My Followers

February 02, 2010

Kek Buah Kukus

Kek buah ni aku buat sebab ada neighbour baru order.. dia nak kek kecik je.. Pastu aku buat lebih sebab nak bagi mak skit.. tapi aku buat dlm bekas kecik je.. bila dah siap, kek tu tak la tinggi pun..saiz pun mini2 aje..dan mix fruits tu pun aku tak boh byk2 dlm adunan untuk mak aku ni.. heheh... ok ni ada resepi untuk kek buah tu... pada sesapa yg berminat, boleh copy resepi ye..


KEK BUAH KUKUS

Bahan2:
250gm marjerin
240gm gula perang
5 biji telur
250gm tepung gandum - ayak
1 1/2 sk soda bikabonat - ayak
200gm buah-buahan campuran - dicelur sebentar, tos dan tabur sedikit tepung ke atas buah supaya buah tak tenggelam bila dikukus nanti.
1 sk esen vanilla

Cara2:
** Panaskan pengukus. Glis loyang & lapik kertas minyak.

1.  Pukul marjerin & gula perang hingga ringan dan gebu.
2.  Masuk telur. Putar lebih kurang seminit setiap satu.
3.  Masukkan tepung & soda bikabonat yang telah diayak. Gaul sebentar.
4. Masukkan esen vanila dan buah-buahan campuran. Gaul rata.
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam dengan api sederhana besar.



No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here