan lagi..aritu makan sikit sgt katanya... hmmm kena buat jugak la nampaknya nanti..hehehe... Kepada mamafami, tima kasih byk2 ya... apa pun surprise kita menjadik kan maaa?? hehehehe..





March 06, 2010

Cuppies & Tart Buah

Cuppies & Tart Buah ni untuk hantaran pertunangan. Ditempah oleh ana..  tima kasih ya..


































































March 01, 2010

Kek Sang Puteri




Terima tempahan ni dari kawan Tifa..minta aku buatkan kek anak patung seperti ini dgn tamannya skali.. Aku proses kek ni punya la lama..maklum la tangan kurang berseni.. hampir tak tdo malam la dibuatnya... pastu siang tu bangun awal dan sambung lagi buat kek ni... mmg makan masa tul... tapi apa pun alhamdulillah sebab sempat habiskan juga kek yg agak sukar ni.. Thanks ya..


Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here