My Followers

October 08, 2009

Nasi Daging Aidilfitri

Hidangan utama yang aku sediakan di pagi Syawal. Kali ni mak aku goyang kaki sebab aku bgtau lepas solat sunat aidilifitri, mai terus makan kat umah aku. Mmg tradisi keluarga aku, pagi raya mesti makan nasi. Walaupun aku sediakan lemang, serunding dan masak rendang tok (lupa amik gambar) tapi nasi jugak yang akan diserbu oleh depa semua. Tiap2 tahun mak aku yang masak. Kami anak2 tau makan saja. Bila tinggal di rumah sendiri, aku rasa biaq aku plak yang masak utk family besaq aku tu.. so lepas solat sunat tu, semua abg2 aku dengan family depa dan mak aku mai makan di rumah aku walaupun umah aku dgn umah mak dan umah abg aku tu tak la dekat sgt.. tapi kira seronok jugak depa semua meraikan hari raya kali ni di rumah aku.. Dalam kul 1 lebih semua pakat balik kampung mertua masing2. Seb baik mertua aku dekat.. hehehehe..


NASI DAGING AIDILFITRI

Bahan2 A:
1 kg daging batang pinang - dipotong sederhana besar (lepas dah rebus aku hiris kecil2, senang nak mkn)
Beberapa hirisan halia
Air

Cara:
Masukkan air, daging dan halia ke dalam periuk. Rebus hingga daging empuk.

Bahan B:
6 cawan beras basmati
7 cawan air stok daging
1 cawan susu cair
1 tin tomato sup

Bahan C - untuk dikisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
sedikit lengkuas

Bahan D - untuk menumis :
4 sb minyak sapi
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk ketumbar

Cara2:
1. Panaskan minyak sapi. Masukkan BAHAN2 D. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan BAHAN2 C. Kacau sesekali hingga naik minyak.
3. Masukkan tomato sup dan susu cair. Kacau sebati. Tutup api.
4. Di dalam periuk nasi, masukkan beras, daging, daun pandan dan bahan2 yang ditumis tadi.
5. Gaul sekejap agar bahan2 tumis rata di dalam periuk nasi.
6. Masaklah nasi seperti biasa. Bila air nasi kering, gembur perlahan-lahan.


AIR ASAM KERISEK

Bahan2:
7 biji cili merah
9 biji cili padi
Belacan
1 sb kerisek
5 biji tomato ( 2 dikisar, 3 dihiris bulat)
2 labu bawang besar -dihiris bulat
Air asam jawa
Garam & Gula secukup rasa

Cara:
1.  Masukkan cili merah, cili padi, belacan, 2 biji tomato dan air asam jawa ke dalam mesin pengisar.
2. Tuang bahan2 yang telah dikisar ke dalam mangkuk, masukkan kerisek, bawang, tomato. Gaul.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

*Petua:
Ikut kata org2 veteren, kalau nak sambal belacan atau air asam yg pedas, jumlah cili hendaklah ganjil bilangannya. Stakat yang aku cuba sebelum2 ni pun mmg ada kebenarannya. Tak tahu le sama ada mmg betul atau kebetulan.. tapi tak salah utk kita mencuba kan..


Ni resepi jelatah dari kak ipar aku yang anak aku dan budak2 lain panggil dia dgn gelaran mama cantik. Sgt simple dan cepat.

JELATAH MAMA CANTIK

Bahan2:
1 batang carrot - sagat halus
1 batang timun - dihiris
1 biji tomato - dihiris bulat
1 labu bawang besar - dihiris bulat
Sos cili secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara2:
Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk. Gaul rata. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here