My Followers

February 26, 2009

Kuih Lapis Comel



KUIH LAPIS COMEL

Bahan2:
250gm tepung gandum
90gm gula (manis ni adjust sndiri ya)
Santan (dari setengah biji kelapa)
Secubit (yg paling skit) garam
Pewarna ( pink & hijau)

Cara-cara ( Panaskan periuk kukusan)
1. Masukkan tepung dan gula ke dlm mangkuk.

2. Tuangkan santan sedikit demi sedikit (sambil mengacau). Bancuhan jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair. (takpa kalau santan tu tak habih digunakan.. sebab ada kelapa yg saiz dia besar dan ada yg saiz dia kecik sket kan...)

3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna hijau pada satu bahagian, pewarna pink satu bahagian dan satu lagi biarkan warna asal.

4. Isi sedikit adunan yg berwarna pink ke dalam acuan lompang. Kukus sebentar.

5. Masukkan lagi adunan yg berwarna asal, kukus lagi hingga adunan sedikit keras, masukkan pula adunan yang berwarna hijau. Kukus lagi hingga masak.

6. Bila dah sejuk, keluarkan dari acuan. Siap untuk dihidangkan.

1 comment:

  1. Rajinnya diaaaa melapis si comel-comel tuu... Walaupun sempoi tapi kreativiti EJ membuatkan ianya tampak eksklusif..et chewaaahhhh... kaler pun chunn ooorrr...

    ReplyDelete

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here