My Followers

October 06, 2009

Menu Hari Raya

Salam.. akhirnya dapat gak aku update blog ni. Lama betul tak update sampai naik bersawang dah... seb baik aku  tak sesat.. Susah betul nak dapat line tenet skarang ni..tensen..tensen..


Ok,sementara syawal yang mulia ni belum berakhir, aku mengucapkan (walaupun terlambat) Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ni tak kira la kawan ke, lawan ke..(ada ke? :p), sesapa jua yg tak jemu menjengah blog yg bersawang ni. Aku mohon maaf atas semua salah dan silap sama ada sengaja atau pun tak ye..


Menu Nasi Beriani Ayam ni aku masak untuk keluarga mertua yang bertandang ke rumah aku pada raya ke 5. Sebenarnya selain dari nasi beriani ni aku buat juga nasi daging skali lagi sebab raya pertama aritu masa keluarga mentua termasuk ipar duai biras tak dpt nak rasa sebab sekejap sgt dah clear nasi tu.. jadi aku masak skali lagi utk depa semua. Untuk menu2 lauk, kuih2 dan kek2 mmg tak dpt nak snap sebab aku agak kalut pada setiap hari raya sebab aku sorang2 je yg uruskan semua benda. Baru padan muka aku!! heheh...







Ni resepi Nasi Beriani Ayam yang aku buat.. sebenarnya aku mmg tak penah buat nasi pesen2 camni.. tapi memandangkan dah raya kat umah sendiri, kena belajar buat jugak la..


NASI BERIANI AYAM


Bahan A:
1 kg beras basmati - dibersihkan & tos airnya
1 liter air dari stok ayam
1 tin susu cair
1 kotak kismis (RM1 je sekotak)
2 helai daun pandan - dicarik dan simpulkan


Bahan B
1 ekor ayam - dipotong 4 kalau nak puas makan.. tapi aku potong kecik2 sebab ramai budak2
Air - untuk buat stok ayam
 halia sebesar ibu jari 2 ketul - ketuk kasi pecah2 sket.
Garam - sedikit saja. (jgn secukup rasa sebab rencah utk nasi tu nanti letak garam jugak)


Cara :
Masukkan air + ayam + halia + sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga ayam lembut.


Bahan C - utk dikisar
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
sedikit lengkuas
2 biji buah pelaga


Bahan D - untuk menumis
4 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
1 peket rencah segera nasi beriani maggi
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
1 sk serbuk ketumbar
garam secukup rasa


Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis Bahan2 D yang lain.
2. Setelah berbau wangi, masukkan Bahan2 C. Kacau sesekali hingga naik minyak
3. Dalam periuk rice cooker, masukkan beras, ayam, daun pandan, kismis, susu cair dan air. Masukkan juga  rempah tumis tadi.Gaul jap agak2 ayam dgn kismis tu terbenam sket dlm nasi.
4. Tutup api. Tuang rempah ke dalam rice cooker, masak seperti nasi biasa.
5. Bila air dalam nasi dah kering, gemburkan perlahan2.

*aku tak masukkan daun pudina, gajus dan bawang goreng dlm nasi ni sebab tak sempat nak beli.

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here