My Followers

August 11, 2009

Lepat Liat

Hai.. lamanya tak buat kuih kan.. ni aku nak share resepi kuih tradisional.. Rasanya famous di sebelah utara.. Nama kuih ni lepat liat.. kalau boh inti nyoq di tgh2 kuih ni otomatik nama dia sudah tukar kepada lepat inti. Betoi ka?? aku pun tak sure tapi majoriti org sebelah utara kata lagu tu la... tapi aku lak dua2 lepat tu aku bedal jer sebab aku suka makan lepat ni.. Hanya lepat liat ni ja bleh masuk ke tekak aku. Lepat lain dari lepat ni aku tak suka makan lak.. bukan takat tak suka, nak cuba pun aku tak mau.. hmm pelik kan.. hehehehe..

Resepi lepat ni aku tak refer mana2 ruangan search di internet sebab aku ada 'Tok" yang mmg handal buat kuih2 tradisional ni.. So kalau nak buat kuih2 org lama2 ni mmg aku refer kat tok aku ja... org dulu2 mana ada pakai timbang2 brapa gram ke kilogram ke.. depa sukat pakai cawan atau pakai campak2 pastu rasa adunan tu kat tgn sendiri.. kalau nak tau manis ke tawar ke.. kena pakai lidah ler.. hehehe.. kalau rasa ok, maka ok ler.. lepas tu depa dah boleh agak dah bila nak buat sesuatu resepi tu.. Hmmm kata tok aku la...

ok, jom cuba resepi ni..
LEPAT LIAT
Bahan2:
1 peket kecil tepung pulut ( 500gm)
2 cawan gula merah
8 sudu makan gula pasir
1 1/2 cawan air
secubit garam
1 helai daun pandan - dicarik2
1 cawan santan pekat
Kelapa parut - ambil putihnya saja
Daun pisang secukupnya
Minyak masak
Cara2:
1. Masukkan air, garam, gula merah, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masak sehingga gula larut sepenuhnya. Tapis.
3. Di dalam mangkuk lain: masukkan tepung pulut dan masukkan santan.
4. Masukkan air gula tadi sedikit2 sambil gaul adunan. (Saya suka adunan sedikit lembik)
(Jika suka lepat anda keras sedikit, tak perlu masukkan air gula sehingga habis)
5. Ambil daun pisang, sapu sedikit minyak masak ke atasnya.
6. Lumur tapak tgn anda dgn sedikit minyak masak, ambil adunan tepung, gentel dan letak di atas daun pisang tadi. Jika suka inti, letak sedikit kelapa parut di tengah2nya. Tutup isi kelapa tadi dgn sedikit adunan tepung.
7. Lipat kemas dan lipat di kedua2 belah hujung daun pisang.
8. Kukus selama 15-25 minit.

1 comment:

  1. Nampak cam lepat pisang jer... cantik la gambar2 kat sini :)

    ReplyDelete

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here