My Followers

April 30, 2009

Baking Class

*** DEPOSIT 50% AKAN DIKENAKAN UNTUK PENGESAHAN TEMPAT. TQVM.

April 23, 2009

Simple CMC

Bulan ni dan bulan lepas aku rasa kek yang ditempah oleh Ms. Moon la yang paling byk.. Alhamdulillah... Thanks moon sebab trust me ok.. ni choc moist yg ms.moon order utk besday adik dia.. hopefully moon dgn adik dia suka la..


April 22, 2009

Kek Keju Blueberry

Ms.Moon order utk her anniversary yang ke 10. Dia minta aku buatkan 'kek budget' sebab nak makan 2 org jer dgn her beloved darling.. mmg kecik sgt kek ni.. guna loyang pun 6 inci saja.. pastu agak kalut skit time hantar ciskek ni sebab ada family event yang aku perlu turut serta.. sudahnya aku terlupa nak bagi pisau kat ms.moon, mujur dia tak marah.. hehehe... and after a few days ms.moon sent msg thru ym..

"weh, kek ang sedap ar...... mmg bes, nti aku oder len lah, lgpon kan dpt % he......... "dia" mkn ang tau smpai jilat pisau plastik yg aku bwa...... ang xbg aku pisau seb bek aku ada spare kt umah psai aku kn ska mkn kek...... apapon 10q sbb kek ang...... special sgt, g pon "ayat power" ar..... he.......... he........."

To Ms.Moon, Happy Anniversary, semoga cepat2 ke langkah seterusnya ok.. Thanks noo order kek aku.. nanti order ler lagi.. hehehehe

April 20, 2009

Cuppies Mimi

Order dari officer aku utk anaknya.. Gambar ni adalah antara gambar yang terselamat.... tu pun sebab aku emelkan gambar ni kat kawan baik.. pastu ada org pandai2 padam folder gambar dlm pc aku ni.. siap tolong padam skali kat recycle bin tu.. hmmmm cuci bersih abis... baik hati tul... Habih semua gambar2 yg aku baru transfer dari kamera hilang camtu jer.. takpa2..ni pun bukan kali pertama org buat camni kat aku.. well...well..well.... pesan aku pada diri sendiri.. biar org jahat kat kita.. hati kita sendiri kena bersih.. kita jgn buat org k.. hidup ni singkat je..

order ni mmg emergency tul... tinggal beberapa ketika ja sebelum mesin punch card kat luar tu menyanyi... Officer yang order ni kata dia lupa nak order awai.. tapi takpa la.. boleh ja.. dia kata deko camna pun takpa.. cuma nak setiap cuppies tu ada huruf dan number.. Sebenarnya aku kena buat sebiji kek lagi pada hari yang sama.. mmg kalut skit la..sebab nak ligan masa utk p amik ecah kat umah mak aku.. sian dia bila tinggai lama2.. apa pun apa yg org tempah aku dpt siapkan.. ni lah hasilnya...
(gambar kek sebiji lagi tu tak dpt diselamatkan.. :( ... )

Terima kasih Kak Miza.. lain kali order lagi ya..

April 16, 2009

Cuppies di Hari Pertunangan

Regular customer order untuk majlis pertunangan adindanya.. Cepat2 naik pelamin ok.. Terima kasih sebab sudi order.. :D

April 15, 2009

Where is my focus point?




Bila aku dah tersangat bosan selepas menyelesaikan tugasan harian untuk pagi ini... Gambar tanpa sebarang proses 'pengeditan' dengan menggunakan mod manual.. saja nak mengabihkan masa tul lah!!..

April 05, 2009

Figurine : My Bunny & Flower

Malam semlm rasa teringin plak nak buat bunny ni.. cuma sayangnya semasa mengadun fondant ni aku terlangkau teknik.. sebab tu hasil dia tak smooth seperti sebelum ni.. Jenuh uli tapi tetap tak mau smooth dan byk kesan rekahan semasa menatarias si cik bunny ni.. tapi takpa.. itukan pengajaran.. next time aku kena lebih berhati2 dan tenang semasa mengadun bahan2 ni..
Cik bunny yang baru dpt bunga dari boifren dia..
Oppsss.. lipstik terlebih sudahhh....

Sebenarnya hajat hati nak buat bunga ros.. tapi bunga lain yg jadi.. nak kata carnation tak brapa nak sama. Sapa tau ni bunga apa? takpa.. nanti cuba lagi..hehehe

Aku kena p kursus seminggu.. letih lak rasa sebab baru habih sukan semlm.. Sukan tahunan ILJTM tapi seronok sebab group aku dpt tempat ketiga dlm bowling. Ingatkan dah kalah.. no 3 pun jadi la kan.. hihihii..

April 04, 2009

Pane Al Cioccolato

Balik dari sukan ILJTM, mmg rasa penat.. nak tdoq tapi tak mau lena.. camna nak buat tu? puas pejam2 mata.. arrrghhhhhhh bosan2.. ini penyakit lama sudah datang.. tak leh tdoq! Masuk bilik belakang, belek buku2 yang sekian lama menyorok.. belek2 isi kandungan.. rasa mcm best ja kalau try... so jom try buat roti ni.... Aku tertarik sebab ada choc chip ni saja.. dlm gambar dah tak nampak sebab time uli adunan ni semua choc chip jadi hancur lak.. muahahha..


PANE AL CIOCCOLATO

Sumber : The World Of Bread Book (Chef : Alex Goh)

Bahan2 A :
300gm tepung high protein
15gm serbuk koko
1/2 sk garam
25gm gula
2 sk yis mauripan
1 sk bread improver ( aku tambah )
1 sk bread softener (aku tambah sendiri gak)

Bahan B:
190ml air sejuk

Bahan C:
20gm mentega

Bahan D :
60gm chip coklat

Cara2:
1. Adun A sehingga sebati.
2. Campur B dan uli sehingga menjadi doh
3. Tambah C dan terus menguli sehingga doh menjadi lembut & kenyal
4. Tambah D. Gaul hingga sempurna
5. Bentukkan doh menjadi bebola. Tutup dgn plastik dan biarkan ia naik 2 kali ganda selama 50-60 minit ( aku tak buat bebola.. aku biar je dlm bekas adun tu dan tutup dgn towel lembap)
6. Tumbuk doh / uli untuk kluarkan angin. Dan biar selama 10 minit lagi.
7. Uli doh sekali lagi. Bentukkan menjadi lonjong dan masukkan ke dalam acuan lonjong yang telah bergris dgn kertas minyak. ( chef alex guna acuan bulat )
8. Biarkan ia naik selama 50 minit dan bakar pada suhu 190c selama 30 minit.
9. Bakar pada rak bawah dgn mengguna haba dari atas dan bawah ketuhar.

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here