My Followers

March 26, 2009

Karipap


Oleh sebab aku rasa aku ada byk masa terluang..(walaupun sebenarnya tak cukup masa..!!) tapi aku teringin sgt nak buat karipap ni untuk si dia yg tersyg.. Sapa lagi kalau bukan utk 'mera shah jahan hei' Muahahahaa... Karipap ni aku buat lepas buat donut pesona tu.. Kedua-duanya aku frozenkan untuk en.hubby. Kiranya kali ni en.hubby bawak balik byk makanan sebab dia kata 2 minggu akan dtg ni dia tak dpt balik.. Kena o.t. Hmmmm takpa la.. harap2 bekalan tu cukup la kan.. Smlm dia kol bagitau kat ai'sya, dia dah makan karipap tu..



KARIPAP

Bahan2 Doh :
500gm tepung gandum
4 sudu besar marjerin (cairkan atas api pelan)
1 1/2 sb shortening
1 sk garam
230ml air ais

Cara-cara:

1. Di dlm satu bekas campurkan tepung, shortening dan garam. Gaul dengan hujung jari sehingga campuran menjadi seperti serbuk roti.
2. Curahkan minyak panas ke dalam tepung. Gaul dgn hujung jari. ( Hati2 sebab panas )
3. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli adunan. Uli sehingga adunan agak2 tidak melekat di tangan.
4. Rehatkan doh selama 1 jam ( ni utk setkan doh.. aku ikut petua tok aku.. ..)
5. Ambil sedikit adunan, gelek nipis dan isikan inti.
6. Kelim kemas dan goreng.

Bahan2 Inti A :
200gm daging kisar
500gm ubi kentang
sedikit minyak minyak masak untuk menumis
Bahan2 Inti B : (Kisar halus)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan2 Inti C:
1 peket serbuk kari
1 sb serbuk cili / ciliboh
1 sk serbuk kulit kayu manis
1 sd besar serbuk jintan manis
1 sk serbuk lada hitam
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa
300 ml air

Cara2 Inti :
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan2 kisar dan kacau hingga wangi.
2. Bila agak garing masukkan serbuk kari dan serbuk cili/ciliboh. Kacau sesekali atas api perlahan hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging kisar dan kentang. Kacau seketika.
4. Masukkan semua bahan2 inti C.
5. Kacau hingga air/kuah tinggal sedikit. Masukkan bawang yg dipotong dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.


Pstt.. ecah cakap "ibuuuuuuuuu..abah kata sedap..nanti buat lagi..!" (pastu dia sembang balik dgn abah dia kat fon.. (:wink:)

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here