My Followers

January 14, 2010

Kek Marble Istimewa Raqyn

Dah lama buat kek ni tapi asek tangguh ja nak update atas mcm2 faktor.. Buat kek ni khas untuk ibundaku yang tersayang sebab dia teringin sgt nak makan. Sebenarnya ibunda ku itu tak makan cheese tapi memandangkan ada krim keju yang berbaki dlm peti sejuk tu dan dah hampir tarikh luputnya.. aku masukkan sekali dalam adunan ni.. Lagipun mungkin mak tak perasan kalau aku tak bagitau.. ngehh..ngeh..ngeh... So kali ni buat kek mentega lain skit dari biasa... ada rasa keju sikit, ada rasa coklat, ada rasa blueberry.. sesapa nak try.. resepi kat bawah ye..


KEK MARBLE ISTIMEWA RAQYN

Bahan2 :
250 gram mentega
200 gram gula kaster
250 gram tepung naik sendiri - ayak
5 biji telur
150gm krim keju
1 sk serbuk koko
1 sk coklat emulco
120 ml susu full krim ( cari susu segar takda.. dah abih..)
20 gm mini choclate chips
2 sb filling blueberry

Cara2:
** Panaskan oven dulu ok... kemudian lengserkan loyang dgn grease proof paper.

1.   Putar mentega dengan gula kaster dengan hand mixer sehingga kembang & putih.
2.   Masukkan krim keju. Putar hingga agak kembang.
3.   Masukkan telur sebiji per sebiji. ( putar lebih kurang seminit utk setiap biji )
4.   Masukkan tepung dan diselang seli dengan susu. Putar sebati. ( Jgn lama sgt putar )
5.   Sendukkan 2 senduk adunan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk yang berasingan.
6.   Masukkan serbuk koko & choclate emulco. Gaul sebati.
7.   Masukkan separuh adunan kek (yg tak berwarna) ke dalam loyang.
8.   Taburkan sedikit mini choclate chips.
9.   Tuang pula adunan kek koko ke atasnya.
10. Tabur baki mini choclate chips tadi.
11. Tuang lagi baki adunan kek ke atas adunan kek koko tadi.
12. Lorekkan permukaan adunan kek tersebut dengan blueberry filling.
13. Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 selsius.
14. Sejukkan kek sebelum dipotong..

Myspace Text - http://www.sparklee.com

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here