My Followers

December 31, 2008

Tips Warna-warni untuk Buttercream

Terima kasih untuk kak zati d hati untuk info berguna ini. Saja aku tempekkan di blog ni utk rujukan aku suatu masa nanti dan jugak untuk pengunjung2 blog ni yang tgh mencari-cari padanan warna yang sesuai untuk menghasilkan warna2 yg lebih cantik dan menarik.

HITAM:
Kombinasi royal blue + merah + oren + kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Pewarna hitam sendiri tidak dapat menghasilkan warna hitam sebenar. Tip diberi dalam zatidhati fotopages adalah dengan mencampurkan warna cokelat ataupun cokelat emulco dengan warna hitam.


GOLD:
10 bahagian lemon yellow + 3 bahagian oren +
1 bahagian merah


COKLAT:
Merah + hijau dapat menghasilkan warna cokelat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid dalam ising (jus lemon & cream of tar tar sebagai contoh), jadi elakkan penggunaan asid. Campurkan 1/4 sudu teh air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam buttercream untuk menghapuskan ton hijau. Nak senang, gantikan aje penggunaannya dengan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko.


MERAH:
Campurkan pewarna merah dalam buttercrean dan disimpan 24 jam sebelum digunakan. Disarankan semakin lama disimpan semakin terang warnanya.


UNGU:
Pastikan susu dicampurkan dalam pewarna untuk mengelakkan buttercream menjadi warna biru pudar.


PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih +
1 bahagian mana-mana warna pilihan


APRIKOT:
2 bahagian oren campur + 1 bahagian golden yellow


AQUA:
5 bahagian sky blue + 1 bahagian hijau daun/leaf green


AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow + 1 bahagian leaf green +
sedikit warna hitam


BURGUNDY:
5 bahagian rose pink + 1 bahagian violet


CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow + 1 bahagian hijau daun


RUST:
8 bahagian oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian brown


COPPER:
1 bahagian golden yellow + 1 bahagian brown +
1 bahagian christmas red


CORAL:
3 bahagian rose pink + 2 bahagian lemon yellow


LAVENDER:
5 pink + 1 bahagian violet


SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam + 1 bahagian biru


TURQOISE:
6 bahagian biru + 1 bahagian lemon yellow


TEAL:
9 bahagian sky blue + 1 bahagian lemon yellow


MAUVE:
5 bahagian rose pink + 2 bahagian oren + 2 bahagian merah +
1 bahagian hitam


PLUM:
1 bahagian violet + sentuhan christmas red

MAROON:
4 bahagian merah + 1 bahagian burgundy


MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow + 2 bahagian violet


NAVY BLUE:
1 bahagian sky blue + 1 bahagian violet

GRAPE:
1 bahagian sky blur + 6 bahagian rose

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here