My Followers

December 23, 2008

Kek Coklat Mocha Kukus














Dah lama tak share resepi kan.. Ni angin rajin dah mai. Malam semalam buat kek ni untuk makan ramai2 dgn budak2 di rumah mak. Budak2 kata sedap. Aku lak rasa?? hmm...sedap la kot!! hehehe...

KEK COKLAT MOCHA KUKUS

Bahan2:

125gm butter
100gm gula
2 biji telur gred B
140gm tepung naik sendiri - ayak 3x
1/2 sk baking soda - ayak skali dgn tepung

Bahan utk Jadikan Pes (kacau hingga serbuk koko sebati)
130ml air suam
30gm serbuk koko
1sb mocha paste
1sk esen vanilla

Cara2:
*** Glis loyang mcm biasa..letak grease proof paper kat dasar loyang..panaskan periuk kukusan.**

1. Putar butter dengan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan putar satu per satu hingga sebati.
3. Dgn menggunakan senduk kayu, masukkan sedikit Pes Coklat berselang seli dgn tepung.
4. Tuangkan adunan dalam loyang 8 inci.
5. Tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus dengan api perlahan selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Sejukkan kek. disapu dgn ganache.
7. Curah ganache ke atas kek dan biar ia meleleh sendiri. (ini cara org malas ok! :p )

GANACHE
70ml whipping cream
50gm cooking choclate - dipotong kecil2

1. Panaskan (api perlahan) whipping cream dlm bekas tahan panas hingga kelihatan bubble2 kecil sekelilingnya..
2. Masukkan cooking choclate kacau sampai semua coklat cair dah cair semua..tutup api
3. Biarkan coklat semlm pada suhu bilik.

Kek ni mmg kecik jer.. buat separuh adunan saja. kalau nak buat satu adunan darab dua la noo..

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here