My Followers

April 04, 2009

Pane Al Cioccolato

Balik dari sukan ILJTM, mmg rasa penat.. nak tdoq tapi tak mau lena.. camna nak buat tu? puas pejam2 mata.. arrrghhhhhhh bosan2.. ini penyakit lama sudah datang.. tak leh tdoq! Masuk bilik belakang, belek buku2 yang sekian lama menyorok.. belek2 isi kandungan.. rasa mcm best ja kalau try... so jom try buat roti ni.... Aku tertarik sebab ada choc chip ni saja.. dlm gambar dah tak nampak sebab time uli adunan ni semua choc chip jadi hancur lak.. muahahha..


PANE AL CIOCCOLATO

Sumber : The World Of Bread Book (Chef : Alex Goh)

Bahan2 A :
300gm tepung high protein
15gm serbuk koko
1/2 sk garam
25gm gula
2 sk yis mauripan
1 sk bread improver ( aku tambah )
1 sk bread softener (aku tambah sendiri gak)

Bahan B:
190ml air sejuk

Bahan C:
20gm mentega

Bahan D :
60gm chip coklat

Cara2:
1. Adun A sehingga sebati.
2. Campur B dan uli sehingga menjadi doh
3. Tambah C dan terus menguli sehingga doh menjadi lembut & kenyal
4. Tambah D. Gaul hingga sempurna
5. Bentukkan doh menjadi bebola. Tutup dgn plastik dan biarkan ia naik 2 kali ganda selama 50-60 minit ( aku tak buat bebola.. aku biar je dlm bekas adun tu dan tutup dgn towel lembap)
6. Tumbuk doh / uli untuk kluarkan angin. Dan biar selama 10 minit lagi.
7. Uli doh sekali lagi. Bentukkan menjadi lonjong dan masukkan ke dalam acuan lonjong yang telah bergris dgn kertas minyak. ( chef alex guna acuan bulat )
8. Biarkan ia naik selama 50 minit dan bakar pada suhu 190c selama 30 minit.
9. Bakar pada rak bawah dgn mengguna haba dari atas dan bawah ketuhar.

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here