My Followers

July 04, 2010

Death By Chocolate Cake

 Tu dia..dgr nama pun dah gerun kan.. actually resepi ni diambil atau secara betulnya aku copy paste saja dari blog celebriti yg terkenal di alam maya ni.. beliau tak lain tak bukan Chef En. Ah Mat Gebu.. heheheh.. aku mmg suka cuba resepi2 dari blog dia sebab sgt2 tak mengecewakan.. Kek ni aku buat guna loyang bentuk bunga yg besar.. saiz lebih kurang 12 ke  kot.. so kek ni nampak rendah ja la.. kalau guna loyang kecik sket mesti nampak cantik sebab kek akan jadi tinggi kan.. tapi memandangkan kat umah ramai askar2 dok tunggu.. so aku kena guna loyang besar la.. baru depa dpt makan byk sikit.. ok.. di bawah ni resepinya.. sapa2 nak cuba silakan..dgn syarat kena minta izin tanya en. mat gebu dulu ok.. Thanks utk cik mat sebab publish resepi ni kat blog dia.. dan aku dah try buat resepi kek ni.. Hmm sungguh tak sia2..mmg sedap giler... hehehe.. toche-toche... :D


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, grea A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN GANACHE :-)
300 g coklat masakan*
1 camca teh mentega*
3 - 4 camca besar susu cair*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
  2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam "bundt pan" berukuran 10 inci yang telah dilenser.
  3. Bakar pada suhu 160C selama 50 - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry. Boleh dihidangkan.
  4. Nak pesan, jika bakar guna tin aluminiun biasa, alas dasar tin dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega dan bakar suhu pada 175C. Kalau guna tin yang warna hitam, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resipi, 160C...Selamat mencuba!.



No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here