My Followers

September 12, 2009

Kuih Puteri Ayu


Bahan-bahan:

3 biji telur
240gm gula
240ml santan
1 sudu besar esen pandan
Sedikit pewarna hijau (gunakan air daun pandan asli pun lg ok)
270gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallette
Kelapa parut muda, digaul dengan sedikit garam dan sedikit tepung jagung

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang, gunakan mixer.
2. Masukkan santan, ovallete, esen pandan, pewarna hijau. Putar dengan kelajuan rendah.
3. Sementara itu panaskan kukusan.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada dalam acuan kuih.
5. Ambil kelapa parut muda yg telah digaul dgn sedikit garam & tepung jagung dan tekan padat ke dlm acuan.
6.Tuangkan adunan tepung ke dlm acuan dan kukus selama 15 min atau kurang. Jangan terlalu lama.

Sagu Gula Melaka


SAGU GULA MELAKA
sumber : kak rossya. TQ
Bahan2:
200g biji sago
200g gula melaka
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara:
Masak sago dengan air mendidih, masak sehingga jernih.
Setelah siap diangkat.. dan cuci sehingga hilang kanjinya.
Masukkan sago kedalam acuan yang diingini.
Santan pekat dimasak dengan sehelai daun pandan bersama sedikit garam.
Gula melaka di masak berasingan dengan sedikit air untuk mendapatkan sirap yang pekat. Untuk menghidangkan, sago yang telah sejuk di letakkan kedalam mangkuk2 dessert dan dituangkan santan sejuk keatasnya.. diikuti dengan sirap gula melaka.
Hiaskan dengan buah-buahan yang anda gemari. Enak di makan tatkala sejuk.

September 11, 2009

Convo

Gambar salah seorang graduan di Majlis Konvokesyen di USM, Penang pada bulan lepas..





September 08, 2009

TIPS ON BAKING BUTTER CAKE

Salam...
Here's some useful tips to share with u guys while baking your butter cake.

1) Too high heat will cause the cake to crack in the centre.

2) Creaming the butter & sugar for too long will result in cake sinking in the centre. With fruit cakes, the fruit will sink to the bottom.

3) If the butter and sugar are under beaten, it will result in a chewy texture and less volume.

4) Over baking results in a thicker crust and shrinking sides.

5) When cake is baked, it has to be removed from the mould immediately or the cake will shrink and have less volume.

6) The baking tin / mould should be greased and lined with paper or dusted with flour.

7) The bigger or thicker the cake, the longer it needs to be baked at a slightly lower temperature.

8) If sugar is not well blended or creamed or if you use coarse sugar, there will be holes on surface of the cake after baking.

9) Butter cakes should be baked on the lower rack of the oven. Smaller cup cakes should be baked on the middle rack.

10) All butter cakes can be baked in any shape mould.

11) If the mixture is over beaten or creamed, the cake will sink. If it is under beaten or creamed, the cake will be chewy and shrunken.

August 23, 2009

Cuppies Buat Yg Teristimewa..

Cuppies yang ditempah oleh bakal cikgu ni untuk kawan katanya.. kawan tapi mesra agaknya ek? hehehe.. Erny mai amik sendiri cuppies ni di Lunas. Mmg peramah dan manis orgnya.. Senang berurusan dengan bakal cikgu ni sebab dia mmg tak cerewet. Oleh sebab penerimanya seseorang jejaka, aku rasa warna biru lebih sesuai.. Lagipun ada order cuppies untuk hari jumaat ( gambar di bawah ) pun nak warna biru juga.. Jadi utk jimat masa, aku warnakan cuppies2 ni dengan warna yang sama. Masa tgk cuppies ni Erny cakap dia suka.. harap2 penerima cuppies yang bernama Azren ni pun suka la ya.. Selamat Hari Lahir Azren & tima kasih Erny ya..

Saja aku letak home-made coklat supaya tak nampak kosong sgt cuppies2 ni..


Cuppies yang ni pulak tempahan dari Ija. Awai2 Ija dah bagitau, Adi suka biru & hijau, Ija pulak suka pink & merah. Jadi lepas bincang2 aku buat design camni..
Aku hantar cuppies ni ke Kepala Batas jumaat lepas. Cuppies sambut puasa katanya.. Kami janji bertemu di sebuah restoran di kepala batas tu.. Rupanya si jejaka bernama Adi seperti yang tertera di cuppies ni pun ada sama.. Hmmm..sama cantik sama padan si Ija & Adi ni.. (akak suka lesung pipit ija tu.. dalam tul!! heheheh )
Ija kata dia pun suka dgn kapis ni.. then mlm tu, Ija sms bagitau Adi kata sedap. Terima kasih ya Ija..

August 18, 2009

Mexican Bun


Made this mexican bun last Friday for my hubby and our little cheeky daughter..


MEXICAN BUN
source : Mamafami fp.. thanks ma!

Filling Ingredients :

100g salted butter ~ softened

1/4 teaspoon vanilla essence

35 g brown sugar


Method :

1. Beat butter with an electric mixer on medium speed using the paddle attachment for three minutes.

2. Add in vanilla essence and brown sugar. Beat till creamy.

3. Regrigerate the mixture until firm.

4. Divide mixture into 20g portion ball. Keep refrigerated until ready to use.


Topping Ingredients :

65 g butter ~ softened

55 g icing sugar ~ sifted

1 Grade A egg ~ lightly beaten

1/3 teaspoon coffee flavouring ( * I use mocha paste + indocafe )

**or you can use 1 1/2 teaspoons instant coffee dissolved in 3/4 teaspoon water

65 g cake flour ~ sifted


Method :

1. Beat butter and icing sugar using an electric mixer with the paddle attachment on medium speed for 5 minutes until mixture is light and fluffy.

2. Gradually beat in egg.

3. Add in coffee flavouring.

4. Sift flour into mixture and mix on low speed until combined.

5. Refrigerate until ready to use.



Sweet Dough Ingredients :

250 g high protein flour ~ sifted

2.5 g bread improver ~ sifted

2.5 g bread softener

10 g milk powder ~ sifted

38 g caster sugar

1/2 teaspoon salt

1 teaspoon instant yeast

1 egg ~ lightly beaten

135 g water or milk (do not use milk powder if using milk)

30 g butter ~ softened


Method :

1. Mix sifted flour, bread improver, bread softener, milk powder, sugar, salt, instant yeast and egg in a mixer bowl.

2. On the mixer (with dough hook) on low speed.

Pour in the 3/4 of the liquid, a little at a time.

3. Add in the butter and pour the balance liquid if needed. Knead till dough is soft, smooth and elastic (not sticky).

4. Divide dough into 55 g portions. You should get about 9 portions.

5. Roll each portion into a ball. Cover the balls of dough and leave to rest for 10 minutes.

6. Flatten the dough and place a portion of filling in the center of the dough.

7. Gather the edge and pinch to seal. Make sure to seal well or the filling will leak out during baking.

8. Place on a greased baking tray. Repeat with remaining portions of dough. Place each bun about 7.5 cm apart on the baking tray.

9. Prove for 45 minutes in a warm place or until doubled the size.

10. Pipe the topping on the buns in a spiral, starting from the centre.

11. Bake in a pre-heated oven at 170 C for 12 - 15 minutes or until bun are lightly brown.
**Note : Amount of liquid used may vary depends on the flour you used.

August 17, 2009

Advance Besday Kapis..

salam... farah dari kl order utk besday adiknya yang juga bernama farah di Baling, Kedah.
Sepatutnya kapis ni dihantar pada hari Rabu tapi memandangkan adik farah ni kena p kursus, jadi farah minta kek ni dihantar ke ofis adiknya pada hari ini.. iaitu hari isnin. Tapi disebabkan tukang antar ada hal pada hari tersebut dan cuma boleh hantar kapis ni pada hari ahad iaitu semlm jadi aku minta kebenaran farah utk hantar kapis ni smlm.. Hmm seb baik farah setuju.. Sebenarnya tukang antar aku tu tak tau kat mana rumah adik farah ni.. fening gak aku... camna nak tolong dia ek... last2 baru teringat aku ada member kat tempat tu, lepas bincang dgn member, dia tunggu kat 7E di pekan Baling tu.. so member aku tu tunjukkan kat tukang antar ni rumah adik farah.. Hmmm kebetulan member aku tu lak setaman dgn adik farah.. selang 2 lorang jer.. hmmm selamat.... selamat... :D


Terima kasih ye farah.. it's so nice to know u.. sungguh mesra dan sgt tak cerewet ok.. :D

Untuk seketika waktu, aku agak busy memproses gambar convo customer di usm baru2 ni.. jumpa lagi..

August 11, 2009

Lepat Liat

Hai.. lamanya tak buat kuih kan.. ni aku nak share resepi kuih tradisional.. Rasanya famous di sebelah utara.. Nama kuih ni lepat liat.. kalau boh inti nyoq di tgh2 kuih ni otomatik nama dia sudah tukar kepada lepat inti. Betoi ka?? aku pun tak sure tapi majoriti org sebelah utara kata lagu tu la... tapi aku lak dua2 lepat tu aku bedal jer sebab aku suka makan lepat ni.. Hanya lepat liat ni ja bleh masuk ke tekak aku. Lepat lain dari lepat ni aku tak suka makan lak.. bukan takat tak suka, nak cuba pun aku tak mau.. hmm pelik kan.. hehehehe..

Resepi lepat ni aku tak refer mana2 ruangan search di internet sebab aku ada 'Tok" yang mmg handal buat kuih2 tradisional ni.. So kalau nak buat kuih2 org lama2 ni mmg aku refer kat tok aku ja... org dulu2 mana ada pakai timbang2 brapa gram ke kilogram ke.. depa sukat pakai cawan atau pakai campak2 pastu rasa adunan tu kat tgn sendiri.. kalau nak tau manis ke tawar ke.. kena pakai lidah ler.. hehehe.. kalau rasa ok, maka ok ler.. lepas tu depa dah boleh agak dah bila nak buat sesuatu resepi tu.. Hmmm kata tok aku la...

ok, jom cuba resepi ni..
LEPAT LIAT
Bahan2:
1 peket kecil tepung pulut ( 500gm)
2 cawan gula merah
8 sudu makan gula pasir
1 1/2 cawan air
secubit garam
1 helai daun pandan - dicarik2
1 cawan santan pekat
Kelapa parut - ambil putihnya saja
Daun pisang secukupnya
Minyak masak
Cara2:
1. Masukkan air, garam, gula merah, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masak sehingga gula larut sepenuhnya. Tapis.
3. Di dalam mangkuk lain: masukkan tepung pulut dan masukkan santan.
4. Masukkan air gula tadi sedikit2 sambil gaul adunan. (Saya suka adunan sedikit lembik)
(Jika suka lepat anda keras sedikit, tak perlu masukkan air gula sehingga habis)
5. Ambil daun pisang, sapu sedikit minyak masak ke atasnya.
6. Lumur tapak tgn anda dgn sedikit minyak masak, ambil adunan tepung, gentel dan letak di atas daun pisang tadi. Jika suka inti, letak sedikit kelapa parut di tengah2nya. Tutup isi kelapa tadi dgn sedikit adunan tepung.
7. Lipat kemas dan lipat di kedua2 belah hujung daun pisang.
8. Kukus selama 15-25 minit.

August 10, 2009

Kelas : Cream Puff & Eclair


Kelas cream puff & eclair ni dihadiri oleh kak Aida.. Maaf, tak sempat nak amik gambar kak aida sebab anak2nya dah memanggil ajak balik.. Kelas berjalan dengan lancar dan tak la memakan waktu yang panjang sebab semua bahan2 aku dah siap sedia dari awal.. pendek kata aku dah timbang semua bahan2.. Bila kak aida sampai, terus start buat cream puff.. Untuk inti cream puff, aku ajar kak aida 3 jenis inti dgn cara yang paling mudah dan jimat masa.. ya la, kalau untuk org2 meniaga, masa itu emas.. kalau dok kelebet satu2 benda tu lama2 sgt, rugi la.. heheheh... jadi ini hasil2 cream puff dan eclair dari tangan kak aida tu.. Thanks ya kak, apa2 soklan bleh sms saya bebila masa ja.. Insya'allah saya akan jawap.. :D

August 06, 2009

Suatu Hari Di Pulau Mutiara






Nothing much to say....

Ben Seploh utk Shahmi

Line internet yg tak tentu hala lately ni buat aku bosan dan malas tul nak update blog walaupun masih byk gambar2 yg belum aku update.. Ni percubaan yg entah ke berapa sejak seminggu ni.. Alhamdulillah, boleh jugak aku update blog ni.. Hmmm..

Seingat aku belum ada lagi kek2 aku yg bordernya berwarna hijau.. sebab? hijau itu bukanlah pilihan utama aku.. kecuali utk deco dedaun aje.. tapi bila mak shahmi order kek gambar ben 10, mau tak mau aku boh jugak border kaler ijau ni.. rupanya shahmi suka plak kaler hijau ni.. dia kata kek sedap dan cantik.. apa pun, terima kasih ye..

August 03, 2009

Di hari lahir Huda...



Regular customer, kak su order untuk birthday anak dia yg comel dan ala2 minah saleh rambutnya iaitu Huda.. mmg aku geram dgn budak kecik ni.. comel tul.. putih gebu dgn pipi seketul lak tu.. geram..geram.. mcm nak angkut bawak balik ja budak kecik tu.. hehehe.. Kak su order kek birthday, cuppies dan cream puff. Sebenarnya cuppies tu kak su order 2 set tapi ada miscommunication, aku terbuat 1 set ja..huhuhuhuhu.... Kak su ajak aku makan nasi minyak skali kat umah dia, tapi aku malu la plak.. sebab sebatang kara ja kat situ.. aisya pun tak ikut.. jadi aku balik sebelum nasi sampai.. sori ya kak su, mmg segan la.. nanti raya kak su buat nasi best2 skit kami p makan ok.. hehehe.. Untuk feedback kek yg besar tu kak su kata tak berapa best sebab dia agak berderai bila dipotong.. aku pun heran gak.. adakah kerana aku menukar jenis tepung? atau adunan tu kurang air walaupun aku rasa aku dah lebihkan air masa mengadunkan kek tu? atau tersilap teknik kat mana2? hmmm kena buat post-mortem ni.. Sori la kak su naa, sebab kek tu hangsuiiiiiiiiiiiiiiii plak... untuk feedback cuppies, mula-mula tgk cuppies kak su kata 'cantiknyaaa....' pastu esok tu kak su sms bgtau cc tu marvelous & sedap.. mmg suka bila kak su puas hati dgn cuppies tapi aku tetap tak puas hati sebab kek sebiji tu berderai... hmmmmmmmmmm....


July 29, 2009

Nutty Choclate Tart

Buat tart ni 2 minggu lepas tapi lupa nak update..sebab utama : 1) sibuk 2) takdak masa 3) sedang berkursus. Yaaa.. aku tgh berkursus skarang.. selalunya balik umah mlm2 malas nak update.. sebab dah letih..tapi arini ni ter-rajin plakk.. kursus yg aku attend tu mmg lambat lagi nak habih.. so layan dulu la dgn gambar tart ni ok.. kalau nak order bleh call.. tart ni sedap ok.. kalau ada choclate mmg sedap punya.. hehehehe..

July 16, 2009

Cream Puff

Mr. Eric selalu tanya bila nak buat cream puff utk dia.. dah lama sgt dok tunggu tapi jawapan aku manjang "tak sempat" atau "nanti ye.." heheheh.. so semlm aku buatkan cream puff ni bukan utk dia aje.. tapi utk Pn. Ti, salah seorang customer tetap aku kat taman sebelah.. Sebab sebelum tu sembang dgn Pn. Ti, so bagitau nak buat cream puff ni utk Mr. Eric, so dia pun nak order skali.. Mlm semlm dlm kul 8.30 semua dah siap.. Aku terus antar kat Pn. Ti, bila anak lelaki dia cakap sedap, Pn. T cakap nak order lagi utk jamu kawan2 ofis pulak.. Lunch hour tadi pun Pn. Ti called bagitau anak2 cakap sedap dan tak puas makan..heheheh..boleh order lagi tul tak..

Pastu hantar cream puff ni kat Mr. Eric pulak.. Bila sampai aje cream puff ni depan mata, Mr. Eric terus ambil 1 dan ngap! Dia cakap 'the taste quite ok' tapi serius tul mukanya.. Dlm hati aku lak.. cuak gak arr.. ada yg tak kena ke.. atau tak sedap ke.. Lewat mlm semlm aku dpt feedback yang Mr. Eric ni makan paling byk.. ngeh..ngeh...ngeh...




Ok, kalau ada sesapa nak order cream puff ni boleh bagitau ye.. Minimum order 50 pcs. Harga pun murah jer.. Cream puff yang aku buat :

- Cream puff kastard

- Cream puff krim coklat

- Cream puff jagung

Mungkin nanti bleh buat perisa lain gak kot.. heheh.. Pilihan di tangan anda.. :D

July 13, 2009

Untuk Seseorang Yang Dekat Di Hatinya..

Aku terima panggilan dari 'pemanggil misteri' ni lewat petang. Dari nada suara yg diperlahankan seperti berbisik, aku agak kek ni untuk someone special. Seseorang yang begitu dekat dihatinya... seseorang yang mungkin ada ikatan di hatinya... segalanya mungkin kan..?


Memandangkan ada hal keluarga yang memerlukan kehadiran aku di siang hari, jadi aku terpaksa membuat kek ni agak lewat dari waktu yang aku rancang. Jam 12.15 mlm, aku start membancuh adunan dan habis deko sekitar jam 4 pagi. Walaupun agak simple decoration kek ni tapi aku rasa mengambil waktu yang sgt lama utk menyiapkannya.. dan hanya ini yang mampu aku fikir kerana waktu itu fikiran aku agak serabut dan sedang bersedih di atas kejadian yang menimpa keluarga besar ku.. Al-Fatihah...


Pemanggil ni minta aku hantarkan kek choc moist ni kepada penerima yg dikenali sbg En. Raif ni di Kulim saja sempena hari lahirnya pada 7 Julai yang lalu. Disebabkan tempat kerja aku agak jauh dari pekan Kulim jadi aku minta bantuan org lain untuk hantar kek ni. Tapi agak mengecewakan bila En.Raif ni tiada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat di luar kawasan. Bila aku sms customer ni dia kata takpa la..nama pun nak surprise kan... hmm, nasib baik customer ni faham. Aku pun tak sure sama ada En.Raif ni tau ke tak sapa yg hadiahkan dia kek ni sebab customer ni minta aku rahsiakan nama dia..

Untuk pemanggil misteri ni.. terima kasih byk2 sebab sudi order. :D

July 08, 2009

Kek Dari Seorang Nenda...

Kek ni simple saja.. Berat kek sekitar 1.5kg je.. Hadiah dari seorang nenda kepada cucundanya.. mulanya request dgn buah strawberry di sekeliling kek. Tapi memandangkan strawberry takda stok, aku mmg nak gantikan dgn peach, kiwi atau mungkin anggur tapi nenda ni kata takyah susah2.. kalau takda takyah letak.. cukup la sekadar parutan coklat di atas kek. Itu pun dah memadai..

Terima kasih ya nenda.. :)

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Sepintas Lalu

get this widget here