My Followers

November 03, 2010

Birthday Cupcakes

 Ditempah oleh Wirdha yang berada di Perlis... hmmm Perlis tgh banjir teruk skarang ni kan.. kesian lak rasa... kawan baik aku kak nina tu camna la agaknya ya.. umah dia tepi bendang lak tu..harap2 umah dia tak masuk air la.. Apapun terima kasih pada Wirdha yang sudi order cupcake ni.. ni hadiah istimewa untuk ibu mertuanya di Batu Putih. Baiknyaaa dpt menantu camni kan..siap ingat besday mak mertua lagi.. aku jer yg selalu terlupa.. heheheh..
 
  Cupcakes ni pula ditempah oleh Liza dari Lunas. Sempena hari lahir anaknya iaitu Damia.. Hari tu masa delivery cupcakes ni tak sempat pun nak jumpa dia sebab dia keluar. Jadi aku bagi cupcakes ni pada adik dia ja.. Mula tu nak letak set ni dlm kotak cuppies yang putih cam biasa tu.. tapi bila dah letak rupanya tak leh tutup lak sebab lilin tu tinggi sket.. so terpaksa la ubah lak masuk dlm kotak kek biasa..bila letak dlm kotak biasa tu dia lari2 la sket kedudukan cupcake ni.. kalau kita pegang kotak tu senget..habih cupcake pun ikut senget la la kedudukannya.. tapi masa sampai kat umah liza, aku sempat adjust balik cupcake tu bagi nampak tersusun.. harap2 adik liza pun pegang kotak tu tak senget sebelah la.. huhuhuhuu.. apa pun terima kasih pada liza atas tempahan ni... :D


 

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here