My Followers

August 18, 2010

Cuppies untuk Berbuka Puasa


Salam... maaf pada para pengunjung blog ni terutama pada Amira sebab lambat sikit upload gambar2 kat blog ni... Mesti amira tertunggu2 kan.. sori sgt2 yer.. kak cuti la dik..tak brapa sihat.. ok, untuk para pengunjung yang lain mesti tertanya2 sape amira ni kan.. ok, amira ni adalah customer yang sgt sweet, peramah dan happy sokmo jer suara dia.... dia lah yg order set cuppies ni istimewa untuk tunang terchenta iaitu Mohd.

Menurut kata amira, cuppies ni utk Mohd bawa pulang ke Penang, nak bagi pada umi dan keluarga buat buka puasa.. amboiiii untungnya dpt bakal menantu camni kan... rajin sungguh antar buah tangan untuk family bakal mentua.. mesti bakal mentua sayang habis kat mira kan...? hehehe.. dan menurut kata amira lagi, ada budak2 kecik dalam family tu so aku design set ni dgn tema kanak2 la.. Ptg Khamis lepas aku jumpa Mohd kat dpn Hospital Kulim untuk deliver cuppies ni..Mohd ni mmg jenis malu2 ker Amira? selalu senyum2 simpul jer cik abg mira ni tau.. mcm malu2 jer dengan akak ni..hehehe..

Sebelum set cuppies ni Amira ada order kuih raya dari aku.. Dia order tart nenas & almond london..tapi tunang tersayang dia la kena test dulu produk dari RUC ni.. so aku hantar kuih raya tu pada Mohd dulu untuk dicuba.. Mohd tunggu di depan Unikl.. Mohd ni study kat Unikl tu.. amik kos mekanikal.. sempat juga la berbual ringkas dengan dia.. lembut jer tutur kata dia.. hmmm amira pun aku dgr suara dia lemah lembut.. mmg cocok la budak berdua ni.. hehehe.... Keesokkan harinya Amira antar sms pada aku.. katanya Mohd cakap best gila2 tat nenas tu.. terus amira nak tambah order untuk kedua2 jenis kuih raya tu.. heheh.... syukur2..

Selang beberapa hari kemudian lak, amira minta aku poskan tat nenas tu kepada dia yang berada di Pahang... Amira sms aku, risau tat tu hancur nanti.. tapi aku ckp kat dia insya'allah tart tu tak hancur, kalau hancur pun mungkin sedikit jer kat bahagian bawah..nak jamin 100% tak hancur tu tak la.. sebab bukan hantar by hand kan.. aku hantar by pos.. tapi stakat 3 thn yang pihak RUC antar kuih merata2 tu mmg tak hancur la.. ada beberapa customer dari oversea yang terima kuih tu pun cakap tak hancur.. hmmm alhamdulillah la kan...  So lepas dah bincang2, pihak RUC pun pos tart tu kepada Amira.. Sehari lepas pos tu Amira sms lagi.. katanya dia dah dpt tart dan sample crystal ball tu..dan sedap sgt2, x hancur pun kuih tu.. dan dia nak tambah order lagi..hmmm syukran-syukran...

Apa pun terima kasih byk2 pada amira dan mohd yer sebab pecayakan RUC untuk buat cuppies dan kuih raya tu.. mira, walaupun kita tak penah jumpa akak doakan korang berdua bahagia selalu dan cepat2 naik pelamin yer.. :D



No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here