My Followers

October 12, 2009

Choc Moist


Kawan yang dah lama terpisah lepas kami darjah 6 order kek choc moist utk besday hubby dia.. Dah lama aku cari kawan aku ni.. Masriza namanya.. seb baik bertemu juga dlm facebook.. Masa raya aritu Mas call bagitau nak order kek ni. Selepas berbelas tahun tak jumpa, akhirnya kami bertemu juga... Mas kata aku dah 'belain sungguh'.. Mana tak 'belain'nya.. aku kan sudah membesar bagai johan...dulu tak berkaca mata, lani dah jadi mak budak kaca mata dah.. lain la Mas tu.. tetap kecil molek dan muka pun makin lawa je.. hehehehe.. Next entry aku upload gambar cuppies yang mas order dari aku gak..


Terima kasih byk ye Mas sebab order dengan aku.. umur panjang kita jumpa lagi..

Lupa nak upload gambar kukis ni.. ni la 16 jenis biskut raya yg aku dgn kak ipar buat utk raya aritu.. Biskut2 ni siap pada minggu pertama puasa. Biskut ni adalah suku dari tempahan yg kami terima dan siap untuk dipos kepada pelanggan2 di luar kawasan Kedah dan di luar Malaysia.. Yang dalam kotak malas la aku nak amik gambar.. satgi kak ipaq aku marah.. hehehehe... Kak ipaq cakap jgn masukkan dlm blog gambar2 kukis ni, kak ipar kata tak yah masukkan dalam blog utk thn ni sebab tak menang tgn dah nak buat.. Pertengahan Julai kami dah tutup order.. Pada kawan2 yang last minute order tu mmg pihak kami minta maaf tak dpt nak buat dah sebab tukang buat kukis ni pun tak ramai.. Jadi mmg kalut jugak sebab kuantiti yang ditempah pada tahun ni di luar jangkaan. Apapun kami syukur sgt2 sebab dah 4 thn berturut ada customers yang bukan Islam ( dari luar M'sia) juga order biskut2 ni. Maknanya mereka percaya dengan produk2 keluaran kami ni.. Alhamdulillah..

Untuk minggu kedua sampai la raya, mmg tak sempat dah nak amik gambar biskut2 atau kek2 yang customers order untuk hari raya sebab mmg aku bz sgt2.. nasib baiklah kebanyakkan kek yang customers order kali ni lebih kepada choc moist tanpa aising, kek buah dan kek2 kosong mcm kek span, kek butter dan kek chiffon saja.. Mlm raya tu aku deliver kek2 tu merata-rata jugak la.. Pehhh.. penat tak hengat..jadi tak la aku rasa menyesal tak amik gambar hasil2 kek dari tangan aku tu.. hehehe..

Lepas raya (skarang ni ) sambung buat kukis untuk tempahan sempena deepavali pulak.. So sementara line tenet tengah bagus ni, aku akan update beberapa entry skaligus yang tak dpt aku update sebab takdak tenet sebelum ni.. Stay with me yaaaaa...............

1 comment:

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here