My Followers

November 30, 2010

Cuppies utk Yayang

Assalamualaikum..
Cuppies untuk yayang ni ditempah oleh rakan sepejabat.. nak tema love2 la.. sebab tgh berchenta kan..heheh.. harap kawan aku ni yg terpaksa dirahsiakan namanya ( sebab link citer ni akan terus masuk ke fb..nnti ramai plak yg tau..) happy dgn buah hati baru dia tu ye.. ahakss..

November 28, 2010

Kek untuk Perkahwinan James & Sharon

 Salam.. agak terlewat meng-update gambar kek kahwin ni.. Kek ni ditempah oleh Anne Florence yang aku kenali melalui FB.. Beberapa kali dia menghubungi aku berkenaan kek ni.. Mmg ceria orgnya.. dan keramahannya membuatkan aku selesa untuk berbincang dengannya..

Sebenarnya..beberapa minggu sebelum tarikh menyiapkan kek ni, aku mmg susah hati.. boleh dikatakan sgt susah hati sebab risau kek ni nanti jadi ntah apa2... setelah beberapa kali berbincang dgn anne, akhirnya aku siapkan kek yang simple dengan sentuhan warna2 yang bersesuaian.. Anne inginkan tema gold & red.. so aku serikan sedikit dengan aising putih dan silver bead di atas kek ni..

Majlis perkahwinan ni diadakan di Dewan Kilang Lama, Kulim.. aku pun tak sangka dpt menyiapkan kek ni dengan mudah... jadi aku hantar kek ni sedikit awal dari waktu yang dijanjikan.. Sayangnya aku tak dapat nak berjumpa dengan anne sebab di atas beberapa kesulitan antara aku dan dia.. Hmm..maybe next time kita boleh jumpa kan anne.. Dan aku sgt2 berterima kasih pada anne yang mempercayai aku untuk menyiapkan kek ni.. Harap dapat buat kek utk awak lagi anne.. :-)..


 Anne inginkan kek dan cupcakes chocolate moist.. kek di bahagian bawah ni seberat 5kg.  Manakala cupcakes pula sebanyak 34 biji..
 Thank you so much Anne.. :D

November 23, 2010

Untuk Perkahwinan

Salam.. kali ni aku dpt tempahan dari rakan fb..iaitu pasangan haslina & izwan.. mereka minta aku buatkan sebiji kek coklat moist, 1 set fondant cupcakes untuk hantaran dan 12 pcs cupcakes bersaiz L untuk diletakkan di atas meja pengantin... malangnya, gambar cupcakes yg 12 pcs tu aku lupa nak snap..hmmm..kalau haslina sempat amik gambar cuppies tu nanti aku copy dari fb dia.. dan tepek di sini kemudian..hehehe..Pasangan pengantin ni minta aku buatkan kek dan cupcake ni dengan warna tema mereka iaitu pink, putih dan merah.. jadi aku harap mereka suka la dgn kek2 ni.. untuk ina & wan, kak ucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat ya.. ^_^

 

 

November 22, 2010

Kek


 2 biji kek ni ditempah oleh Su Nad.. last minit order untuk anaknya yg grad kindergarten.. sebiji kek utk cikgu dan sebiji lagi untuk anaknya yg comel iaitu airyn.. su minta kek yang simple2 jer.. harap2 su suka la ye..

 Kek marble ni pula ditempah oleh Mira.. dia minta 2 biji gak..katanya senang nak bagi kat mak sendiri 1, dan mak mertua 1.. ada gak kek marble yang beratnya 1kg yang aku buat skali dgn kek marble kecik ni..yang tu ditempah oleh pelanggan tetap aku iaitu kak zee untuk raya aji baru ni.. pagi2 raya aku dah deliver kat umah diorang.. hehehe
 Yang ni lak ditempah oleh kawan lama.. fiza a.k.a nugget..

 Kek choc moist simple ni ditempah oleh Cikgu Nurul..yang ni mamanya pula nak mkn..hehehe..

untuk semua pelanggan yang menempah dengan RUC kali ni...sekali lagi aku ucapkan terima kasih byk2..

kek hari jadi

salam..sori tak dpt nak citer pjg2... bz betul lepas abih raya qurban ni... tgk gambar ja la ya.. apa pun thanks to Cikgu Nurul yang menempah kek birthday di atas.. kek yg tu abah cikgu punya.... heheh

Yang ni lak ditempah oleh Kak Ann dari Ipoh.. hmm takda rezeki nak jumpa kak ann..tapi kek ni dah selamat sampai ke ipoh dah... kak ann suka kek ni.. thanks kak ann...

Ditempah oleh Ida dari KL untuk kawan dia di Kelang Lama... Deliver kek ni sebelah malam, sebab siang tu ujan lebat sgt2.. tak brani aku nak kluar..heheh..


Pa pun, terima kasih pada semua ya.. :D

November 15, 2010

Kek & Tartlet

 Choc moist cake ditempah oleh Lynda, Padang Serai..

 Fruit Cocktail Cheese cake. Ditempah oleh Fazren, Putrajaya untuk ibu tersayang di Kelang Lama.

 Fruit Cocktail Tartlet.  Ditempah oleh Nurin & kak G, Lunas

 Choc Moist Cake, Farahin Sg. Ular, Kulim.

 Chocolate cupcake ditempah oleh Fazren KL untuk ibu mertua di Kulim.

 Chocolate cupcake ditempah oleh Fahmi dari Juru untuk isteri tercinta. 

kepada semua yang menempah kek/cupcake dari RUC, terima kasih byk2... 



Kek biasa2 saja..

 Tempahan dari Ariana, minta buatkan soft cotton cheesecake bajet 2 biji.. aku buat 4 biji.. yg lagi 2 biji tu untuk officemate..
 Seperti biasa, kek birthday untuk anak2 di Tadika Perpaduan.. Cikgu Liza order mcm selalu gak.. nak kek span 2kg. So ini kek yang last untuk tahun ni.. emm..stakat ni dah masuk 2 thn cikgu liza tempah setiap kali jamuan hari jadi anak2 di situ.. harap-harap tahun depan cikgu sudi order lagi na.. Tima kasih cikgu..


November 11, 2010

Upin Ipin

Tempahan chocolate marble cheese cake ni dari Fazlina, Pdg Serai. Beliau datang ambil kek ni di pekan Lunas.. Fazlina order kek edible image muka dua bradik tu.. Zarith dan Mirul...tapi sebab order pun dah last minit mmg tak sempat la aku nak tempah edible image tu... jadi fazlina kata kalau ada gambar upin ipin pun jadi la.. balik dari ofis p cari gambar upin ni.. takda yg besar plak.. ada yg kecik2 cam dlm gamba tu jer.. terpaksa jugalah ambil... Fazlina nak yg simple dan request warna hijau.. aku harap ni nampak simple la..nak letak upin tu 2 ja rasa pelik plak pastu sayang la sebab ada sekeping lagi yang berbaki.. so aku boh 3 terus..dpt la gamba upin dlm mcm2 reaksi.. Hmm harap2 zarith dan mirul suka dgn kek ni.. Terima kasih naa fazlina... :D



Bola & Barney


Customer baru dari jauh tempah cupcake ni utk birthday anaknya yang pertama. Customer ni namanya Kak Ann, beliau dari Ipoh.. tekejut gak sebab jauh gak la ipoh tu.. tak sempat aku tanya apa2 kak ann dah citer dulu yang dia dpt no fon aku dari farah, ex-housemate aku masa di uitm dulu.. katanya masa birthday anak farah aritu dia ada rasa kek yg aku buat.. tu yg terus order utk birthday anak dia pulak.. Kak ann kata anaknya suka barney dan bola... hmmmm..bola tu takpa, barney tu kena lukis la.. nak cari edible dah tak sempat..so lukis je la.. Dah settle semua, deliver cuppies ni kat pacific, pass kat farah sebab farah every weekend balik ipoh...  Dlm hati aku risau gak sebab anak2 buah aku komen mcm2 bila tgk cuppies ni.. ada kata muka barney tak jadi la.. ada kata simple sgt la... mcm2 bebudak tu complaint... tapi bila sampai kat kak ann, dia kata cuppies ni cantik dan dia suka..terus lega rasanya... heheheh.. Terima kasih byk2 ya kak ann.. hope dapat order dari kak ann lagi ya.. :D

 
 

November 03, 2010

Birthday Cupcakes

 Ditempah oleh Wirdha yang berada di Perlis... hmmm Perlis tgh banjir teruk skarang ni kan.. kesian lak rasa... kawan baik aku kak nina tu camna la agaknya ya.. umah dia tepi bendang lak tu..harap2 umah dia tak masuk air la.. Apapun terima kasih pada Wirdha yang sudi order cupcake ni.. ni hadiah istimewa untuk ibu mertuanya di Batu Putih. Baiknyaaa dpt menantu camni kan..siap ingat besday mak mertua lagi.. aku jer yg selalu terlupa.. heheheh..
 
  Cupcakes ni pula ditempah oleh Liza dari Lunas. Sempena hari lahir anaknya iaitu Damia.. Hari tu masa delivery cupcakes ni tak sempat pun nak jumpa dia sebab dia keluar. Jadi aku bagi cupcakes ni pada adik dia ja.. Mula tu nak letak set ni dlm kotak cuppies yang putih cam biasa tu.. tapi bila dah letak rupanya tak leh tutup lak sebab lilin tu tinggi sket.. so terpaksa la ubah lak masuk dlm kotak kek biasa..bila letak dlm kotak biasa tu dia lari2 la sket kedudukan cupcake ni.. kalau kita pegang kotak tu senget..habih cupcake pun ikut senget la la kedudukannya.. tapi masa sampai kat umah liza, aku sempat adjust balik cupcake tu bagi nampak tersusun.. harap2 adik liza pun pegang kotak tu tak senget sebelah la.. huhuhuhuu.. apa pun terima kasih pada liza atas tempahan ni... :D


 

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here