My Followers

June 15, 2009

Bun Pandan Berkaya

Beberapa hari lepas, aku rasa mcm tak brapa sihat..tekak sakit plak.. rasa mcm nak demam.. lepas buat kek org, rasa2 mcm nak makan roti.. nak p beli malas.. pastu selak2 kitab, jumpa resepi bun ni.. baru ingat, aku amik resepi ni dari blog en. mat gebu yg pakar masak memasak tu... hihihiii.. ok lah, time to try...... meh tgk hasil dia..


BUN PANDAN BERKAYA ( tepek dari blog en. mat je.. tima kaseh ye )

BAHAN-BAHANNYA
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil
30 g mentega
1 camca teh pandan paste
(yg aku tambah sendiri...cis suka ati je kan.. heheh)
1/2 sb bread softener
1 sb serbuk kentang

BAHAN HIAS :-)

Kelapa kering secukupnya - tak bubuh pun... takdak stok..hehe
Seri kaya secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-

Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.
KAEDAH LAIN :-
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas.


Amacam..nampak gebu tak? Bun ni mmg gebu dan lembut tul.. tak sia2 aku cuba buat bun ni.. hehehee..

1 comment:

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here