My Followers

November 28, 2010

Kek untuk Perkahwinan James & Sharon

 Salam.. agak terlewat meng-update gambar kek kahwin ni.. Kek ni ditempah oleh Anne Florence yang aku kenali melalui FB.. Beberapa kali dia menghubungi aku berkenaan kek ni.. Mmg ceria orgnya.. dan keramahannya membuatkan aku selesa untuk berbincang dengannya..

Sebenarnya..beberapa minggu sebelum tarikh menyiapkan kek ni, aku mmg susah hati.. boleh dikatakan sgt susah hati sebab risau kek ni nanti jadi ntah apa2... setelah beberapa kali berbincang dgn anne, akhirnya aku siapkan kek yang simple dengan sentuhan warna2 yang bersesuaian.. Anne inginkan tema gold & red.. so aku serikan sedikit dengan aising putih dan silver bead di atas kek ni..

Majlis perkahwinan ni diadakan di Dewan Kilang Lama, Kulim.. aku pun tak sangka dpt menyiapkan kek ni dengan mudah... jadi aku hantar kek ni sedikit awal dari waktu yang dijanjikan.. Sayangnya aku tak dapat nak berjumpa dengan anne sebab di atas beberapa kesulitan antara aku dan dia.. Hmm..maybe next time kita boleh jumpa kan anne.. Dan aku sgt2 berterima kasih pada anne yang mempercayai aku untuk menyiapkan kek ni.. Harap dapat buat kek utk awak lagi anne.. :-)..


 Anne inginkan kek dan cupcakes chocolate moist.. kek di bahagian bawah ni seberat 5kg.  Manakala cupcakes pula sebanyak 34 biji..
 Thank you so much Anne.. :D

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here