My Followers

May 31, 2010

Green Tea Cake


Recap from my old fotopages.. 
 
GREEN TEA CAKE
( source : Agnes Chang )

Ingredients:
A
120 gm self-raising flour - sifted
2 tbsp green tea powder - sifted
70 gm castor sugar
5 eggs yolks
5 tbsp @ 60gm corn oil
3 tbsp fresh milk
1/4 tsp green tea emulco

B
5 eggs white
60 gm castor sugar
1/4 tsp cream of tartar

Decoration
300gm whipping cream
150gm sweet red bean

Method:
1. Put A into a big mixing bowl and mix till well combined.
2. Whisk B till stiff, add mixture A and mix till well combined.
3. Pour into a lined and greased 20cm/8" square baking tin. Bake in a pre-heated oven at 180c for 30-35 minutes till cooked and golden brown.
4. Removed, leave to cool and slice into 3 layers.
5. Whisk whipping cream till stiff. Spread every layer of cake with whipped cream.
6. Sprinkle half of sweet red bean on top of each layer and stack up neatly.
7. Cover the whole cake with whipped cream and trim the sides neatly. Put the trimmed sides of cakes in a sieve.
8. Rub and press out cake crumbs to cover the top as decoration.
9. Chill in the fridge for 6 hours before serving. 


 

 

Carrot cake & Frosting


CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
 
Bahan-bahan :
Bahagian Kek :
1 1/4 cup minyak jagung (kalo darurat, myk masak pn blh)
4 biji telur gred B (asingkan putih dan kuning)
120 gm gula castor ( i used 100gm)
120 gm gula perang (i used 110gm)
100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)
250 gm tepung high protein (tepung gandum pn ok)
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka) (i didn't put this)
1 1/2 cup carrot yg telah disagat
1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pn boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
1 tbs susu pekat (utk moist - kalau xnak xpe) 

Cream Cheese Frosting :
120gm gula icing
250gm cream cheese
120gm unsalted butter (kalo xde unsalted, belasah je la) 

Cara-cara:
Pukul kuning telur, masukkan minyak, sebatikan. Masukkan pula gula perang dan gula castor serta carrot. Masukkan walnut, dan juga kismis kuning. Sebatikan.
Kemudian, masukkah bhn2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). Kaup balik dengan senduk kayu.
 
Dlm bekas lain, pukul putih telur hingga menjadi soft peak. Masukkan ke dlm adunan kek td. Kaup balik dn sebatikan. Masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C. Guna lidi utk pastikan dalam kek masak. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar. 

Cream cheese frosting : 
Masukkan cream cheese, gula icing yg telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP). guna blender pn ok. Blend kan semua, dan sapukan di atas kek.  ( Tak pun guna mixer cam biasa je.. )

utk lebih sedap, chill kan semalaman.
note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila btul2 nk makan baru bring out. Untuk kek ni aku tak letak frosting sebab budak2 tak suka plak..

happy baking! ^__* 

 

Aiskrim Badam

 Recap lagi..Jom buat aiskrim sendiri... :D

Aiskrim Badam

Bahan A:
2 biji telur
50 gm gula castor
1/4 sk esen vanilla

Bahan B:
100gm diary whipping cream

Bahan C:
200 gm non dairy whipping cream
100gm badam - di mesin kasar & di toast sekejap
1 sb ganache ( choc + whipping cream )

Cara:
Putar Bahan A hingga sebati. Didihkan Bahan B dengan api yg perlahan hingga timbul bubble2 di atasnya. Angkat dan biarkan suam.. kemudian masukkan Bahan2 A yg telah sebati tadi. Masukkan ganache dan badam ke dalamnya. Putar non dairy whipping cream hingga kental. Masukkan non diary whipping cream ke dalam Bahan2 tadi... kaup balik hingga sebati. Tuang dlm container, sejuk bekukan semalaman.
 
 
 

Apam Pisang

 
Recap dari fotopages lagi..

APAM PISANG

Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya
1.Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2.Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
3.Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..



 

 

Makaroni Krim Putih



Hai.. ni recap dari fotopages aku.. dulu2 rajin ber-fp.. lani rajin ber- fb lak...hehehe.. saja amik resepi ni utk diletakkan dlm blog ni lak.. menu ni antara menu kegemaran puteri hatiku yang comel tu..

MAKARONI KRIM PUTIH

200gm makaroni - direndam sekejap dan direbut (+secamca minyak) hingga lembut & Toskan
2 sb butter
2 ketul isi ayam - dicincang
sedikit isi daging lembu - dicincang
1 biji bawang besar - didadu
1 sk serbuk lada hitam
2 helai bay leaf
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk mixed herbs
1 cawan whipping krim
1/2 cawan air
Garam - secukup rasa
1 1/2 sb paras rata tepung jagung
Mozarella cheese - secukupnya

Cara:
1. Panaskan butter dlm kuali
2. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan isi ayam, daging, daun bay dan serbuk lada hitam. Goreng hingga sedikit garing.
3. Masukkan air dan whipping krim.
4. Perasakan dgn garam. Masukkan tepung jagung. Kacau sebati.
5. Biar krim mendidih sekejap dan tutup api.
6. Tabur serbuk oregano dan serbuk mixed herbs di atas makaroni. Taburkan mozarella cheese.
7. Sendukkan kuah krim tadi ke atas makaroni. Sedia untuk dimakan.


 
 

May 25, 2010

Happy Birthday Boss!

Tempahan ni diterima daripada Has & Ying untuk bos di tempat kerja mereka iaitu di Intel, Kulim.  Harap2 mereka suka cuppies ni.. Terima kasih byk2 kerana order dari RUC. ( nak karang pjg2 pun takdak idea.. sakit pala + sakit badan + demam plak.. )


CMC & Light Cheesecakes

Salam.. arini nak tunjuk gamba2 ja.. badan tak brapa sihat.. otak pun takleh nak cari ayat2 untuk dikarang pjg2.. jadi tgk gambar ja la nooo.. Yg atas tu light cheese cake sebanyak 300 pcs = 25 biji yang ditempah oleh sebuah kilang baru2 ni.. Yang bawah ni lak choc moist cake yang ditempah oleh dealer2 aku... Apa pun terima kasih byk2 untuk semua.. harap dapat bekerjasama lagi yaa....

May 20, 2010

Kek Birthday & Hari Guru

Salam.. harap semua pengunjung2 blog ni sihat2 dan ceria selalu.. Tima kasih kerana masih lagi sudi untuk berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni.. harap kengkawan semua akan terus berkunjung ke blog ini.. tanpa anda siapalah saya kan...hehehehe

Kali ni saya upload beberapa gambar kek yang dah saya buat dan dah deliver kesemuanya smlm.. 3 biji kek ni ditempah oleh pensyarah di tempat saya bekerja.. iaitu En. At sempena hari lahir anaknya. Nak celebrate kat sekolah dgn cikgu dan rakan2.. Mulanya ketiga-tiga kek ni en. at minta aku tulis 'slmt hari jadi',  pastu ptg smlm en. at kata yg 1 lagi tu letak slmt hari guru lak.. oooooooooo betul la kan..hari guru baru je lepas aritu.. tapi tak salah kalau sambut skali lagi kan.. hehehe..

untuk kek2 kali ni aku hias simple2 ja.. ishhh tapi aku rasa bukan kali ni ja.. mungkin tempahan2 yang akan datang pun aku deco simple camni gak.. sebab tak byk masa yang aku habiskan untuk hias kek camni.. lagipun aku mmg agak sibuk dengan tempahan2 harian terutamanya tempahan untuk kek2 bajet.. harap para pelanggan aku faham la ye... tapi kalau nak aku hias lebih2 pun boleh.. bagitau ja... insya'allah aku akan buat mengikut kehendak pelanggan-pelanggan kesayanganku... hehehe..




Kek yang last ni ditempah oleh student kami.. untuk majlis perpisahan teman rapat depa.. students ni minta aku buatkan kek yang penuh dgn warna pink.. tapi aku plak rasa kalau semuanya warna pink pun nampak mcm tak kena.. jadi aku kombinasikan pink ni dgn putih..baru rasa mcm terserlah warna pink tu kan..


maaf la.. tulisan aku ni mmg buruk sikit.. tak tau ler camna nak repair gerakan tangan/jari ni bagi tulisan jadi cantik2 sikit.. huhuhuhuuu.....


May 19, 2010

Fruit Cocktail Cheesecake

Kek ni tak susah nak buat tapi agak mencabar bila nak sapu fresh cream di sekeliling kek. Sebab utamanya adalah cuaca semasa mendeko kek ni yg terlalu panas.. cepat betul cream ni cair.. kek ni pun asek keluar masuk peti ais ja utk pastikan cream dia tak cair.. aku plan nak buat border utk kek ni tapi mmg tak dpt la sebab aku sendiri tak confident dgn fresh cream ni time cuaca yg membahang ni.. satgi habih meleleh, naya ja kan...

Kek ni ditempah oleh Kak G untuk birthday suami terchenta... first time aku buat cheesecake pesen ni walaupun kak g request kek besday yang biasa2 ja.. oleh sebab family kak g ni agak istimewa utk aku, so aku buat special skit la.. Kata kak g melalui fb, "kek ni sedap sgt".. hmmmm kalau sedap..lega aku rasa.. hehehe.. thanks kak g.. jaga diri k... rehat secukupnya.. and ingat pesan ecah tau.. minum ayaq masak byk2.. nanti demam lagi lak.. hehehee



May 18, 2010

Sorry..

 Kek choc moist yang teramat simple yang ditempah oleh anak menakan sendiri..tak tau la anak menakan aku ni  nak bagi kat sapa.. seb baik ada kek lebih2 kat umah.. walaupun sebenarnya aku saja test resepi baru.. tak dan nak rasa pun.. tapi memandangkan dah malas nak buat skali lagi..so korbankan kek ni ja la bagi kat dia... huhuhuhuhuuu.......

May 16, 2010

Happy Birthday to all..


Comei dak baby ni? baby ni namanya Muslihah, ibu dgn abah dia tempah kek ni sempena hari lahirnya yang pertama.. kira dah cukup setahun ler usia baby ni...hehehe.. Ibu Muslihah request kek coklat dan hiasan lak nak buat strawberry, tapi abah Muslihah plak kata takyah stoberi2 semua tu.. buat simple2 ja.. memandangkan yang keluarkan duit utk kek ni abah Muslihah jadi aku pun boh gambar Muslihah saja la.. tak boh la buah stoberi tu.. heheheheh... abah muslihah datang amik kek ni di umah.. hmmmm dah selamat dah satu bab...  Apa pun tima kasih pada Zam & Norul yang sudi order dengan RUC nooo.. :D


Kek yang kedua pula ditempah oleh Pn. Azura untuk dibawa pulang ke SP. Katanya nak celebrate beramai2 kat kg.. Pn. Azura tempah kek choclate moist, dan minta deco paling simple ja.. dan kalau boleh tak mau aising byk2 sgt.. hmmmmmm lagi senang keja aku.. heheheh..
Alamak...terbancuh buttercream kuning ni byk plak... taruk ja la kan.. heheheh... selesai bab kedua.. Thanks ya Pn. Azura.. :D
 ok bab yang ketiga plak.. kek yang ditempah oleh Kak G untuk dibawa ke sekolah anakandanya.. Nak celebrate ramai2 dgn kengkawan di skolah.. hmmmm ..kek ni kek span coklat ja.. tapi aku letak topping coklat & buttercream sebagai hiasan sampingan.. kek ni aku buat paling akhir dan siap pada jam 6.15 pagi.. fuhhhhhhhhhhhh berpinau mata den...  apa pun, aku happy sebab dapat siapkan untuk customer2 aku ni... Thanks kak G... tunggu kek 18hb ni lak yer..


THANK YOU VERY MUCH TO : ZAM, NORUL, PN.AZURA AND KAK G..
 

May 10, 2010

Kek Tunang

Kek choclate moist ni ditempah oleh pn.eo di ofis aku untuk majlis tunang adiknya.. pn.eo minta kek yang simple je..dia request nak bunga bunga yg tahan panas sebab nak dibawa ke Kelantan... aku decide guna bunga ready made ni lagi senang..  pastu letak choclate chip putih keliling kek ni.. hmmm dah siap!


Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here