My Followers

July 01, 2009

Fruit Tartlet

Lamanya rasa tak update blog ni. Tenet kat sini makin teruk lak lately ni.. terasa terputus hubungan sekejap dengan dunia luar terutama dgn kawan2 rapat aku yg selalu dok buzz-buzz di ruang ym tu...huhuhuu...

Kali ni update tentang tart buah plak. Mcm biasa, aku mmg selalu dpt order mengejut.. tapi nak tolak pun tak sampai hati sebab majoriti yg suka order mengejut ni adalah di kalangan regular customer yg dah jadi kawan-kawan baik aku.. bila aku mula tolak order dari depa, mesti akan ada proses pujuk memujuk.. memujuk rayu dan sebagainya... hmmmmmm sib baik la aku ni lembut hati.. Buat la jugak demi customer2 kesayangan ku ini... hehehe..

Sama gak dgn kes tart buah ni.. tart ni utk hari bapa yg lepas. Ada sorang customer aku yg cantik dan berkulit putih melepak dgn rambut yg lurus mengurai ke pinggang ni call aku. Masa tu dah nak maghrib. Dia kata terlupa nak order awai. Nak tart buah tu tak la susah sgt nak buat tapi mana sempat nak p cari buah sebab dia nak tart ni keesokkan harinya jam 9 pagi untuk surprise-kan hubby dia.. Lagipun mmg hari tu aku takdak transport.. lagi la susah.. Bila dah explain semua, dia kata tang buah tu dia leh p tolong beli. Hmmm..ni yang mudahnya bila customer dah jadi kawan baik. Ni kali ke 2 dia order. Sebelum ni dia kerap order marble butter cake. Sometimes penuh aising.. sometimes nak plain je..

Customer ni order 2 set tart buah dan 1 set plain tart shell. Cuma letak choclate cream je kat plain tart tu.. anak dia yg comel tu suka makan tart kosong aje.. hehehe...

Esok tu lepas dah dpt buah, aku cepat2 potong dan susun buah tu. Mmg express tul.. tak sempat nak pk dah nak susun buah tu camna.. sebab customer dah tunggu di depan.. aisehh.. tapi cepat2 pun sempat la gak snap gambar tart ni.. heheheh.. selesaiiii..

1 comment:

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here