My Followers

January 14, 2010

Taman Kebun Dapur

Taman Kebun Dapur?? Apa dia tu?? Ni salah satu hobi aku bila aku rehat kat umah.. Bukan besar pun taman kat dapur aku tu.. tapi sebab boring dok umah berdua ja dgn ecah.. aku buat la apa2 yg patut kan..

Ni petikan yg aku amik dari internet tentang edible garden tu.. Taman Kebun Dapur ni dikenali sebagai Edible Garden yang maksudnya taman boleh dimakan. Ini bermakna taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman dan buahan.  Bagaimanapun, kebiasaannya Edible Garden ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu tumbuhan yang hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan.
Namun, ada juga tumbuhan kekal yang boleh hidup lama yang sesuai ditanam di Edible Garden, seperti kayu manis, tanjung, serai dan pandan. Kebiasaannya, Edible Garden menampilkan ruang yang minimum, sempit dan digabungkan dengan tumbuhan landskap.


Aku mmg tak reti la nak buat landskap mcm org lain.. tapi aku susun pokok2 aku ikut kreativiti aku sendiri.. pastu aku tanam rumput karpet sikit kat laman kebun tu.. dan susun batu-batu sungai sikit sebagai laluan untuk aku siram pokok2 tu..


2-3 org kawan yang selalu datang umah penah la tgk kebun tak seberapa tu.. yang penah makan hasil tanaman aku pun penah.. Sekarang ni tgh cari hari yang betul2 free untuk semai benih2 sayur baru dan ubah sikit susun atur pokok2 sayur tu..

Pokok Cili Api.. aku tanam 2 pasu.. satu letak tepi rumah.. satu lagi kat belakang umah.. dah berbuah dan berbunga lebat.. Pedas dia bleh tahan jugak la..

Dlm pasu ni aku semai benih terung panjang dan pokok bunga matahari.. tungu besar sket nanti bleh la ubah..

Ni sawi batang putih.. dah 2 kali tanam pun sawi ni.. 

yang ni sederet pokok tomato yang en.hubby tanam.. Dah berbuah pun.. tapi gambar buah dia tak amik pun.. tak sempat nak amik..buah dia baru merah sikit, en.hubby dah petik mkn camtu ja...
Bunga2 tomato..

Ada pokok bendi dan kailan juga yang aku tanam tapi tak amik gambar sebab bateri kamera dah kong.. Tanaman ni semua kat tepi umah sebenarnya..

Yang kat belakang umah dlm kebun kecik tu aku tak amik gambar pun.. kat situ aku tanam pokok cili api yg mcm gambar kat atas tu sepokok, yg sepokok lagi buah cili dia warna hijau nak putih skit.. pastu pokok lain tu pokok2 biasa la.. ada daun bawang, serai biasa, ada serai wangi jugak.. Ada pokok pandan, kunyit, halia, limau kasturi, pokok kesum, dan pudina. Pokok ulam pulak aku tanam cekur & pegaga.. Member aku si CT kata pokok pudina aku naik elok..mungkin sbab dia tgk daun pudina tu gemuk2 mcm puan umah dia kot.. heheheh..

Pokok2 ni ada yang aku tanam dlm pasu2 panjang.. ada yang aku tanam dlm polybag ja.. Selain pokok sayur kat dlm gambar tu.. aku tanam pokok kangkung gak dlm pasu panjang.. tapi kangkung dah tinggai sejemput la sebab aku dah kerat bagi kat kawan aku si Nor masa dia mai umah aritu.. Pokok yang baru tumbuh 4-5cm plak pokok bayam dan saderi.

Tapi bukan semua pokok aku menjadi.. ada 3 batang pokok jagung manis.. yang aku tanam dlm poly bag dah mati dah pun.. sayang betoi.. padahal dah berbuah dah... tak sempat nak rasa... aku rasa pokok jagung aku tu mati sebab mula tu panas terik.. dia tak cukup air.. pastu musim ujan lak kat sini.. dah terlebih air plak.. pastu musim panas terik balik.. dah kering pokok tu.. mula2 jadi kuning ja daun dia.. pastu terus mampus... lagi pun mungkin waktu aku jarang balik umah tu kot.. pokok pun dah merajuk dgn aku.. tapi ada 7 batang pokok jagung yg aku tanam kat umah mak.. alhamdulillah semua elok ja jadinya.. cuma ada dua pokok  je buah dia tak sempat kami nak amik sebab org curi..takpa la.. takdak rezeki...huhuhuhuhuuu..

2 comments:

  1. dasat....dasat....dasat.....rajin betul mak dara sorang ni.....akak beli benih berbulan2 dulu, tak semai2 pun sampai sudah.....hehe...ntah2 benih pun dah tak subur.....

    ReplyDelete
  2. muahahahha... bukan tak subur..silap2 dah tumbuh pokok pun dlm plastik benih tu.. baik kak p check cepat..heheheh

    ReplyDelete

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here