My Followers

July 05, 2010

Marble Chocolate Cake

 Dah lama aku tak buat marble chocolate cake ni.. ni projek ujung minggu baru ni.. tetiba tekak ni terasa nak makan lak..nak buat pun bukannya susah sgt..so aku terus p dapur..buat ler preparation yg patut.. tung tang tung tang... haaaaa dah siap pun kek aku... aku buat sikit jer kek ni.. tak sampai 1 adunan pun.. kat bawah ni utk resepi 1 adunan yer.. cuba lah..

Bahan2:
320gm marjerin
300gm gula kastor
6 biji telur gred B
370gm tepung halus - ayak
2 sk soda bikabornat - ayak
2 sk baking powder - ayak
160ml susu cair
1 sk esen vanilla
2 sb choclate emulco
1 sk mocha paste

Cara2:
* Panaskan oven dahulu pada suhu 180c. Glis loyang saiz 9 inci.

1. Putar marjerin dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu per satu dan putar sebati
3. Masukkan bahan2 ayak sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
5. Satu bahagian masukkan esen vanilla. Satu lagi bahagian masukkan choc emulco dan mocha paste.
6. Sendukkan bahagian vanilla ke dalam loyang saiz 9. Kemudian sendukkan adunan coklat dan letakkan di atas adunan vanilla tadi. Ulang hingga habis.
7. Bakar dlm oven pada suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.


No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here