My Followers

January 01, 2010

Selamat Datang 2010

http://www.nuclearcentury.com/ - Glitter Maker

Alhamdulillah.. masih sempat lagi kita bernafas untk melangkah ke tahun 2010. Semoga hayat kita dipanjangkan untuk kita terus beramal, beribadat dan terus berusaha untuk menjadi org2 yang berjaya di dunia dan akhirat.. Azam aku tahun ni tak banyak.. Tahun ni dan tahun2 hadapan aku cuma inginkan sebuah kehidupan yang lebih tenang, lebih selesa dan lebih berkat..... dan perbaiki apa yg kurang dlm diri.. dan juga kalau diizinkan Allah, aku cuma teringin nak tambah bilangan ahli keluarga je.. hehehee..

Kalau bab bisnes..dah hampir 5 tahun aku buat bisnes kek online.. aku tau ramai di luar sana ingat aku masih baru dlm arena ni.. Aku tak nafikan sampai sekarang aku masih belajar lagi.. lagi byk aku belajar rupanya lagi byk yang aku masih tak tahu.. ceteknya ilmu di dada... membuat sebiji kek dan menghiasnya bukannya mudah seperti yang disangka.. Tapi apa pun aku tetap akan belajar perlahan2 semampu aku.. Lagipun aku sekadar menerima tempahan untuk mengisi masa-masa terluang.. dan sebagai hobi saja.. Tambahan lak setiap bulan aku dah ada gaji tetap.. jadi aku rasa tak perlu la nak berlumba-lumba dgn org lain untuk menunjukkan apa yg aku ada atau iri hati dengan apa yg depa ada.. Setiap rezeki yang masuk tu walaupun sedikit..aku sgt-sgt bersyukur..itulah yang aku pegang selama ni.

Untuk tahun baru ni, tempahan pertama yang aku terima ialah dari kak zeti.. dia minta aku buatkan kek choc moist dan kalau boleh nak makan segera.. huhuhuuuu... masa tu dah dekat kul 8 mlm pun.. jadi tanpa melengah2kan masa..aku buatkan dia kek choclate super moist punya.. siap dlm sejam setengah.. Aku taburkan choc chip di atas kek tu.. Hantar kat dia panas2 lagi.. tapi panas punya pasal.. choc chip pun makin cair.. mana tak cair, topping choclate tu pun suam2 kuku jer.. hehehehe.. harap2 kak zeti suka la nooo.. apapun terima kasih byk2 kak zeti..

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here